Seven Fields dan rakan-rakannya baru sahaja keluar dari 'dungeon'. Di bawah pimpinan Endless Night, bahagian 'dungeon' yang kedua telah berjalan lancar. Ternyata lelaki tersebut mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dari mereka dan dia seorang yang sangat berpengalaman. Tetapi, Seven Fields dan rakan-rakannya tidak menyanjungi dia. Malah, mereka langsung tidak kagum dengan kebolehannya, kerana bagi mereka Lord Grim jauh lebih hebat dan baik.
Setelah keluar, Endless Night berdiri berhadapan mereka, seolah-olah menantikan pujian. Tetapi pada akhirnya, dia menerima mesej yang berbunyi: "Kamu telah disingkirkan daripada kumpulan."
"Celaka! Berani kamu singkirkan saya??" Endless Night mengamuk.
"Kamu kata kamu ada sesuatu yang harus dilakukan, betul? Cepatlah pergi!" kata Seven Fields.
"Sekarang tak perlu dah!" kata Endless Night.
"Oh maafkan saya, kami sudah ada kawan baru yang akan datang nanti!" kata Seven Fields.
Mata Endless Night memancar-mancar apabila membaca mesej itu.
"Lord Grim nak datang ke?" tanya Endless Night.
"Apa kamu peduli?" jawab Seven Fields.
Endless Night enggan meninggalkan mereka dan berputar-putar mengelilingi mereka berempat. Seven Fields benar-benar ingin memukul lelaki ini, tetapi memandangkan dia jaguh dari Tyrannical Ambition, Seven Fields tidak berani. Kalau dia tak nak keluar, apa tujuan sebenarnya?
Seven Fields sedar yang kumpulan mereka tidak mampu bersaing dengan persatuan seperti Tyrannical Ambition. Kekuatan kumpulan mereka biasa-biasa sahaja, dan mereka sudah cukup bertuah kerana Ye Xiu rela menyertai mereka. Jika Tyrannical Ambition hendak memancingnya, adakah Ye Xiu masih ingin berkumpulan dengan mereka yang tidak mahir ini? Mereka baru kenal selama sehari, belum boleh dianggap sebagai kawan pun lagi!
Sedang fikiran Seven Fields berkecamuk, tubuh Lord Grim muncul. Immersed Jade serta-merta menjerit: "Dewa!'
Dalam permainan ini, semakin kuat suara seseorang, semakin jauh ia akan kedengaran. Mereka boleh membayangkan Immersed Jade menjerit sama ada di rumah ataupun di kafe internet, tentu dia kelihatan amat lucu sekali.
Lord Grim menyimpan tombak pertarungannya, ini boleh dianggap sebagai cara dia memberikan salam. Seven Fields dan rakan-rakannya bersedia untuk menyambutnya, tetapi Endless Night lebih cepat dari mereka.
"Kamu Lord Grim? Saya bangga dapat bertemu kamu. Nama saya Endless Night, seorang jaguh dari Tyrannical Ambition!" Endless Night memperkenalkan dirinya.
"Hi", jawab Ye Xiu sebelum memalingkan badan dan bertanya kepada Seven Fields: "Ini kawan kamu ke?"
"Ya betul! Abang Seven Fields dan saya telah menjadi kawan baik sewaktu mengharungi 'dungeon'," kata Endless Night.
"Eh celaka, kamu siapa hah?" Seven Fields tidak pernah bertemu dengan orang yang cukup tidak tahu malu seperti ini.
"Abang Seven Fields, janganlah macam itu!" kata Endless Night.
Seven Fields terasa ingin memukul dia sampai mati. Dia menghantar jemputan kepada Ye Xiu untuk menyertai mereka sebelum berteriak kepada Endless Night: "Kami nak masuk 'dungeon'. Kamu pergi berambus!"
"Bawa saya, bawa saya juga!" Endless Night menjerit berulang kali. Bagaimana orang seperti ini boleh dianggap jaguh? Kelakuannya cukup memalukan, malah lebih teruk daripada pemain baru!
"Tak ada ruang!" kata Seven Fields.
"Oh adik manis, sudi tak berikan tempat adik pada abang?" Endless Night menumpukan perhatian pada Immersed Jade pula.
Memandangkan Immersed Jade pemain baru dan tidak pernah bertemu dengan seseorang yang bermuka tembok seperti ini, dia tidak tahu apa yang patut dilakukan. Haruskah dia memberikan tempatnya kepada dia? Tiba-tiba, Ye Xiu menyampuk.
"Kamu seorang 'Cleric' ke?" tanya Ye Xiu.
"Ya, betul. Saya sangat mahir, seorang jaguh!" kata Endless Night sambil menunjukkan palang salib warna perak miliknya. Seven Fields dan rakan-rakannya tidak mengenali senjata itu, tetapi mereka tahu ia senjata yang bagus.
"Salib Kristal, senjata kelas Oren!" kata Ye Xiu.
"Wah, kamu betul-betul seorang jaguh. Tajam mata kamu! Apa kata kamu biar saya sertai sekali?" puji Endless Night.
"Kami tak perlukan 'Cleric', maaf," jawab Ye Xiu.
Dibunuh dengan kata-kata!
Ye Xiu membunuh harapan Endless Night dengan kata-kata seringkas itu!
"Crystal Cross, an Orange weapon!" Ye Xiu said.
Endless Night yang tadinya ceria tiba-tiba terdiam.
Jika Seven Fields mendengarkan kata-kata itu daripada pemain lain, dia akan menganggap pemain tersebut seorang yang bodoh sombong. Tetapi berlainan pula dengan abang jaguh. Jika abang jaguh kata mereka tidak memerlukan 'cleric', mereka benar-benar tidak memerlukannya.
"Kamu dengar tak? 'Cleric', pergi main di tempat lain! Okay, semua bersedia untuk masuk! Masuk, masuk!" teriak Seven Fields.
Mereka semua tidak mempedulikan Endless Night lagi. Dia hanya tercegat di situ seperti patung dan melihat mereka semua masuk ke 'dungeon'.
"Abang jaguh, macam mana kita nak selesaikan semua musuh?" tanya Seven Fields setelah masuk.
"Saya akan tarik semua raksasa dan kamu buat yang terbaik untuk hasilkan serangan yang paling kuat," jawab Ye Xiu.
Sungguhpun bahagian paling susah untuk menyempurnakan 'Penyelesaian Satu Gelombang' bahagian menarik raksasa, ia juga memerlukan bantuan besar daripada pemain-pemain lain. Dengan kumpulan ini, Ye Xiu tidak yakin dengan kuasa serangan mereka.
Although One Wave Rush's hardest part was on the MT's ability to pull monsters, it also had high requirements for other players. With these guys, Ye Xiu didn't have confidence in their damage.
Dengan adanya abang jaguh, Seven Fields dan rakan-rakannya berasakan 'dungeon' ini boleh dibereskan dengan mudahnya. Cuma Immersed Jade seorang yang belum cukup matang dan bertanya kepada Ye Xiu: "Dewa, boleh ke kita catatkan rekod baru?"
Soalan tersebut cukup memalukan. Mustahil mereka boleh mencatat rekod baru! Masalahnya bukan pada Ye Xiu, tetapi pada mereka yang lain. Seven Fields dan rakan-rakannya berasa cukup malu dan menjawab soalan tersebut bagi pihak Ye Xiu.
Mereka maju dengan lancarnya di 'dungeon' tersebut. Mereka memberikan kesemua ganjaran yang diperolehi daripada bos kepada Ye Xiu seorang. Ye Xiu pula menghadiahkan semula ganjaran tersebut kepada mereka jika ia ganjaran yang berkaitan dengan kelas pemain yang sesuai.
Mereka menyelesaikan 'dungeon' sebanyak dua kali. Bos tersembunyi tidak muncul dan mereka juga tidak mendapat sebarang peralatan atau senjata yang luar biasa. Lord Grim masih boleh masuk ke 'dungeon' sekali lagi tetapi Seven Fields dan rakan-rakannya sudah melebihi jumlah yang dibenarkan. Mereka terpaksa keluar. Apabila mereka tiba di luar, Endless Night masih menunggu mereka.
"Sudah tak boleh masuk lagi ke?" tanya dia dengan nada yang menjengkelkan. Seven Fields sekali lagi terasa ingin memukulnya.
"Saya masih boleh masuk sekali lagi," jawab Ye Xiu dengan jujur.
"Oh ya ke? Kebetulan, saya pun boleh masuk sekali lagi juga!" kata Endless Night.
"Wah, betul ke?" Ye Xiu ketawa.
"Is that so?" Ye Xiu laughed.
"Ada kebetulan yang lebih hebat lagi! Saya ada tiga orang kawan yang boleh masuk sekali lagi juga!" Tiga orang pemain tiba-tiba muncul dari khalayak ramai. Nama persatuan 'Tyrannical Ambition' terpancar di atas kepala mereka.
"Ini betul-betul kebetulan," kata Ye Xiu.
"Memandangkan ini semua kebetulan, apa kata kita semua masuk ke 'dungeon' bersama-sama?" cadang Endless Night.
"Apa kata kita pecahkan rekod sekali lagi?" tanya Ye Xiu.
"Boleh, boleh!" Endless Night sangat teruja.
"Tapi, kalau kita nak pecahkan rekod, saya ada dua syarat," kata Ye Xiu.
"Silakan, saya mendengar!" jawab Endless Night.
"Pertama, ada bayaran untuk khidmat saya," kata Ye Xiu.
"Oh tak ada masalah! Syarat yang satu lagi pula?"
"Kita tak perlukan 'Cleric', maaf," Ye Xiu ketawa.