Ye Wan Wan terus dikurung sebaik tiba di taman Jin.
Bunyi tombol pintu hampir membuatkan jantungnya terkeluar dan secara tidak sedar, dia memegang erat beg plastik yang mengandungi ubat yang diperolehinya daripada hospital.
Dua minggu belum berlalu lagi, tetapi dia sudah kembali di sini semula.
Walaupun segala-galanya masih terkawal, tetapi terkurung di dalam bilik tidur yang mewah dan begitu dikenali ini menyebabkan ketakutan meresapi jiwanya lantas menghancurkan jasadnya serta-merta.
Dia telah dikurung di sini selama tujuh tahun dengan rasa takut akan kegelapan dan rasa sepi yang melampau. Walaupun begitu, dia akhirnya terlalu biasa dengan kegelapan dan rasa sepi yang menyesakkan sehingga dia mula takut akan cahaya dan manusia.
Perkara yang paling menakutkan bukanlah dikurung tetapi jika suatu hari nanti dia diberi kebebasan, dia tidak mampu lari daripada sangkar trauma di sekeliling hatinya.
Walaupun dia telah dilahirkan semula dan kembali bernyawa sebelum tragedi tersebut bermula, dia masih tidak dapat melarikan diri daripada kenangan dan bayangan daripada kehidupannya yang lalu.
Di luar, kedengaran bunyi tapak kaki yang tidak lazim didengari yang semakin menghampiri, langkah demi langkah. Dalam ruang yang begitu hening, bunyi ini kedengaran jelas dan menakutkan.
Berkeriang-keriut bunyi pintu dibuka.
Melihat pada susuk tubuh yang menakutkan dan mengerikan di depan pintunya, mata Ye Wan Wan tiba-tiba mengecil.
Buat seketika, babak di hadapannya dan kenangan dalam kehidupannya yang lalu bergabung sepenuhnya…
Riak wajah gadis tersebut yang terlalu takut bagaikan racun yang boleh menghakis hati sesiapa. Semua pancaindera dan sekatan diri Si Ye Han bertukar menjadi abu dalam sepantas kilat.
Sesaat kemudian, tubuh Ye Wan Wan dicampak ke atas katil secara paksa dan beg plastik yang digenggam erat terjatuh ke atas lantai.
Sebelum dia sempat berkata apa-apa, lehernya dicekik dan dia semakin sukar untuk bernafas dan dengan perlahan-lahan, nyawanya bagaikan meleleh keluar perlahan-lahan daripada jasadnya.
Apabila dia berjaya bernafas semula, dia tergigit lidahnya dengan kuat dan dengan serta-merta mulutnya dipenuhi dengan darah…
"Wan Wan, aku dah beritahu sebelum ini… Ini peluang terakhir… Sekarang tiada lagi peluang untuk kau…"
Selepas menghamburkan kata-kata ini, tapak kaki lelaki tersebut kedengaran semakin menjauh dan tombol pintu itu berbunyi sekali lagi.
Sebaik sahaja lelaki tersebut pergi, Ye Wan Wan terus batuk dengan kuat. Ketakutan dalam matanya sudah hilang, apa yang tinggal hanyalah kedinginan dan cahaya yang suram di sebaliknya.
Biliknya habis bersepah.
Ruang yang besar itu membeku; sejuk dan menusuk hingga ke tulang.
Lelaki tersebut duduk di hadapan mejanya bagaikan arca yang berusia, keganasan dan sadisme telah menghakis sisa kemanusiaan yang ada pada tubuhnya.
Dalam kesepian itu, tiba-tiba terdapat ketukan yang terburu-buru pada pintu.
"Berambus—"
Suara yang penuh amarah itu menghentikan ketukan pada pintu tersebut.
Namun, ketukan tersebut berterusan dengan lebih terburu-buru sejurus selepas itu.
Disebabkan tiada tindak balas, orang yang mengetuk pintu tersebut terus menolak daun pintu terbuka dan masuk.
Situasi di dalam rumah itu lebih menakutkan daripada yang dibayangkannya. Sebaik sahaja dia ternampak wajah raksasa itu dan matanya yang merah, Xu Yi begitu takut sehinggakan dia menjadi pucat.
Walau bagaimanapun, isu yang ada memaksanya untuk memaklumkan tuannya!
Xu Yi memaksa dirinya untuk kekal tenang dan menggunakan semua tenaganya untuk mencari keberanian untuk bersuara. Dia bercakap dengan segera, "Tuan ke-9, saya sendiri pergi siasat tadi. Memang Cik Ye pergi ke hospital dalam perjalanan dan tidak pergi ke sekolah."
Xu Yi yang dapat mengesan kejatuhan suhu yang drastik di dalam bilik itu terus dibasahi dengan peluh dan menyambung, "Tetapi kamera pengawasan menunjukkan yang Cik Ye tidak pergi ke bilik kecemasan selepas sampai di hospital tetapi dia ke bahagian pesakit luar untuk mendaftar dan berjumpa dengan seorang Cina tua pakar…"
Disebabkan Xu Yi bimbang Si Ye Han tidak dapat memahami lagi mesej utamanya, dia menambah secara khusus, "Dari awal hingga akhir, Cik Ye tidak melawat Gu Yue Ze pun!"