Pada masa itu, wajah Xu Yi kelihatan begitu rumit. "Doktor Cina tua sangat terkenal –– dia paling mahir merawat insomnia dan Tuan juga ada merujuk doktor ini pada peringkat awal dulu… Saya berjaya dapatkan rakaman pengawasan lawatan Cik Ye… Tuan lihat sendiri…"
Xu Yi membuka rakaman pengawasan itu di telefon bimbitnya.
Ye Wan Wan sedang menggalas beg sekolahnya dan duduk di hadapan Doktor Cina tua itu dengan wajah murung.
"Gadis kecil, di mana awak rasa tak sihat?" Tanya Doktor Cina tua itu.
"Doktor, bukan saya yang tak sihat; saya ke sini bagi pihak orang lain!" Jawab Ye Wan Wan.
"Mengarut betul gadis kecil ini, macam mana awak berjumpa doktor untuk orang lain?" Doktor Cina tua itu mengerut dahinya yang sudah dimamah usia.
Ye Wan Wan dengan cepat menjelaskan, "Doktor, dengar dulu. Teman lelaki saya mempunyai masalah insomnia yang sangat teruk; dia telah berjumpa dengan banyak doktor tapi tiada satu kaedah pun yang berjaya. Doktor, Doktor sangat terkenal dan sudah tentu dia sudah datang untuk mendapatkan rawatan dari Doktor dulu. Saya cuma ke sini untuk memahami lebih lanjut tentang insomnia dan cuba faham apa yang dia alami."
Doktor Cina tua itu agak terkejut dengan apa yang gadis itu katakan dan kelihatan terharu. "Awak, gadis kecil, sungguh bertimbang rasa. Tak ramai ahli keluarga pesakit yang begitu ambil peduli seperti awak! Baiklah, mari saya ceritakan!"
"Terima kasih, Doktor!" Gadis itu kelihatan begitu gembira dengan senyuman terukir diwajah, mengeluarkan buku nota dan pen, dan mula menulis maklumat penting dengan serius.
Melihat dia begitu bersungguh-sungguh, doktor tua itu menjelaskan banyak maklumat dengan begitu teliti.
Wajah gadis itu begitu ikhlas sepanjang masa dan mengajukan soalan yang khusus dari semasa ke semasa. "Nenek saya ada beritahu yang insomnia jangka masa panjang boleh mengganggu emosi seseorang, adakah ini betul?"
Doktor Cina tua itu mengangguk. "Jika serius, ia bukan hanya akan merosakkan tubuh badan tapi dalam jangka masa panjang, ia juga akan memberi kesan yang teruk kepada perwatakan dan kesihatan mental seseorang. Ini sesuatu yang tidak boleh dikawal dan sebagai ahli keluarga, awak patut berusaha untuk lebih memahami, menjaga dan lebih sabar kepada mereka!"
"Mhm, saya pasti akan berbuat begitu. Saya banyak menjadi punca kemarahan dia di masa lepas…" Gadis itu kelihatan bersalah. "Sebelum ini, untuk mengulang kaji pelajaran demi peperiksaan saya, saya hanya tidur 3 hingga 4 jam sehari, berterusan selama seminggu. Perasaan tidak cukup tidur itu sangat teruk! Doktor, beritahu lebih banyak dan ajar bagaimana saya boleh bantu dia supaya dia berasa lebih selesa!"
…
Rakaman 10 minit itu tamat, suasana hening menyelubungi segenap ruang bilik itu.
Namun, kata-kata prihatin gadis itu masih bergema dalam telinganya.
Hati Xu Yi penuh dengan perasaan berbolak-balik; dia tidak dapat menyatakan perasaannya ketika itu. "Tuan ke-9, kita… kita telah salah faham kepada Cik Ye…"
Suasana hening ini berlanjutan untuk beberapa ketika kemudian dikejutkan dengan bunyi nyaring kerusi bergesel pada lantai.
Apabila Xu Yi sedar semula, lelaki di hadapan meja tadi telah pun hilang.
Bilik tidur di tingkat kedua:
"Bang ––" Pintu ditolak dengan kuat oleh seseorang.
Bilik gelap itu sejuk dan senyap.
Gadis itu masih dalam keadaan yang sama dia tinggalkan sebentar tadi. Kelihatan tubuh gadis itu dikerekotkan seperti janin, dengan kepala dirapatkan ke kaki, tidak bergerak langsung. Apabila dia mendengar pintu dibuka, tubuhnya kecil itu mula menggigil dengan kuat.
Si Ye Han berdiri, membatu di tempat sama, tangan digenggam erat membentuk penumbuk.
Pandangan lelaki itu perlahan-lahan tiba pada plastik hitam di sisi katil dengan isinya terburai ke atas lantai.
Dia berjalan perlahan ke arah plastik itu, membongkok dan mula mengutip satu demi satu.
Beberapa bungkusan ubat herba Cina, sekeping rekod pesakit luar, satu buku nota berwarna merah jambu…
Kelihatan memenuhi segenap ruang halaman demi halaman buku itu, nota yang ditulis rapi oleh gadis itu…