Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 42 - Teman Saya Selama Enam Jam

Chapter 42 - Teman Saya Selama Enam Jam

'Kasut koyak…'

Mata Shen Meng Qi terbuntang besar; tidak pernah terlintas dalam fikirannya yang Ye Wan Wan akan berkata begitu.

Gu Yue Ze hampir sama dengan dewa pada mata Ye Wan Wan—tiada siapa dibenarkan untuk menghina lelaki itu di hadapannya.

Hati Shen Meng Qi dipenuhi dengan kejutan dan curiga, maka dia hanya mampu merenung kawannya. "Wan Wan, awak…sampai hati awak cakap begitu tentang En Gu?! Ye Yi Yi yang salah untuk semuanya; bapa dia rampas keluarga Ye dan dia dengan muka tebalnya rampas tunang awak. En Gu tak ada pilihan lain! Apa yang jadi sebenarnya? Kenapa tiba-tiba awak fikir begini?"

'Dengan cinta Wan Wan yang tidak berbelah bahagi untuk Gu Yue Ze, sehinggakan dia sanggup memutuskan hubungan dengan ibu bapanya, mana mungkin dia putus asa begitu saja?'

Ye Wan Wan menjawab ringkas, "Tak ada apa-apa pun, saya cuma fikir lebih mendalam."

Shen Meng Qi terus cuba memujuknya dengan berkata, "Wan Wan, jangan membabi buta, lagipun bukankah awak dah bertahun-tahun lamanya sukakan dia…"

Ye Wan Wan menguap, sudah jelas dia tidak berminat meneruskan topik ini dan mencelah, "Saya letihlah, saya mahu tidur. Saya sembang lagi dengan awak lain kali ya!"

Shen Meng Qi mahu bersembang lagi tetapi Ye Wan Wan sudah pun berbaring di atas katil dan menguap, maka dia hanya boleh beredar.

Macam ada perubahan pada Ye Wan Wan selepas dia kembali bersekolah…

'Dulu, dia selalu cakap apa yang dia fikirkan. Tetapi sekarang, dia tak banyak cakap dan perangainya pun acuh tak acuh.'

Setelah dia pasti Shen Meng Qi sudah beredar, Ye Wan Wan bangun dan berjalan menuju ke bilik mandi.

Perbualannya dengan Shen Meng Qi sebentar tadi mungkin Cuma dapat mencapai separuh daripada objektifnya.

Sudah tentulah dia mahu mengambil peluang sebentar tadi untuk meluahkan rasa hatinya terhadap Si Ye Han, tetapi dengan kelicikan minda Si Ye Han, dia akan merasakan bahawa Ye Wan Wan sedar bahawa dia ada di dalam bilik itu, maka Ye Wan Wan sengaja berkata begitu agar dia boleh mendengarnya.

Oleh itu, dia tidak akan memaksa Si Ye Han untuk mempercayainya. Selagi dia sudah mendengar semuanya yang dikatakan oleh Shen Meng Qi sebentar tadi, itu sudah memadai.

Ye Wan Wan membuka pintu bilik air dan dengan segera menjemput syaitan jahat itu keluar, "Maaf, maaf! Dia dah keluar! Meng Qi yang datang tadi; saya ingat warden asrama yang datang! Terkejut saya!"

Apabila Ye Wan Wan membuka pintu tersebut, tubuh Si Ye Han yang tinggi lampai sedang membongkok di sebelah singki. Riak wajah lelaki tersebut kosong sahaja dan Ye Wan Wan tidak dapat meneka apa yang difikirkannya.

Si Ye Han merenungnya buat beberapa saat, kemudian dia mengusap pipi perempuan tersebut dengan jari-jemarinya, suaranya yang dalam bergema di dalam bilik mandi yang kecil itu, "Enam jam dan saya akan maafkan awak."

"Ha? Enam jam apa?" Ye Wan Wan tidak faham.

Si Ye Han: "Tidur dengan saya."

Ye Wan Wan: "…"

'Kenapa situasi ini berbeza daripada apa yang aku harapkan?'