Selepas dia membuat panggilan kepada Zheng Bin, Ye Ye Wan Wan menoleh kepada orang ramai dan semakin ramai orang bercakap bagi pihak Shen Meng Qi--kebanyakan ialah peminatnya.
Melihat dewi mereka sedang disakiti oleh seorang lelaki tak berguna, hati mereka semua hancur dan mula memarahi Song Zi Hang dan ibunya. Mereka juga telah menarik Jiang Yan Ran semula ke dalam situasi ini. Ia seperti orang yang paling tidak bersalah adalah Shen Meng Qi.
Jiang Yan Ran melihat Shen Meng Qi dengan dingin, wajah cantiknya ketika itu dipenuhi dengan air mata. Dia kelihatan begitu menyedihkan dan sedang merayu memohon maaf. Kemudian dia memandang ke arah Song Zi Hang yang mengkritik dirinya tanpa henti. Dia menutup matanya dengan letih, mahu beredar dari tempat ini.
Ye Wan Wan berjalan senyap-senyap ke sisi Jiang Yan Ran dan merendahkan suaranya, "Awak suka dengan semua ni? Jangan risau, banyak lagi akan berlaku."
Jiang Yang Ran melihat Ye Wan Wan dengan pandangan kosong.