Kini nasib Sindiket IV telah berakhir. Dengan bantuan Xinghe, semua sistem elektronik Sindiket IV telah dimatikan.
Para tentera masuk ke pangkalan dengan mudah. Bagaikan puting beliung, mereka menghapuskan para pengganas yang berada dalam keadaan terkejut. Dengan Mubai bertindak sebagai ketua komander, dia bekerja keras untuk memastikan tiada sesiapa yang dapat melarikan diri. Sesiapa yang enggan menyerah diri akan dibunuh serta merta.
Berhadapan dengan musuh yang kuat seperti ini, pangkalan itu diambil alih tidak lama kemudian. Pihak Xinghe memperolehi kemenangan besar!
Mereka menyelesaikan segalanya dalam masa setengah hari sahaja. Apabila ia berlaku, hampir seluruh negara bersorak.
Kumpulan Sam mula menari dengan gembira.
"Kita menang!, Sindiket IV telah kalah! Kita menang!" Sam menjerit sekuat hati, dia berasakan seolah-olah sedang bermimpi.