Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 26 - Penghinaan Yang Teramat

Chapter 26 - Penghinaan Yang Teramat

Tanggapan bahawa kedua-dua mereka masih mempunyai sesuatu dibelakangnya kembali menakutkan Tianxin.

Dia yakin bahawa Xinghe yang sedia ada tidak dapat menandinginya tetapi dia masih terasa terancam.

Sejak Xinghe memutuskan untuk mengalah dalam persaingan ini, mengapalah dia tidak pergi berjauhan terus daripada Mubai.

Mengapalah dia terpaksa menampilkan diri apabila perkahwinannya dengan Mubai hampir membuahkan hasil.

Lebih baik jika dia tidak menghalangnya dan sekiranya perkara itu terjadi, Tianxin bersumpah akan membawa neraka ke dalam hidupnya.

Walau bagaimana pun, Tianxin segera sedar bahawa kebimbangannya tidak berasas.

Tempat yang Xinghe panggil rumah jelaslah tempat di mana pengemis tinggal.

Tianxin tidak pernah melihat sebuah kediaman yang begitu buruk sekali.

Penuh dengan bau yang menjijikkan, tempat tersebut amatlah kotor dan mengerikan.

Dia tidak menghampiri penghuni di situ kerana takut dijangkiti sebarang penyakit.

Kebimbangan yang dirasainya telah hilang apabila mendapat tahu di mana Xinghe tinggal. Jika bukan kerana desakan Mubai, dia tidak akan mendekati kawasan tersebut.

Walau bagaimana pun, dia bersediamembuat pengecualian untuk menghina Xinghe dengan menunjukkan kemenangannya.

Tianxin memegang tangan Mubai lalu berkata dengan penuh risau, "Mubai, adakah kamu pasti yang Xinghe tinggal di sini? Bagaimana dia menjadi seperti ini? Jikalau saya di tempat dia, saya akan bekerja keras untuk memastikan yang saya tidak berakhir di tempat seperti ini."

Maksudnya adalah kemerosotan Xinghelah yang memyebabkan dia berakhir dengan tinggal di tempat sedemikian.

Penghinaannya terhadap Xinghe semakin galak.

Dia terasa bodoh kerana mempunyai perasaan marah terhadap Xinghe. Wanita itu tidak layak dan bernilai untuk masanya.

Mubai memasamkan mukanya. Dia tidak menjangka yang Xinghe tinggal di kawasan setinggan sebegini.

Dia harus memastikan yang Xinghe akan menerima nafkah dia kali ini kerana dia tidak dapat menerima Xinghe hidup seperti itu lagi.

Pasangan tersebut dibawa oleh Chang An ke pangsapuri Xinghe.

"CEO Xi, inilah tempat Cik Xia," kata Chang An sambil membongkok.

"Ketuklah pintu,"arah Mubai.

Chang mengetuk pintu tersebut dengan sopan tetapi tiada sebarang balasan.

Tianxin akhirnya hilang kesabaran, dia tidak mahu berada di sana lagi lalu berkata, "Mubai, mungkin mereka tidak berada di rumah. Tidak kiralah apa yang kamu hendak beri kepada Xinghe, saya pasti kamu boleh hantar melalui pos."

"Siapa yang kamu cari?" Dengan tiba-tiba seorang lelaki berdekatan bertanya dengan penuh hati-hati.

Chang An memandang ke arahnya lalu bertanya dengan sopan, "Maafkan saya encik, tetapi encik tahu tak di manakah keluarga Xia sekarang? Mengapa tiada orang menjawab ketukan kami?"

"Oh, kamu sedang mencari mereka. Masa kedatangan kamu tidak begitu baik. Sesuatu telah berlaku dan saya mengesyaki bahawa mereka semua berada di hospital sekarang."

Mereka terkejut. Mubai terus bertanya, "Apa yang terjadi?"

Lelaki tersebut pun terus menjelaskan apa yang telah berlaku semalam.

Mubai terkejut dengan pengetahuan baru tersebut. Dia tahu yang kesihatan Chengwu tidakah begitu baik baru-baru ini jadi ini bukanlah satu petanda yang baik untuknya.

Lebih lebih lagi, kemungkinan besar keluarganya tidak mempunyai kemampuan yang mencukupi untuk membayar kos hospitalnya.

Itulah sebab Mubai harus memberikan nafkah tersebut kepada Xinghe.

Mubai memberitahu Chang An dengan serta merta bahawa mereka terpaksa ke hospital. Tianxin hanya mengekori mereka dengan taat dan tidak memberi apa-apa komen.

Walau bagaimana pun, ianya bukanlah kerana dia mempunyai niat yang baik tetapi dia masih ingat kali terakhir mereka terserempak dengan Xia Xinghe.

Muka Xinghe yang bertukar merah, penuh dengan rasa malu sebelum melarikan diri daripada mereka telah membawa kepuasaan kepada Tianxin.

Dia akan tersenyum setiap kali imej tersebut terimbas di dalam fikirannya.

Sekarang, wanita bodoh tersebut kelihatan dalam keadaan yang lebih teruk, dia pasti tidak mahu melihat mereka lagi.

Namun, sekarang Xinghe tidak mempunyai pilihan lain. Dia terpaksa menelan maruahnya sendiri dan menerima kerja amal mereka kali ini.

Tianxin hampir tertawa sendiri apabila membayangkan muka kalah dan malu Xia Xinghe. Dia yakin dia harus mengikut mereka ke hospital untuk menyaksikan perkara itu sendiri.