Tianxin melangkah pulang dengan kemarahan yang memuncak.
Apabila dia sampai ke lobi, Mubai telah hilang; keretanya juga tiada di sana.
Hanya Chang An sahaja yang menunggunya di pintu masuk hospital.
"Mana Mubai?" Tianxin bertanya kepada pembantu Mubai.
Chang An menjawab dengan sopan, "CEO Xi mempunyai mesyuarat penting untuk dihadiri jadi dia terpaksa meninggalkan hospital terebih dahulu. Dia meninggalkan saya untuk menunggu Cik Chu. Jangan risau Cik Chu, saya telah menghubungi seorang pemandu dan dia akan sampai tidak lama lagi."
"Dia sudah beredar?" tanya Tianxin dengan tidak sangka.
"Ya." Chang An menunduk.
Senyuman yang sudah Tianxin sediakan untuk diberi kepada Mubai terus hilang.
Mubai bukan sahaja telah melupakan makan tengah hari mereka malahan, dia sanggup untuk meninggalkannya di hospital tanya memberitahunya terlebih dahulu!
Tianxin merancang untuk berkongsi penderitaan yang dia hadapi dengan perbuatan Xinghe tetapi Mubai telah meninggalkan dia!
Dia tertanya-tanya sama ada dia mempunyai ruang di hati Mubai.
Tidakkah Mubai mempunyai sedikit minat melihatkan perbuatan baik yang mahi Tianxin berikan kepada Xinghe?
Tianxin mengetap giginya kerana rancangannya tidak dapat direalisasikan. Dia pulang semula kepada Xinghe untuk dua tujuan, satu untuk menyambung merosakkan keyakinan Xinghe dan dua, untuk menunjukkan kepada Mubai yang dia seorang yang baik dan prihatin.
Walau bagaimana pun, Xinghe terbukti lebih berdaya tahan daripada apa yang difikirnya dan sekarang Mubai telah meninggalkan hospital tersebut. Jika Tianxin tidak dapat menunjukkan kebaikannya kepada Mubai, jadi tiada sebab lah untuk dia kembali berjumpa Xinghe? Selain itu, Tianxin juga ingin mengadu kepada Mubai tentang bagaimana Xinghe telah melayannya dengan teruk.
Berdasarkan keperibadian Mubai, Tianxin tahu yang imejnya akan rosak di mata Mubai jika dia mendapat tahu yang Tianxin masih menyimpan dendam. Mubai tidak suka orang yang menyimpan dendam. Tianxin hanya mempunyai peluang ini untuk memburukkan imej Xinghe. Dia hanya mempunyai masa yang singkat untuk memfitnah Xinghe.
Lagipun Mubai telah meninggalkan tempat tersebut. Mustahil untuk Tianxin menelefonnya untuk mengadu tentang Xinghe. Ia tidak akan membantu dalam memperbaharui imejnya. Walau bagaimana pun, jika Tianxin melepaskan peluang ini, dia tidak akan mengungkitnya lagi.
Dalam erti kata lain, rancangannya gagal.
Lalu dia merenung Chang An di sisinya dengan air mata yang membanjiri matanya.
Chang An hairan melihat dia menangis lalu berkata dengan tergesa-gesa, "Cik Chu, apa yang tidak kena? CEO Xi tidak sengaja meninggalkan kamu, dia mempunyai sesuatu yang penting untuk dihadiri. Tolonglah jangan bersedih."
Tianxin mengelap tangisannya dan tersenyum secara paksa lalu berkata, " Ini tiada kaitan dengan Mubai. Ianya salah saya kerana lupa betapa bangganya Xinghe. Saya patut tahu ia adalah sukar untuk Xinghe merendah diri dan menerima pertolongan saya. Siapa lagi yang boleh saya salahkan, mesti lah diri sendiri kerana tidak memikirkannya terlebih dahulu."
"Cik Chu apa yang kamu cakap ini?" tanya Chang An.
"Tiada apa-apa. Saya juga ada sesuatu penting untuk dihadiri, terima kasih kerana menunggu saya," kata Tianxin sebelum berpusing meninggalkan tempat tersebut. Dia masih ingat untuk sengaja mengelap air mata yang gugur di mukanya.
Tidak kira betapa kuatnya Chang An memanggil Tianxin, dia memastikan yang dia tidak akan berpusing ke belakang.
Chang An hanya dapat melihat dengan tidak berdaya semasa Tianxin memanggil teksi dan meninggalkan tempat tersebut. Chang An pun pulang dan melaporkan kepada Mubai.
Mubai sebenarnya tidak mempunyai mesyuarat walaupun dia pulang ke pejabat awal. Dia masih marah dengan tindakan Xinghe, jadi dia tidak mahu berlegar-legar di hospital lagi.
Menyandar pada kerusinya, Mubai membuka butang atas bajunya sambil fikirannya kembali pada waktu Xinghe mengoyakkan cek tersebut di hadapan matanya.
Cek untuk seratus juta dan dia mengoyakkannya tanpa mengelipkan mata.
Adakah Xinghe betul-betul berprinsip atau dia melakukanya semata-mata untuk membuat Mubai marah?
Mubai tertawa sendirian sambil memikirkan jawapannya.
Pada pendapatnya, Xinghe berkelakuan terlampau bodoh. Berdasarkan situasi yang sedang dilaluinya, adakah ia penting bagi Xinghe untuk berpegang pada prinsip dan maruahnya?