Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 914 - Kamu Sudah Sembuh daripada Mati Pucuk?

Chapter 914 - Kamu Sudah Sembuh daripada Mati Pucuk?

Ou Ming memeluk Yu Lili dengan erat sepanjang malam itu.

Seluruh tubuh Yu Lili terasa sakit kerana sofa itu terlalu kecil untuk mereka berdua. Ou Ming memeluknya erat sepanjang malam tanpa mahu melepaskan, jadi dia tidak berani untuk bergerak. Mereka berada di kedudukan yang sama sepanjang malam sehingga tubuh mereka terasa kebas. Ou Ming terjaga dalam gelap dengan kepala yang pening dan melihat wanita yang berada dalam pelukannya. Yu Lili masih memakai baju kerja. 

Yu Lili turut terjaga apabila Ou Ming bergerak. Ou Ming berasa selesa dapat memeluk Yu Lili seperti itu, jadi dia tidak melepaskannya sebaliknya memeluknya lebih erat dan bertanya, "Bagaimana saya balik ke rumah semalam?"

Yu Lili tidak tahu sama ada mahu marah atau ketawa. Dia menyiku perut Ou Ming dan berkata, "Berani kamu tanya begitu!"

Yu Lili ketawa dan menceritakan perkara yang berlaku semalam, tetapi Ou Ming tidak begitu memberi perhatian.

"Kamu tak ingat?" tanyanya sambil memandang Ou Ming dan berasa agak kecewa.

Ou Ming menggeleng dan berkata, "Tak berapa ingat. Tapi ada satu perkara yang saya ingat dengan jelas."

"Apa itu?" tanya Yu Lili.

Ou Ming merapatkan tubuh mereka dan bertanya, "Kamu dah sembuh daripada mati pucuk?"

Pipi Yu Lili terus berubah kemerahan. Belum sempat dia menjawab, Ou Ming memeluknya lagi dan menciumnya.

Ciuman yang penuh ghairah itu hinggap di bibir dan leher Yu Lili. Kesan ciuman semalam masih ada di situ dan membuatkan Ou Ming tersenyum. Perlahan-lahan dia memasukkan zakarnya dengan teruja.

Sebaik sahaja Ou Ming melakukannya, Yu Lili terus menjerit dengan kuat. Dia menyilangkan kakinya dan mengetap gigi untuk bertahan. Sofa itu bergoyang-goyang dengan pergerakan mereka. Namun Yu Lili tidak berasa seperti semalam. Kali ini ia agak menyakitkan.

Ia tidak sama seperti malam semalam.

Yu Lili mengerutkan dahinya dan menolak Ou Ming. Sebaik sahaja Ou Ming menarik keluar zakarnya, ia dipenuhi dengan darah yang pekat dan melekit.

Ou Ming terkejut dan bertanya, "Kamu berdarah?"

Yu Lili tunduk ke bawah dan dapat merasakan darah keluar dari bawahnya. Perutnya juga terasa amat sakit. Dia menyangka kesakitan itu disebabkan tidur di atas sofa sepanjang malam, tetapi rupa-rupanya ia disebabkan dia telah datang haid. Dia mengira kitaran haidnya dan menyedari ia agak lewat. Sepatutnya ia sudah bermula dua hari lepas.

Yu Lili melihat riak wajah jijik Ou Ming dan tersenyum. "Nampaknya haid saya dah bermula."

Dia tahu Ou Ming berasa geli kerana bibirnya dicebikkan. Dia berasa agak bersalah dan menundukkan kepalanya. Dia juga tahu Ou Ming berasa kecewa kerana mereka tidak sempat menyelesaikannya.

Tiba-tiba dia mengangkat mukanya dan menjerit, "Sekarang pukul berapa?"

Yu Lili menoleh ke arah jam - dan melihat sudah pukul 8.30 pagi!

"Habislah. Habislah saya!" jeritnya. Dia mula melompat dan memakai bajunya. "Dah terlalu lewat untuk pergi kerja. Apa yang patut saya lakukan? Ketua penyunting tak suka saya, jika dia tangkap saya datang lewat, dia pasti akan pecat saya. Ini salah kamu!"

Ou Ming mengerutkan dahinya. Dia cuba bertanya dengan lembut, "Kenapa ketua penyunting tak suka kamu?"

"Mana saya tahu? Saya diambil bekerja sebagai pembantu penyunting, tapi ketua penyunting suruh saya bekerja sebagai penyambut tetamu. Dia buat seperti saya ambil kesempatan di tempat kerja. Oh Tuhan, dia pasti sangat marah!"

Ou Ming memerhatikan Yu Lili bergegas untuk bersiap dan cuba menahannya. "Jangan pergi kerja hari ini, ambillah cuti."