Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 894 - Encik Ou Sedang Bermesyuarat

Chapter 894 - Encik Ou Sedang Bermesyuarat

Ou Ming benar-benar sedang sibuk.

Melihat video itu, Shen Manting tidak dapat terus melepaskan kemarahannya. Dia hanya mendengus sinis dengan angin yang masih tidak baik.

Ou Ming sangat sibuk, tetapi masih ada masa untuk makan bersama perempuan itu.

Penting sangatkah Yu Lili untuknya?

Ou Ming, kamu amat sukakan dia? Kamu amat sukakan dia sehingga berani tidak mengendahkan tunang kamu sendiri.

Jelas Ou Ming melayan mereka dengan jauh berbeza. Shen Manting yang dilahirkan di dalam keluarga kaya dan dibesarkan dengan kasih sayang malah dilayan seperti puteri tidak dapat menerima perbezaan layanan yang amat besar ini.

Selepas berfikir dengan dalam, Shen Manting memutuskan untuk menghubungi ibu Ou Ming.

Sekarang waktu tengah hari. Telefon itu berdering agak lama sebelum dijawab oleh ibu Ou Ming. Daripada suara wanita itu, Shen Manting mengagak dia baru terjaga daripada tidur sebentar.

Sebaik panggilan itu dijawab, Shen Manting menyapa dengan suara yang manis, "Selamat tengah hari, Auntie."

"Manting kah? Ada apa?"

Ibu Ou Ming mengalami selesema, jadi suaranya kedengaran agak sengau.

Shen Manting menyedari perkara itu dan berkata, "Auntie, Auntie selesema?"

Mendengar pertanyaan itu, ibu Ou Ming tersenyum dan berkata, "Kamu sungguh prihatin. Auntie hanya bercakap sedikit, kamu dah tahu Auntie selesema."

"Tak ada apalah Auntie, semua orang juga boleh menyedarinya. Auntie dah makan ubat? Dah pergi klinik?"

Shen Manting bertanya dengan nada risau yang membuatkan ibu Ou Ming berasa hangat di dalam hatinya. Dia menjawab, "Tak perlu semua itu."

"Dah tentulah perlu. Saya akan datang lawata Auntie. Baru-baru ini keluarga saya ada terima beberapa ginseng yang baru, ia baik untuk kesihatan. Saya akan bawakannya untuk Auntie."

"Manting, kamu sungguh baik, tapi tak perlulah. Susah untuk dapatkan ginseng yang elok, jadi baik kamu simpannya untuk kamu sendiri."

Selepas mendengar kata-kata ibu Ou Ming, Shen Manting melihat jam tangannya. Sekarang pukul 3 petang. Dia tersenyum dan berkata, "Jika untuk Auntie saya, ia berbaloi. Tunggu saya. Saya akan pulang ke rumah malam ini." 

Dia berkata 'pulang ke rumah' dan bukan 'pergi ke rumah'. 

Daripada kata-kata Shen Manting, jelas bahawa dia telah menganggap rumah keluarga Ou sebagai rumahnya sendiri.

Ibu Ou Ming menyedari perkara itu. "Kamu di mana sekarang?" dia bertanya sambil menoleh ke arah jam dinding. "Kamu boleh datang sekarang dan minum petang dengan Auntie. Kamu sibuk?"

"Saya tak sibuk, tapi saya sekarang di Bandar Zhou. Saya akan ambil masa selama tiga jam untuk tiba di Kingstown. Tunggu saya."

Ibu Ou Ming berasa terharu dan berkata, "Kamu tak perlu bersusah-payah datang ke sini. Buatlah kerja kamu. Nanti bila kamu dah lapang, kita boleh aturkan semula. Kamu perlu memandu jauh untuk datang ke sini."

"Tak apa, Auntie. Ou Ming sangat sibuk sekarang, jadi dia tiada masa untuk jaga Auntie. Sebagai bakal menantu Auntie, saya mesti jaga Auntie untuk dia. Tunggu saya ya. Saya akan pergi sebaik sahaja kerja saya siap," kata Shen Manting lalu terus menamatkan panggilan itu sebelum ibu Ou Ming membantah lagi.

Mendengar nada yang seakan sedang sibuk itu, ibu Ou Ming berasa amat terharu dan berpuas hati dengan bakal menantu pilihannya.

Kemudian dia membuat panggilan kepada Ou Ming. Walau bagaimanapun, bukan Ou Ming yang menjawab, tetapi pembantunya Xu Cheng.

"Puan Ou," kata Xu Cheng. "Encik Ou sedang bermesyuarat sekarang."

"Okey. Bila dia habis mesyuarat, suruh dia telefon saya kembali. Saya ada perkara penting untuk diberitahu kepada dia."

Xu Cheng mendapat firasat buruk. Namun dia tetap menjawab dengan hormat dan berjanji untuk menyampaikan pesanan itu.

Mesyuarat Ou Ming berlangsung lebih dua jam lamanya. Waktu sudah hampir senja apabila ia berakhir. Ou Ming menyelesaikan kerjanya tepat pada masa untuk pulang ke rumah.

Related Books

Popular novel hashtag