Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 811 - Ciuman Dewasa

Chapter 811 - Ciuman Dewasa

"Nah!" Yu Lili menghulurkan sepotong kek kepada Ou Ming dan berkata, "Ini potongan terbaik yang saya buat!"

"Terima kasih, Sayangku Yu."

"Sama-sama Encik Ou." Yu Lili tidak peduli dengan ekspresi Ou Ming. Dia mengambil sepotong kek untuk dirinya dan memakannya menguunakan garfu. Keharuman dan kemanisan kek itu memenuhi mulutnya dan membuatkannya berasa seperti mahu melompat gembira! Dia mengangkat pinggan keknya dan berkata dengan teruja, "Sedapnya kek ini! Jauh lebih sedap daripada kek hari jadi Fu Lengbing!"

"Siapa Fu Lengbing?" tanya Ou Ming.

"Lelaki terkaya dalam kelas kami dulu. Dia selalu gunakan barang berjenama. Contohnya Adidas, Nike, Jordan. Pakaiannya semua amat mahal. Malah waktu kami masih di sekolah menengah, dia sudah miliki Iphone. Terlalu mewah," jawab Yu Lili. "Seronoknya kalau ada ayah sekaya itu," kata Yu Lili dengan cemburu sambil memakan keknya.

Ou Ming tersenyum dan berkata, "Saya boleh beri kamu apa saja yang kamu nak. Apa kata saya berikan telefon bimbit?"

"Terima kasih, tapi itu terlalu mahal," kata Yu Lili. "Saya dengar telefon bimbit berharga lebih 4000 yuan. Sangat mahal. Gaji kerja sampingan saya hanya 60 yuan sehari. Entah berapa kerja yang perlu saya buat untuk beli telefon bimbit?"

"Budak mata duitan," kata Ou Ming sambil mengetuk lembut dahi Yu Lili. "Kita kan rapat. Saya sayang kamu dan mahu beri kamu wang. Kamu ambil saja wang atau beritahu saya apa yang kamu mahu. Saya akan belikannya untuk kamu atau kamu boleh guna kad yang saya berikan untuk belinya sendiri."

Yu Lili menghabiskan keknya tanpa berkata apa-apa. 

Melihat perkara itu, Ou Ming mengeluarkan satu kotak kecil dari poketnya dan menghulurkannya kepada Yu Lili, "Nah, hadiah hari jadi."

Yu Lili mengambil dan membuka kotak itu dengan terkejut. Dia melihat seutas jam tangan di dalamnya.

"Wah, cantiknya!" Yu Lili mengambil jam tangan itu dan membeleknya. "Berapa harganya? Pasti mahal, kan?"

Ou Ming berasa tidak gembira mendengar Yu Lili menyebut tentang harga lagi. Dia mengambil jam itu dan berkata, "Ini hadiah saya untuk kamu. Kamu ambil saja. Tak kira berapa harganya, saya akan pakaikannya kepada kamu."

"Baik!" Yu Lili meletakkan pinggan kek yang sudah kosong ke tepi dan memandang jam tangan itu dengan teruja.

Ou Ming memakaikan jam itu pada tangan Yu Lili dengan sabar dan bertanya, "Kamu suka?"

Yu Lili merenung jam itu dengan senyuman yang bertambah lebar. Dia terus menjawab tanpa teragak-agak, "Saya sangat sukakannya!" Sebaik mendongak, dia melihat wajah Ou Ming sangat hampir dengan wajahnya. Jantung Yu Lili berdegup kencang dan dia berundur tanpa sedar, tetapi Ou Ming mengambil peluang itu dan memegang kedua-dua lengan Yu Lili lalu mencium bibirnya.

Mata Yu Lili terbeliak kerana terkejut. Sentuhan lembut pada bibirnya itu seakan gula-gula kapas, lembut dan manis. Matanya terkebil-kebil dan tubuhnya terkaku. Ketika itu dia tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.

Ou Ming memeluk Yu Lili lalu menolaknya ke bawah. Ketika lidah Ou Ming mula menjalar ke dalam mulutnya, Yu Lili berasa seperti seluruh tubuhnya menerima kejutan eletrik.

Yu Lili cuba menolak Ou Ming dengan wajah yang kemerahan. Wajahnya menjadi panas seakan boleh menggoreng telur.

Tetapi Ou Ming memeluknya lebih erat sambil menciumnya dengan lembut dan perlahan.

Yu Lili berasa amat gementar sehingga tubuhnya sedikit menggeletar. Dalam fikirannya, dia terbayang wajah kacak dan senyuman ceria Lu Yihan.