Tubuh Ou Ming berbau tembakau yang sudah biasa dihidu oleh Yu Lili. Tetapi apabila rasa itu datang dari mulutnya, Yu Lili berasa amat janggal.
Encik Ou mencium saya…
Walaupun ia sudah dijangka, tetapi ciuman itu terlalu tiba-tiba. Hati Yu Lili menolak dan dia berasa seperti mahu menangis. Dia memalingkan wajahnya dan menolak Ou Ming. Kemudian dia berkata dengan wajah kemerahan, "Saya belum mandi lagi. Saya nak pergi mandi…"
Ou Ming dapat merasakan Yu Lili gementar dan menahan dirinya. Yu Lili segera berlari ke dalam bilik. Dia merasakan jantungnya berdegup amat kencang. Sebaik masuk ke dalam bilik air, dia melihat cermin dan mendapatinya wajahnya merah padam.
Oh Tuhan, merahnya wajah saya…
Selepas mengisi air di dalam tab mandi, Yu Lili mencari pakaiannya. Dia menarik nafas dalam dan meletakkan pakaiannya berdekatan tab mandi itu dengan wajah yang masih kemerahan. Kemudian dia mandi di dalam tab itu.
Apa patut saya lakukan? Adakah saya benar-benar perlu lakukan seks dengan dia?
Wajah Yu Lili kemerahan, lalu dia merendamkan dirinya di dalam air sehingga air melimpah keluar.
Yu Lili menyilangkan tangan pada dadanya. Rambutnya yang panjang telah basah dan beralun-alun di dalam air. Dia kelihatan amat cantik. Yu Lili melihat ke dalam cermin di hadapannya yang kabur kerana wap sambil memikirkan tentang Lu Yihan yang telah pulang ke rumahnya bagi menyambut Tahun Baru Cina.
Lu Yihan kelihatan seperti menyukai gadis yang baik-baik. Jika satu hari nanti saya membuat hubungan seks dengan Lu Yihan, tetapi dia mendapat tahu saya sudah kehilangan dara… apa yang patut saya lakukan? Jadi saya tidak boleh lakukan seks dengan Ou Ming. Semestinya tidak boleh. Tapi… apa yang patut saya lakukan…
Yu Lili duduk di dalam tab mandi itu dengan fikiran yang bercelaru. Tiba-tiba pintu bilik air itu dibuka dan mengejutkannya. Dia berpaling dan melihat Ou Ming sedang berdiri di pintu sambil memandangnya.
Dia segera menutup dada dengan tangannya dan wajahnya bertukar kemerahan. Suaranya tergagap-gagap ketika berkata, "Kamu… kamu… intai saya mandi! Keluar!"
Tetapi Ou Ming langsung tidak berniat untuk pergi. Sebaliknya dia masuk dan menanggalkan pakaiannya. Yu Lili melihatnya dengan tidak berminat sehinggalah Ou Ming hanya memakai seluar dalam dan sehelai baju.
Yu Lili berasa amat malu sehingga wajahnya merah padam. Dia mengambil bajunya untuk melindungi tubuhnya. Kemudian dia segera bergerak ke arah pintu dan cuba melintasi Ou Ming. Namun Ou Ming menariknya dengan mudah. Ou Ming berasa amat selesa dapat memegang tubuh yang hangat dan halus itu.
Yu Lili menjerit, tetapi Ou Ming telah tunduk dan mencium bibirnya. Perlakuannya amat kasar dan tidak seperti kelakuan lembutnya yang biasa.
Yu Lili bergelut dengan kedua-dua tangannya dan cuba menolak. Tetapi Ou Ming mengangkatnya dan meletakkannya di dalam tab mandi. Air di dalam tab itu melimpah keluar kerana dua orang berada di dalamnya. Yu Lili ditahan ke bawah dan tertelan air lalu terbatuk-batuk.
Ou Ming menariknya bangun dan menepuk-nepuk belakangnya. Yu Lili terus terbatuk dan menangis. Pandangan mata Ou Ming berubah sebaik melihatnya. Dia mencium tempat air mata itu mengalir sebelum ciumannya bergerak semakin ke bawah.
Mata Yu Lili bertambah merah. Dia menolak wajah Ou Ming dan memandang lelaki itu lalu merayu perlahan, "Hentikan, tolonglah…"
Ou Ming memandangnya dengan pandangan mendalam dan tidak menghiraukan rayuan itu lalu menolak tangan Yu Lili. Kemudian dia memeluk pinggang gadis itu dan berbisik, "Jangan takut, ia tak akan menyakitkan."