Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 805 - Kalau Kau Jilat Kasut Aku, Kau Tak Perlu Bayar

Chapter 805 - Kalau Kau Jilat Kasut Aku, Kau Tak Perlu Bayar

Ou Ming yang masih bermain-main dengan gelasnya melihat sekilas belakang Yu Lili dan berkata perlahan, "Ada aku beri kau pergi?"

Sebaik mendengar kata-kata itu, Tuan Muda Kedua Qu segera menghentikan Yu Lili dan berkata, "Hei! Tak semudah itu untuk pergi selepas kau timbulkan masalah."

Yu Lili berpaling kembali ke belakang dengan mata yang jelas menunjukkan kemarahan. Dia memandang Ou Ming dan berkata, "Apa lagi yang kau nak?"

Ou Ming berkata dengan tenang, "Kasut ini tak begitu mahal, tapi ia dibuat oleh pakar kraf tangan Itali, Tuan Guru Fendilla dengan tangannya sendiri. Ini kasut terakhir yang dibuatnya sebelum dia bersara. Aku sangat sukakan kasut ini. Aku beli dengan harga 378 000 yuan, tapi aku akan bagi kau diskaun - 300 000 yuan." 

Mendengar kata-kata itu, wajah Yu Lili terus berubah pucat.

"Kenapa kau buat muka seperti itu lagi?" Dalam diam, hati Ou Ming terasa runtun melihat riak wajah Yu Lili.

Hanya 300 000 yuan. Dahulu, Yu Lili boleh membeli beg atau kasut dan menghabiskan ratusan ribu dolar dalam masa sehari. Tidak keterlaluan jika mengatakan Yu Lili hidup dalam kemewahan ketika itu. Tetapi sekarang… hanya 300 000 yuan boleh membuatkan wajah perempuan itu berubah mendadak?

Tetapi pada masa yang sama, Ou Ming diselubungi perasaan puas yang tidak dapat dijelaskan. "Oh ya, aku tak cakapkah yang kau juga boleh memilih untuk menjilatnya?" kata Ou Ming dengan senyuman kejam terukir di bibirnya. "Kalau kau jilat kasut aku, kau tak perlu bayar."

Wajah Yu Lili amat pucat dan matanya merenung Ou Ming seakan melihat sesuatu pada wajah itu. Tetapi tiada apa-apa yang dapat dilihatnya. Wanita yang menolaknya tadi sekali lagi menolaknya dengan wajah bangga. Malah hampir semua di situ kelihatan menikmati 'drama' di hadapan mereka dengan seronok.

"Jilat, jilat sampai bersih!" Tuan Muda Kedua Qu dan kawan-kawannya bersorak. Beberapa orang turut bersiul-siul dengan teruja.

Disebabkan berasa amat malu, wajah Yu Lili seakan berselang-seli antara pucat dan kemerahan. Dia memandang Ou Ming dengan hati yang hancur. Dia cuba menarik nafas dalam dan merasakan tekaknya kering. Hatinya terasa kosong. Dia bertanya dengan perlahan, "Kamu serius?"

Ou Ming ketawa lalu menyilangkan kakinya dan menunjukkan kasut yang dikotori oleh kek itu. Dia bersandar pada sofa dengan malas dan berkata, "Kalau kau bayar 300 000 sekarang, kau boleh pergi."

Orang-orang di sekeliling mereka bersorak dan bersiul semakin kuat, terutama Tuan Muda Kedua Qu dan rakan-rakannya.

Yu Lili menggengam penumbuk pada kedua-dua tangannya tanpa berkata apa-apa.

"Oh ya, kau dah jual tubuh selama empat tahun, jadi mesti ramai lelaki yang kau kenal, bukan? Pasti tak ada masalah untuk pinjam 300 000 yuan daripada pelanggan-pelanggan setia kau yang ramai itu?" kata Ou Ming. Kemudian dia menghirup wainnya dan matanya mengecil sebelum dia menyambung, "Oh tidak, teruk betul ingatan aku. Mana mungkin orang biasa boleh memuaskan kehendak kau? Mungkin 80 peratus lelaki yang jadi pelanggan kau miliki perniagaan yang turun naik. Dah tentu. Tak hairanlah keadaan kau seteruk ini sekarang. Bukankah aku dah ajar kau untuk pandai memilih dalam sesetengah perkara?"

"Ou Ming!"

Mendengar namanya disebut, Ou Ming tersenyum dengan kejam. Pandangan matanya yang tajam seakan menikam Yu Lili.

Ou Ming menunjuk ke arah kasutnya dan mengangkat sebelah kening. Yu Lili tidak dapat membaca perasaan sebenar lelaki itu melalui pandangan matanya. Ou Ming berkata, "Lihatlah keadaan kau yang menyedihkan. Mesti kau dah tak boleh pinjam wang daripada sesiapa. Marilah, jilat kasut ini sampai licin." Riak wajah Ou Ming sekarang tiada beza dengan riak wajahnya yang biasa.

Nampaknya menghinanya sebegini seakan satu hiburan yang sangat menyeronokkan bagi Ou Ming. 

Yu Lili menggenggam penumbuknya dengan kuat sambil merenung kasut di hadapannya. Matanya bergetar dan riak wajahnya menunjukkan perasaan yang bercampur-baur.

Related Books

Popular novel hashtag