Wanita di sebelah Ou Ming ketawa dan mendesak Yu Lili, "Baik kau jilat sampai bersih. Jadi pelacur lebih meletihkan. Berapa kali kau perlu jual diri untuk dapat 300 000 yuan? Lebih mudah jilat kasut itu sampai bersih."
"Betul. Kasut Tuan Muda Ou sangat bersih dan kek ini juga sangat sedap. Ia cuma seperti menggunakan pinggan berbeza untuk memakan kek. Kau patut tahu bukan mudah untuk dapat 300 000 yuan," kata seorang lagi wanita dengan wajah gembira.
Mata Yu Lili bergenangan mendengar semua kata-kata itu. Dia merenung kasut Ou Ming dengan wajah yang bercelaru.
Ya, 300 000 yuan. Saya sangat letih dan berhadapan dengan risiko dipenjarakan, setiap malam bekerja di serata bar. Saya lakukan semuanya hanya demi wang! Ini 300 000 yuan. Sesetengah staff pejabat yang sudah lama bekerja juga tidak mampu mengumpul wang sebanyak itu. Sebagai pelayan bar, setiap hari saya berusaha bersungguh-sungguh untuk perdayakan lelaki-lelaki kaya, tapi masih tidak dapat mengumpul banyak wang selama lebih seminggu. Sekarang jika saya hanya tunduk dan menjilat kasut itu, saya tidak akan perlu membayar 300 000 yuan. Ia masih lebih baik daripada saya perlu jual tubuh saya untuk dapatkan wang, bukan? Dengan cara ini, sekurang-kurangnya saya tidak akan digelar sebagai pelacur.
Sekurang-kurangnya, saya mendapatkan wang itu sendiri. Bukan kerana dijadikan perempuan simpanan atau dengan menjual tubuh. Saya hanya menjual harga diri, itu sahaja. Tidak… Saya sudahpun hilang harga diri saya, bukan? Apa gunanya harga diri apabila saya ketiadaan wang dan terpaksa cari Hao Yu untuk bekerja sebagai pelayan bar. Saya sudah tiada harga diri lagi. Jika saya ada harga diri, saya tak akan kembali merayu kepada Hao Yu. Jika saya ada harga diri, saya tak akan ikut Ou Ming ke sini dengan sedikit harapan dan dihina sebegini. Sangat merepek untuk saya bercakap tentang harga diri sekarang.
Mata Yu Lili bergetar sebelum dia memandang Ou Ming sambil tersenyum. Sebaik melihat senyuman Yu Lili, senyuman Ou Ming berubah, tetapi ia bertambah lebar. Senyuman jahat yang menawan yang terukir pada wajahnya membuatkan tiada sesiapa dapat mengagak emosi sebenarnya.
"Okey, saya akan jilatnya. Tapi kamu perlu kotakan janji kamu." Mata Yu Lili bergenangan, tetapi dia cepat-cepat mengangkat wajahnya supaya air mata itu tidak akan mengalir turun. Dia memandang Ou Ming dengan senyuman yang lebar tetapi berbaur kesedihan.
Tuan Muda Kedua Qu dapat melihat dengan jelas emosi Yu Lili dan mengeluh kecil. Dia berasa agak simpati. Lagipun, Yu Lili ialah seorang wanita cantik dengan tubuh dan kulit yang menawan yang sukar dicari. Sayangnya… Tetapi wanita itu membuatkan Ou Ming marah, jadi dia akan menanggung akibatnya.
Sesiapa sahaja yang bersama wanita itu pasti menerima nasib yang buruk.
Sayangnya!
Tuan Muda Qu berkata, "Itu dah tentulah. Kamu tak kenalkah? Ini Ou Ming, pewaris tunggal Syarikat Ou. Kamu boleh pegang kata-katanya."
Ya, Yu Lili tahu itu. Sudah tentulah dia tahu. Mustahil jika dia tidak tahu. Ou Ming tidak pernah memungkiri janjinya.
[Menyesal? Satu-satunya perkara yang aku sesali ialah meniduri perempuan seperti kau! Disebabkan kau, aku bunuh sahabat baik aku! Melainkan dia hidup kembali, aku tak mahu ada apa-apa lagi dengan kau sampai aku mati! Berambus! Jangan muncul lagi di bandar ini atau aku akan upah orang untuk bunuh kau! Perempuan jalang!]
Ou Ming mengambil gelas wain yang diputar-putar di tangannya dari tadi dan menunjuk ke arah kasutnya tanpa berkata apa-apa.
"Ou Ming," panggil Yu Lili dengan suara yang menahan tangis sambil mengetap bibirnya. "Kamu dah baca diari itu sampai habis?"