Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 798 - Gadis Wain

Chapter 798 - Gadis Wain

"Bloody Mary, aristokrat segala wain," jawab Shen Zhilie sambil mengenyit mata ke arah Yu Lili.

Yu Lili ketawa lalu menolak wain itu dan berkata, "Maaf, tapi saya lebih suka wain merah."

"Kamu mahu sebotol?"

Yu Lili meletakkan tangannya di atas tangan Shen Zhilie dengan lembut, kemudian memandang lelaki itu dengan pandangan menggoda dan berkata, "Bagaimana jika Chateau Lafite Rothschild dari tahun 1982 untuk bawa pulang?"

Siapa yang dapat menolak permintaan gadis cantik yang penuh tarikan itu? Shen Zhilie berasa gementar, tetapi dia menyentuh tangan Yu Lili kembali dan berkata, "Ke mana kita akan pergi?"

Yu Lili memandang lelaki itu dengan tenang, kemudian menolaknya perlahan dan berkata, "Bukankah kamu hanya mahu bawa saya pergi?"

Shen Zhilie mengangguk sambil tersenyum lebar, kemudian menoleh ke arah pelayan bar dan berkata, "Kamu ada Chateau Lafite Rothschild tahun 1982?"

"Ada." Pelayan bar itu segera mengeluarkan satu botol wain dan menghulurkannya kepada mereka. 

Ketika Shen Zhilie sedang membayar wain itu, Yu Lili bangun dari kerusinya dan berkata dengan lembut, "Saya nak perbaiki mekap, tunggu sekejap."

Shen Zhilie memandang Yu Lili dengan penuh teruja dan mengangguk. "Okey."

Yu Lili mengambil beg tangannya dan berjalan perlahan, tetapi sebaik tiba di satu sudut tersembunyi, dia menarik nafas lega. Dia mengeluarkan telefonnya dan berjalan pantas ke laluan kecemasan. Dia membuka WeChat dan mencari satu nama, tetapi belum sempat dia menghantar mesej, orang itu sudah memindahkan wang kepadanya. Sebaik melihat 3800 yuan yang masuk ke akaunnya, Yu Lili tersenyum lalu keluar dari bar itu dengan hati yang senang.

Sebuah kereta Ferrari berhenti di hadapan pintu bar itu, tetapi orang yang lalu-lalang tidak dapat melihat bahagian dalam kereta itu tidak kira melalui cermin depan mahupun cermin tingkapnya.

Yu Lili hanya memandang kereta itu sekilas dan berlalu pergi tanpa mengendahkannya.

Di dalam Ferrari itu, dua pasang mata setia memerhatikan Yu Lili. Xu Cheng melihat Yu Lili pergi lalu menoleh ke arah Ou Ming dan berkata, "Encik Ou, Cik Yu dah bayar hutang dia. Saya dah periksa rekod pemindahan akaunnya. Dia meminjam 5000 yuan daripada isteri Li Sicheng. Kemudian dia menjual beberapa biji beg tangan dan mendapat lebih 300 000 yuan. Selepas membayar wang Puan Li, dia pinjam 200 000 daripada seorang lelaki bernama Lu Yihan selama lebih seminggu."

Ou Ming kelihatan berang dan memandang ke hadapan dengan wajah tegang. Susuk tubuh Yu Lili yang tinggi dan langsing kelihatan amat cantik bersama baju merahnya.

"Dia tidak bekerja sekarang?"

"Tidak… Dia pergi ke bar setiap malam… err… untuk menjadi gadis wain."

Ou Ming bertambah marah. "Gadis wain?"

"Dia… akan goda lelaki kaya dengan kecantikan, perdayakan mereka untuk beli wain yang mahal, kemudian lari. Saya rasa dia pasti dah berjaya dan sekarang pergi ke bar lain untuk meneruskan kerja itu." Xu Cheng berasa seram sejuk. Dia bukan pembantu utama. Ketika Ou Ming masih bersama dengan Yu Lili, dia hanya mendengar tentang mereka sekali-sekala. Kemudian apabila pasangan itu berpisah, Ou Ming mula berkelakuan luar kebiasaannya dan bekerja dengan amat kuat. Semuanya disaksikan oleh Xu Cheng. Tetapi dia tidak menyangka Ou Ming sebenarnya tidak pernah melupakan wanita itu walaupun setelah empat tahun berlalu. Itu bukan perkara yang baik…

"Ikut dia."

"Baik." Xu Cheng memandu kereta itu mengekori Yu Lili.

Bandar itu besar dan jalan bar itu amat panjang. Ferrari itu disuruh berhenti oleh pengawal keselamatan, jadi Ou Ming turun dari kereta dan mengekori Yu Lili sendiri.

Yu Lili yang tidak tahu dirinya sedang diekori bernyanyi kecil sambil masuk ke dalam sebuah bar yang agak terpencil.

Related Books

Popular novel hashtag