Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 794 - Helah! Penuh dengan Helah!

Chapter 794 - Helah! Penuh dengan Helah!

Bodoh… jadi kenapa?

Luo Zhan memutuskan talian dengan angin yang tidak baik dan terus menelefon Lao Li. Selepas mendapat alamat tempat itu, dia menunggu Lu Yihan selama setengah jam, tetapi masih tidak melihat Lu Yihan turun dari pejabatnya. Selepas itu dia terus memandu ke tempat yang diberitahu oleh Lao Li.

Sebaik tiba di tempat yang diberitahu, Luo Zhan melihat beberapa tempat barbeku dan kesemua yang hadir ialah rakan-rakan sekerja Lu Yihan. Pelbagai jenis minuman dan bir ada di situ dan kelihatan ramai perempuan turut hadir. 

Luo Zhan melihat ramai wanita yang cantik dan seksi. Sebaik menyedari kehadirannya, semua mata tertumpu ke arahnya.

Lao Li melihat Luo Zhan lalu segera menghampirinya dan menjerit, "Hei! Lama tak jumpa kau!"

Luo Zhan terpaku dan menunjuk ke arah perempuan-perempuan cantik itu lalu berkata, "Ini…"

"Oh, perempuan-perempuan cantik ini dari syarikat XingFeng yang bekerjasama dengan kami. Apa pendapat kau? Bukankah mereka sangat cantik?" kata Lao Li. Kemudian dia menyapa beberapa orang perempuan cantik itu dan memperkenalkan mereka kepada Luo Zhan. "Ini penggodam terkenal yang saya ceritakan kepada kamu semua, Z, nama sebenarnya Luo Zhan." Selepas memperkenalkan Luo Zhan, Lao Li menyedari pandangan tertarik daripada perempuan-perempuan cantik itu kepada Luo Zhan.

Lao Li teringat sesuatu dan bertanya kepada Luo Zhan, "Oh ya, Yihan cakap kau ada teman wanita? Betulkah?"

Luo Zhan yang sedang berhadapan dengan beberapa pandangan mata yang membara di sekelilingnya hanya ketawa lalu mengangguk dan berkata, "Betul, tapi teman wanita aku selalu sibuk dengan kerja, kami jarang berjumpa."

"Aku percaya cakap kau." Tiba-tiba kedengaran suara Lu Yihan dari belakang. Lu Yihan memutarkan kunci kereta di tangannya dan menarik perhatian semua di situ.

Ketika itu, badan Luo Zhan terus terkaku dan dia berpaling ke belakang. Lampu jalan bersinar terang di belakang Lu Yihan ditambah senyuman lebar pada wajah lelaki itu lalu membuatkan Luo Zhan terpukau seketika.

Nampaknya… dah lama juga kita tak jumpa. Macam mana dia kelihatan jauh lebih tinggi daripada saya? Dia memang setinggi itukah sebelum ini?

Luo Zhan menganggukkan kepalanya dan mendapati Lu Yihan sudah menukar keretanya kepada Mercedes-Benz. Selepas melihat susuk tubuh, wajah, pakaian dan kereta Lu Yihan, pandangan membara semua perempuan di situ terus tertumpu kepada Lu Yihan.

"Ini bos syarikat kami, Encik Lu, nama penuhnya Lu Yihan. Kamu semua mesti dah tahu kan?" Lao Li memperkenalkan Lu Yihan kepada semua di situ. Apabila melihat semua perempuan cantik itu memandang Lu Yihan dengan teruja, dia berkata dengan cemburu, "Lelaki ini berumur 26 tahun dan masih solo. Kalau kamu suka dia, kamu perlu bertindak pantas."

Sebaik sahaja Lao Li selesai mengatakannya, perempuan-perempuan itu bercakap sesama mereka dengan gembira dan kebanyakan mereka mula menghampiri Lu Yihan.

Luo Zhan menggelengkan kepada melihat situasi itu dan berkata, "Haruslah." Kemudian dia mengambil sebotol bir dan duduk di satu kerusi. 

Lu Yihan terperangkap di antara perempuan-perempuan itu dan tersenyum paksa. Beberapa minit kemudian dia meminta diri untuk ke tandas bagi melepaskan diri daripada mereka. Ketika itu juga, Luo Zhan telah hampir menghabiskan sebotol bir lalu turut ke tandas selepas Lu Yihan pergi.

Walau bagaimanapun, ketika hampir tiba di tandas, Luo Zhan mendengar jeritan seorang perempuan. Rupa-rupanya seorang perempuan yang cantik dan seksi terlanggar Lu Yihan di hadapan tandas. Beg tangan yang dibawa perempuan itu jatuh ke lantai dan segala barang yang berada di dalamnya tercampak keluar.

Maskara, bedak, celak, dompet…

Sebenarnya perempuan yang licik ini ternampak Lu Yihan di pintu bilik air lalu sengaja berpura-pura terlanggarnya. Kemudian dia menjatuhkan beg tangannya sendiri. Ketika mahu mengambil begnya yang jatuh, dia menyentuh tangan Lu Yihan, kemudian membuat wajah malu dan menarik tangannya kembali…

Related Books

Popular novel hashtag