Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 795 - Fitnah Luo Zhan

Chapter 795 - Fitnah Luo Zhan

Kemudian Lu Yihan meminta maaf sekali lagi dan berkata, "Saya tak sengaja."

Perempuan itu tersipu-sipu malu dan berpaling, kemudian…

"Tak guna!" gumam Luo Zhan.

Lu Yihan membongkok untuk mengutip barang-barang yang bertaburan itu, tetapi niat tersembunyi perempuan itu jauh lebih dahsyat daripada sangkaan Luo Zhan! Bukan sahaja membongkok, malah perempuan itu turut mendedahkan lurah dadanya! Ya Tuhan! Tiada lelaki yang boleh bertahan dengan godaan sebegitu!

Tiada sesiapa menyedari Luo Zhan sedang memerhatikan mereka dari jauh. Lu Yihan kelihatan tenang sahaja sambil mengutip barang-barang yang jatuh itu. "Maafkan saya, saya tak nampak kamu tadi."

Perempuan itu memandang Lu Yihan dengan pandangan menggoda dan berkata, "Tak apa. Saya nampak kamu. Kamu nampak seperti sedang berfikir sesuatu, saya dah cuba elak tapi kamu masih terlanggar saya. Apa cara kamu untuk minta maaf?"

Tak guna!

Luo Zhan merasakan dirinya telah mengambil remeh tentang helah-helah di dunia ini.

Lu Yihan berasa agak malu dan bertanya, "Kamu bekerja di Xingfeng?"

"Ya." Perempuan itu mengutip barang-barangnya dan ketawa kecil. "Terima kasih." Ketika cuba berdiri, dia kelihatan sengaja membuat dirinya tersadung lalu jatuh ke dalam pelukan Lu Yihan. 

Luo Zhan terkejut dan mendengar jeritan perempuan itu, kemudian dia melihat perempuan itu memegang tangan Lu Yihan, manakala buah dadanya disandarkan pada lengan Lu Yihan!

Eww, perempuan jalang!

Luo Zhan sudah tidak dapat bertahan lagi dan terus menghampiri mereka, tetapi mendengar suara Lu Yihan, "Kamu tak apa-apa?"

"Saya tak apa-apa. Cuma sedikit pening kerana membongkok terlalu lama. Sekejap nanti okeylah."

Perempuan itu berlakon! Perempuan jalang yang berpura-pura!

Luo Zhan melangkah pantas ke arah mereka dan memanggil, "Lu Yihan."

Lu Yihan berpaling dan melihat wajah Luo Zhan yang tidak gembira, kemudian bertanya, "Kau cari aku?"

"Tak!" Luo Zhan memandang perempuan itu sekilas dan berkata, "Kau nak ke tandas? Mari aku tolong kau. Aku tahu kau ada masalah ginjal yang kurang berfungsi, itu yang aku risau."

Perempuan itu kelihatan terkejut dan dia terus memandang Lu Yihan dengan pandangan aneh.

Ginjal kurang berfungsi? Lelaki ini nampak tinggi dan kuat, saya tak sangka lelaki seperti ini ada ginjal yang kurang berfungsi…

Melihat pandangan aneh perempuan itu, wajah tenang Lu Yihan terus bertukar malu. Luo Zhan cuba membantu perempuan itu sebelum Lu Yihan sempat berkata apa-apa.

Perempuan cantik itu cepat-cepat mengelak dan berkata, "Tak apa, tak apa. Encik Lu, pergilah ke bilik air."

"Hei, bukan kamu pening tadi?" nada Luo Zhan kedengaran tajam, tetapi selepas mengatakannya, barulah dia tersedar suaranya berbaur sinis. Dia segera melepaskan batuk kecil dan berpura-pura riang. "Baguslah, mari kita pergi dulu, dia ini biasanya lama di tandas."

"Luo Zhan!" Lu Yihan membentak dengan wajah yang agak marah.

Luo Zhan menarik tangan perempuan itu dan berkata, "Sama-sama. Tak ada masalah!"

Langkah kaki Luo Zhan amat pantas sehingga perempuan itu hampir terjatuh. "Kamu Luo Zhan?" Dia sudah mengenali Luo Zhan dan bertanya, "Apa hubungan kamu dengan Encik Lu?"

"Oh, dulu kami tinggal serumah buat sementara."

"Sekarang kamu berdua dah tak tinggal bersama?"

"Ya. Lelaki itu ada terlalu banyak tabiat buruk. Contohnya dia tak suka bersihkan diri, mandi, mahupun basuh kaki. Paling teruk dia selalu tak pam selepas buang air. Saya tak boleh tahan dengan perangai dia. Dia juga suka menyanyi setiap pagi dan nyanyiannya amat teruk. Pada awalnya saya cuba tegur dia, tapi akhirnya saya sedar saya tak dapat buat dia ubah perangai, jadi saya berpindah. Pendek kata, siapa yang bersamanya pasti bernasib malang."

Perempuan itu kelihatan faham dan tersenyum paksa. "Itu tak bagus."

"Betulkan? Beberapa teman wanita dia sebelum ini juga tak tahan dengan dia. Oh ya, kamu suka dia?"