Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 774 - Perempuan Sundal

Chapter 774 - Perempuan Sundal

"Sama-sama. Tapi seingat saya kamu bersama Ou Ming bukan? Kalau dia buang kamu sekalipun, takkanlah kamu sampai hidup begini?"

Yu Lili berasa agak malu mendengar kata-kata itu. Dia bertanya, "Saya nampak teruk sangatkah…"

"Ya." Hao Yu mencubit baju Yu Lili yang dibeli dari sebuah kedai kecil lalu menggeleng dan berkata, "Tengoklah baju yang kamu pakai ni. Mana pakaian-pakaian jenama terkenal kamu?"

Yu Lili menghirup tehnya kemudian ketawa, lalu menceritakan segala yang dilaluinya dengan tidak terperinci. Bermula empat tahun lalu ketika dia kehilangan semua wangnya sehingga sekarang.

Hao Yu menyedari senyuman Yu Lili yang dibuat-buat tetapi tidak berkata apa-apa dan hanya mengangguk. "Jadi sekarang kamu sedang diperdayakan oleh lelaki hati binatang. Kalau kamu tak bayar, dia akan saman kamu?"

"Ya," Yu Lili menambah teh ke dalam cawannya dan menghirup teh itu. "Dia beri masa lima hari. Kalau saya tak dapat bayar semuanya dalam masa lima hati, dia akan minta polis tangkap saya." Mata Yu Lili bertukar kemerahan. "Dia nekad sebab dia tahu saya tak ada wang untuk upah peguam, malah tak ada bukti untuk sokong saya…"

"Berapa jumlahnya?"

"Saya tak tahu…" Mata Yu Lili menjadi hangat. Tetapi apabila melihat riak wajah simpati Hao Yu, dia terus ketawa. "Mungkin 380 000 atau 400 000. Bayaran pembaikian untuk dua buah kereta itu dah 300 000. Ditambah dengan bil hospital… Saya rasa lebih 400 000 yuan."

"Berapa yang kamu ada sekarang?" tanya Hao Yu.

Yu Lili tunduk dan berasa putus asa. "Lebih sedikit daripada 700 ratus, ini gaji yang saya dapat daripada kerja sampingan sewaktu cuti."

"Kamu ada tempat tinggal sekarang?"

"Ya, saya baru bayar separuh sewa beberapa hari lepas."

"Kamu mahu bekerja dengan saya? Sekarang susah untuk dapatkan wang sebanyak itu dalam masa yang singkat. Tempat saya bekerja ada kerja kosong dan gajinya agak lumayan. Kamu mahu cuba?" Hao Yu bertanya sambil memandangnya.

Yu Lili terkaku seketika, kemudian menggeleng tanpa teragak-agak. "Saya tak buat kerja seperti itu."

Hao Yu tersenyum. "Kamu bersama dengan Ou Ming sebegitu lama. Takkan dia tak lakukannya dengan kamu?"

Yu Lili mengetap bibirnya dan tidak menjawab.

"Kalau kamu mahu wang dengan cepat, ini satu-satunya cara yang ada. Tempat saya bekerja ini ialah tempat orang kaya. Jika kamu ke tempat lain, kamu tak akan dapat gaji sebanyak tempat ini." Hao Yu menampal bedak pada wajahnya. "Dengan wajah dan tubuh kamu yang cantik, kamu pasti bernilai lebih tinggi daripada saya. Malah kamu mungkin akan dapat wang yang kamu mahukan hanya dalam masa dua hingga tiga hari. Selepas itu hidup kamu akan senang."

Dia akan dapat mengumpul wang sebanyak itu hanya dalam dua hingga tiga hari? Dalam masa lima hari, dia akan dapat wang yang banyak, jadi dia tak perlu merisaukan tentang bayaran kepadan Tuan Li dan dia juga tidak akan disumbat ke dalam penjara. Dia masih muda. 25 tahun, waktu yang paling cantik bagi seseorang wanita.

Dengan hutang lebih 400 000 yuan, jika dia dipenjarakan, ia pasti tidak kurang dari 10 tahun dan apabila dia keluar…

Tidak, dia tidak akan ke penjara! Tetapi jika dia menjual tubuhnya… Bukankah itu menjadikannya benar-benar seorang pelacur?

Adakah ini satu-satunya cara?

Yu Lili menggigit bibir bawahnya dan teragak-agak. Akhirnya dia menggeleng kepalanya dengan tekad dan berkata dengan serius, "Kak Hao, saya tak boleh lakukannya."

Hao Yu meletakkan bedaknya kembali ke dalam beg lalu bangun dan mengambil beg tangannya. Kemudian dia meletakkan beberapa keping wang kertas di atas meja itu dan berkata, "Ini ada seribu. Ambillah dulu dan bayar bila kamu dah ada wang."