Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 733 - Saya Rindukan Kamu Juga

Chapter 733 - Saya Rindukan Kamu Juga

"Okey. Pemburu dah sedia?"

"Semua dah sedia. Bos boleh mula bila-bila masa sahaja," kata Cheng You, kemudian diam seketika sebelum bertanya, "Bos, keluarga Bo yang bekerja dengan Tang Mengying empat tahun lalu, mereka ada kaitan dengan Rong Rui?"

Li Sicheng berdiri di hadapan pintu bilik peribadi itu sambil memegang telefonnya tanpa menjawab. Selepas seketika, dia berkata perlahan, "Saya tak tahu. Kamu tanya Rong Rui."

"Saya tahu Bos tahu. Rong Anna sepupu Rong Rui kan? Saya tahu SuSu sepupu Rong Rui. Rong Anna ini perempuan yang tinggal bersama keluarga Rong dulu, kan? Ibu bapa SuSu dah jumpa SuSu iaitu anak kandung mereka kembali. Sebab itulah Anna bencikan SuSu dan culik dia empat tahun lalu. Mereka lah geng pengedar dadah itu, bukan?" Suara Cheng You dipenuhi ketakutan dan curiga. Namun walaupun banyak soalan yang diajukannya, dia tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Li Sicheng. Hati Cheng You runtun. Akhirnya suara kedengaran hampir menangis. Selepas melepaskan keluhan yang panjang, Cheng You bertanya satu perkara yang paling ingin diketahuinya, "Rong Rui… dia terlibat kah dengan pengedaran dadah?"

"Tidak." Li Sicheng hanya menjawab soalan terakhir itu. Suaranya yang dalam dan tenang melegakan hati Cheng You.

Cheng You melepaskan keluhan dan ketawa kecil.

Li Sicheng menyedari perubahan emosi Cheng You dan akhirnya berkata, "Saya pergi dulu."

Selepas menamatkan panggilan, Li Sicheng melihat jamnya lalu meminta diri kepada orang-orang yang berada di bilik peribadi itu. Keesokan harinya dia menaiki penerbangan jam lima pagi untuk ke Ireland.

Sejak dua hari lepas Cheng You teramat sibuk. Ketika ini, dia tidak sempat untuk menanggalkan kasutnya sebelum membuat panggilan video kepada suaminya yang jauh di China. Namun panggilannya tidak dijawab. Dia terus mencuba dan mendapati telefon suaminya telah dimatikan. Apa yang berlaku? Ketika sedang memikirkannya, tiba-tiba loceng pintu biliknya berbunyi.

Cheng You bertanya dalam bahasa Inggeris, "Siapa?"

Kedengaran suara seorang lelaki muda. "Servis bilik."

Suara ini…

Cheng You terkejut lalu segera bangun dari sofa dan membuka pintu.

Rong Rui sedang mendukung anak mereka sambil tersenyum di hadapan bilik itu. "Puan Rong, Puan perlukan servis bilik?"

Cheng You terpaku merenung suaminya seketika sebelum ketawa kecil lalu memeluknya dengan anak mereka di tengah-tengah.

Pandangan Rong Rui menjadi lembut. Dia menepuk belakang isterinya perlahan dan berbisik, "Kenapa?"

Cheng You menangis sebaik mendengar pertanyaan suaminya. Kemudian dia menenangkan dirinya dan bertanya, "Macam mana kamu boleh ada di sini?"

"Anak kita rindukan kamu." Rong Rui memusingkan anak mereka ke arah Cheng You. Bayi itu menjelir lidahnya sambil menggenggam penumbuk kecil.

Rong Rui tersenyum dan memandang isterinya dengan mata kuning jingganya. Dia berkata perlahan, "Saya juga rindukan kamu."

*****

Pada jam tujuh malam, Lu Yihan masih tidak pulang.

Luo Zhan bergolek-golek di atas katilnya dan masih tidak dapat tidur apabila sudah menjelang dua pagi. Masih tiada tanda-tanda Lu Yihan akan pulang. Luo Zhan mengambil telefon lalu mendail nombor Lu Yihan, kemudian mendapati telefon Lu Yihan telah dimatikan. Apa ini? Ke mana lelaki ini pergi? Lu Yihan tidak pernah keluar sehingga selewat ini. Adakah dirinya telah silap? Sebenarnya Lu Yihan bukan hanya keluar?

Luo Zhan bangun lalu membuka lampu dan pergi ke bilik Lu Yihan. Dia melihat sekeliling bilik itu dan mendapati barang-barang Lu Yihan masih tersusun kemas, tetapi… bagasi yang asalnya berada di atas almari kini sudah tiada. Luo Zhan membuka almari dan melihat kebanyakan pakaian Lu Yihan sudah tiada.