Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 732 - Kedinginan Tiba-Tiba

Chapter 732 - Kedinginan Tiba-Tiba

Tetapi mood Li Mosen sudah tidak begitu baik. Dia asyik menoleh ke arah cermin di sekelilingnya. Mata biru, rambut perang dan kulitnya yang lebih putih daripada kebanyakan orang membuatkan dia menonjol di antara orang-orang di sekelilingnya.

[Adik ini nampak macam kacukan. Mama atau Papa kamu orang asing?]

Ayat itu terus terngiang-ngiang dalam kepalanya. Malah Li Mosen telah kehilangan seleranya untuk makan. Walaupun dia memanggil mereka Mama dan Papa, ia tidak mengubah kenyataan yang dia bukan anak kandung mereka…

Su Qianci menyedari perubahan Li Mosen tetapi tidak berkata apa-apa. Dia mencicah daging siput yang susah untuk dikeluarkan ke dalam sos sebelum meletakkannya ke dalam mangkuk nasi Mosen. "Mosen, makanlah daging siput ni." Ketiga-tiga kanak-kanak itu amat menggemari makanan laut. Walaupun mereka tidak boleh kerap memakannya, Su Qianci membenarkan mereka makan sekali-sekala.

 "Mama, saya nak juga!" Li Jianqian melihat ke arah mangkuk Li Mosen dengan terkebil-kebil dan hanya melelehkan air liur.

Su Qianci memandangnya sekilas. "Makan dulu kaki ayam di tangan kamu, baru Mama beri." Semasa mengatakannya, Su Qianci telah membuka beberapa lagi siput dan meletakkan kesemua dagingnya ke dalam mangkuk Li Mosen.

Pasangan kembar itu langsung tidak mendapatnya. Li Jianyue kecewa lalu memuncungkan bibir dan berkata, "Mama tak adil!" Kemudian dia menoleh ke arah Li Mosen. "Abang Mosen, Ersu nak juga."

Li Mosen memandang daging siput di dalam mangkuknya dan mendengar permintaan Li Jianyue. Perasaan sunyi yang dirasainya tadi serta-merta hilang. Li Mosen tersenyum lalu mengambil daging siput itu menggunakan sudu dan memberikannya kepada Li Jianyue.

Li Jianyue bersorak gembira dengan suara comelnya. "Abang Mosen terbaik!"

Li Jianqian memandang dengan cemburu sambil mengunyah kaki ayam di tangannya.

Li Mosen turut meletakkan daging siput di dalam mangkuk Li Jianqian. "Dasu, ini kamu punya."

Li Jianqian berasa gembira lalu memaut bahu Mosen. "Terima kasih Mosen."

Su Qianci hanya tersenyum. Selesai makan, dia membawa anak-anaknya kembali ke bilik untuk bermain. Ketika mereka sedang bermain, Su Qianci keluar dari bilik dan menghubungi suaminya. Panggilan itu mengambil masa yang lama untuk dijawab. Sebaik sahaja ia dijawab, Su Qianci mendengar bunyi bising.

Ia kedengaran seperti ada parti sedang berlangsung. Su Qianci berasa bingung apabila mendengar suara yang bercakap dalam bahasa Inggeris yang lancar lalu bertanya, "Bukankah kamu kata kamu ke trip perniagaan? Kamu belum tiba?" Tetapi dia terus menyesal sebaik bertanya. Bagaimana jika Li Sicheng menjawab dia sudah tiba? Padahal Su Qianci tahu Li Sicheng tidak menaiki kapal terbang…

Li Sicheng terdiam seketika sebelum berkata, "Tak, saya terjumpa rakan sekolah lama dan ubah jadual. Saya akan ke trip perniagaan esok. Anak-anak dah tidur?"

"Belum… baru jam lapan."

"Oh… saya lupa tentang perbezaan masa. Kamu dah makan?"

"Ya. Bila kamu akan datang ke sini?"

"Saya tak akan datang. Saya akan terus balik ke rumah selepas trip perniagaan. Masih ada beberapa urusan. Saya perlu pergi sekarang. Tidurlah awal." Selepas itu Li Sicheng terus memutuskan panggilan.

Su Qianci merasakan hatinya kosong. Apa yang berlaku kepada Li Sicheng? Pagi tadi dia baik-baik sahaja. Adakah Li Sicheng marah kerana permintaannya ditolak? Su Qianci merasakan hanya dalam beberapa jam, mereka telah menjadi begitu jauh. Kedinginan suaminya yang tiba-tiba itu membuatkannya terkejut. Fikiran Su Qianci menjadi kalau-bilau. Dia bersandar pada dinding dengan perasaan yang buntu. 

Selepas memutuskan talian bersama isterinya, Li Sicheng menjawab panggilan daripada Cheng You. "Encik Li, dah sedia."

Related Books

Popular novel hashtag