Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 720 - Lihat Bintang

Chapter 720 - Lihat Bintang

Wajah Su Qianci kemerahan. Dia mandi sambil dipeluk oleh Li Sicheng. Tetapi Li Sicheng tidak berniat untuk berkelakuan baik. Dia menarik tangan Su Qianci dan membuatkan tangan itu meraba ke seluruh tubuhnya…

Su Qianci menutup mata dan cuba untuk tidak memandang suaminya. Tetapi tangannya dibawa ke… Dia memandang Li Sicheng dengan wajah tidak percaya tetapi segera dicium oleh lelaki itu. Bibir Li Sicheng menuruni tubuhnya. "Puan Li, giliran saya. Harini hari jadi saya. Sila jadi budak baik."

"Saya…" Wajah Su Qianci kemerahan. "Jangan…"

"Waktu kita pergi lihat bintang, kamu cakap jangan juga."

Bukankah dia tetap mendapat apa yang dimahukannya?

Wajah Su Qianci kemerahan dan dia cuba menolak suaminya itu tetapi tubuh Li Sicheng langsung tidak berganjak. Tangannya dibawa oleh Li Sicheng ke bawah…

*****

Bandar-bandar lama sentiasa menjadi tarikan pelancong sejak dahulu, tidak kira Fenghuang di Hunan, Shangqiu di Henan atau Pingyao di Shanxi. Bandar lama yang paling terkenal di China ialah Lijiang di Yunnan.

Terdapat banyak hotel dan motel di Lijiang. Pelbagai jalan-jalan kecil dengan karakter etnik juga terdapat di seluruh Lijiang. Pada tarikh 30 September, motel-motel yang berdekatan Jalan Bar Lijiang telah penuh, tetapi ada satu motel bernama Youya yang hanya memiliki beberapa orang penginap.

Satu pasangan muda yang memakai kaca mata hitam dan topi berjalan masuk ke motel Youya. Lelaki itu menggalas sebuah beg yang besar di belakangnya manakala wanita di sebelahnya menarik sebuah bagasi yang besar. Bunyi roda bagasi itu sangat kuat ketika ditarik.

Mereka mengejutkan pemilik motel itu yang sedang tidur di kaunter.

Lelaki muda itu kelihatan tinggi dan kuat. Dia memakai rantai logam pada lehernya. Walaupun pemilik motel itu tidak pasti jenama rantai itu, dia pasti lelaki muda itu seorang yang kaya dan mudah diperdaya. 

Pemilik motel itu memandang mereka sekilas dan bertanya malas, "Kamu nak menginap di sini?"

"Ya, tapi kedua-dua dompet kami ada dalam beg tangan isteri saya yang telah diragut dalam perjalanan kami ke sini. Boleh kami sewa bilik tanpa kad pengenalan?" Suara lelaki muda itu kedengaran sedikit serak, seakan dia mempunyai masalah dengan tekaknya.

Pemilik motel itu memandang mereka dengan malas dan berkata, "Kenapa kamu berdua pakai kaca mata dan topi? Kamu berdua pelakon dramakah?" Kemudian dia ketawa sinis dan menyambung, "Kamu boleh tinggal di sini, tapi kamu perlu bayar lebih. Biasanya bayaran 380 satu malam, saya boleh bagi 500 untuk kamu. Kamu perlu bayar deposit untuk satu malam. Ia akan dikembalikan waktu kamu daftar keluar. Makanan disediakan. Kamu boleh ke kafe atau minta kami hantarkan. Berapa malam?"

"500 untuk tempat seperti ini? Ini penipuankah?" Perempuan muda itu kelihatan agak panas baran.

"Kamu tak perlu sewa di sini kalau kamu rasa mahal. Tapi tempat lain tak akan beri kamu sewa tanpa kad pengenalan. Bagaimana kalau kamu penjenayah dikehendaki? Apa patut kami buat? Kami perlu tanggung risiko."

Riak wajah perempuan itu sedikit berubah mendengar kata-kata tersebut. Dia cuba berkata sesuatu tetapi lelaki muda itu menolaknya dan berkata, "Kami akan tinggal di sini selama seminggu, sehingga cuti Hari Kebangsaan. Berapa jumlah bayaran? Kami tak ada banyak duit yang tinggal, jadi tolong beri kami diskaun."

"Okey, lapan hari jadi jumlahnya 4000, beri saya 3500 saja. Sekarang serahkan 4000 dahulu, nanti 500 lagi saya akan beri kembali waktu kami daftar keluar."

Selepas membayar wang itu dan mengambil kunci, pasangan muda itu membawa beg mereka ke bilik di tingkat tiga. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, perempuan muda itu memeriksa seluruh bilik. Setelah memastikan tiada sebarang kamera pengawasan, dia menanggalkan topi dan kaca mata hitamnya lalu membentak, "Tak guna, cekik darah betul! Tak hairanlah hampir tiada orang di sini! Xiao, berapa lagi wang yang kita ada?"