Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 721 - Selepas Ini Giliran Li Sicheng…

Chapter 721 - Selepas Ini Giliran Li Sicheng…

Bo Xiao membuka dompetnya dengan wajah kecewa dan berkata, "Tiga ribu, cukup untuk kita bertahan sementara waktu."

"Bodoh! Apa patut kita lakukan sekarang? Kita memang perlu tinggal di sini selama seminggukah?" Rong Anna kelihatan berang. "Tertekannya saya! Tempat seperti ini sepatutnya kurang daripada 100 satu malam. Pemilik itu memang mencekik darah! Tak guna!"

"Pergi mandi dulu. Selepas ini kita boleh pergi ke bar. Kalau transaksi ini berjaya, kita akan ada duit untuk ke Myanmar."

"Bagaimana kita nak ke sana? Jadi penumpang gelap?"

"Shhh, pergi mandi dulu." Bo Xiao menolak Anna dengan lembut. "Periksa kalau ada kamera. Hati-hati."

Namun Rong Anna tidak berganjak. Semakin dia memikirkannya, dia berasa semakin kecewa. Rong Anna memandang Bo Xiao. "Xiao, jom kita pergi serah diri, okey? Saya tak mahu hidup begini lagi. Kalau kita serah diri, mungkin hukuman kita akan diringankan…"

"Anna, kamu nak berputus asa?" Bo Xiao jelas terkejut. Dia memandang Rong Anna dan kelihatan sedikit beremosi. "Kamu ingat kita akan dapat kembali kalau pergi serah diri? Berapa orang yang kita dah bunuh? Pihak polis dah tahu pasal urusan jual beli kita. Kalau kita serah diri, kita hanya akan dihukum mati!"

Suara Bo Xiao agak kuat. Rong Anna ketakutan lalu menutup mulut Bo Xiao dan memasang telinganya ke luar bilik. Dia pasti dia mendengar bunyi seseorang!

Rong Anna segera bercakap dengan kuat, "Oh, susahnya babak ni. Kalau kita tak mampu sebutnya dengan baik, kamu rasa pengarah akan marah?"

Lelaki yang melalui bilik mereka berhenti ketika tangannya baru sahaja mahu mendail nombor telefon polis. Dia menarik nafas lega lalu menggumam sendiri, "Oh pelakon rupanya. Takut saya!"

Di dalam bilik itu, Bo Xiao menundukkan wajahnya. Penebat bunyi di motel itu tidak begitu baik. Walaupun ia agak selesa dan bersih dengan rekaan dalaman yang elegan, tetapi sebenarnya langsung tiada kemudahan yang sesuai dengan bayaran sewanya. Mereka memilih motel ini kerana ia tidak berdaftar. Jika sesuatu berlaku, pemilik motel tidak akan berani untuk menghubungi polis. Kedua-dua mereka menarik nafas lega setelah mendengar tapak kaki di luar bilik mereka semakin menjauh.

Rong Anna memandang Bo Xiao dengan pandangan merayu. "Apa pun, jangan bercakap terlalu kuat. Jangan buat kecoh. Kita perlu cari orang untuk serahkan barangan itu, ambil duit dan keluar dari sini!"

Bo Xiao kelihatan berat hati. Dia menggeleng dan kelihatan marah. "Ya, selepas kita selesaikan arahan ini, kita akan ke luar negara untuk elak dijumpai. Tapi lambat-laun kita tetap perlu kembali! Si bodoh Li Sicheng bekerjasama dengan si jalang Tang Mengying untuk perangkap kita. Sayrikat Bo dah muflis dan ayah saya dah dipenjarakan! Sekarang kita nak balik rumah pun sudah tak boleh. Ini semua salah mereka!"

Bo Xiao kelihatan berang, tetapi mata Rong Anna kelihatan bersimpati. Dia berbisik, "Xiao, saya tak salahkan mereka. Kita yang melampau terhadap Li Sicheng. Kalau kita tak cuba bunuh Su Qianci, mungkin dia tak akan jadi setekad itu. Kalau kita berkawan dengan dia dari mula, kemudian ajak dia join pihak kita, mungkin…"

"Apa gunanya cakap tentang itu sekarang?" kata Bo Xiao dengan wajah dingin. "Saya dah uruskan Tang Mengying. Saya hantar seseorang untuk gores tanda pangkah pada wajah dia. Wajahnya rosak empat tahun lalu dan dia selalu tutupnya dengan solekan. Sekarang solekan pun tak dapat bantu dia! Selepas ini giliran Li Sicheng…"

Related Books

Popular novel hashtag