Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 74 - Perempuan Jalang

Chapter 74 - Perempuan Jalang

Ou Ming berkata, "Jelas kau telah jatuh cinta dengannya. Tapi, kau dah tandatangan kontrak itu?"

"Ya".

"Kau akan menyesal, percayalah," kata Ou Ming yang kedengaran bersimpati.

"Tak mungkin."

"Kau mahu buat eksperimen?"

"Eksperimen apa?"

"Cik Qin!" Ou Ming memetik jarinya.

Seorang bimbo dengan cepat datang ke situ, dengan solekan yang cantik di wajahnya. Tubuh yang kecil serta baju seksi yang dipakainya menonjolkan susuk tubuhnya yang menawan. Li Sicheng berasa rimas apabila terhidu bau minyak wangi yang kuat.

Ou Ming menyedari hal itu dan memberi arahan, "Hantar sepuluh gadis ke sini untuk melayan Encik Li."

Miss Qin sangat gembira. "Sudah tentu!"

"Apa kau cuba buktikan?"

"Tunggu sajalah."

Tidak lama kemudian, sepuluh orang perempuan telah dihantar kepada mereka. Sebahagian mereka yang lebih berani telah menghidangkan minuman kepada Ou Ming. Ou Ming menghantar gadis yang paling cantik antara mereka kepada Li Sicheng. Bau minyak wangi mereka membuatkan Li Sicheng berasa pening. Dia mendongak dan melihat wajah yang cantik. Entah kenapa, dia langsung tidak berminat. Wajah Su Qianci jauh lebih menyenangkan. Dan bau dia... bau yang memikatnya. Apabila Li Sicheng tidak menghalaunya pergi, gadis itu segera menuangkan minuman untuk Li Sicheng dan menggerakkan payudara besarnya di hadapan mata lelaki itu, sambil memanggil, "Encik..."

Dia tiba-tiba teringat rengekan Su Qianci. Mata hitam Su Qianci yang ketakutan menghantuinya. Sebaik menyedari dia telah memikirkan isterinya, Li Sicheng berasa sedih dan terganggu. Dia bergerak menjauhi perempuan yang cuba mendekatinya dan menjerit, "Berambus!"

Gadis tersebut terkejut dengan reaksinya. Dia tidak tahu apa kesilapannya dan hanya merenung Li Sicheng.

Ou Ming ketawa puas hati dan bertanya kepada perempuan itu, "Kau tak dengar apa dia cakap?"

Ou Ming ialah pelanggan tetap di situ, jadi semua orang mengenalinya. Sebaik mendengar kata-katanya, gadis tersebut terus beredar.

"Haha, kan aku sudah cakap, Li Sicheng. Terimalah kenyataan!" Sambil minum, Ou ming tersenyum pada kawannya itu.

Wajah Li Sicheng menjadi sangat muram sehingga pasti tiada seorang pun yang berani menyapanya pada ketika ini. Dia menarik nafas dalam, bangun lalu berjalan keluar.

"Kau nak balik?" tanya Ou Ming. Li Sicheng tidak lagi menoleh ke belakang. Ou Ming mula berasa bosan. Selepas keluar dari kelab itu, Ou Ming kembali ke rumah yang dibelinya untuk Yu Lili. Dia gagal mencari kuncinya lalu menekan loceng pintu.

Yu Lili sudah tidur. Setelah mendengar bunyi loceng, dia terjaga dan segera pergi ke pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki tinggi berdiri di hadapannya dengan bau alkohol dan minyak wangi yang kuat. Dahi Yu Lili berkerut. Menyangka lelaki itu mabuk, dia terus menyumpahnya, "Tak guna kau Ou Ming. Celaka!"

Ou Ming ketawa, mengangkat tubuh Yu Lili, dan menutup pintu sambil berkata, "Mari aku tunjukkan betapa hebatnya aku dalam berasmara."

Related Books

Popular novel hashtag