Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 75 - Ada Lelaki Lain?

Chapter 75 - Ada Lelaki Lain?

Apabila diangkat Ou Ming secara tiba-tiba, Yu Lili tidak dapat menahan dirinya daripada memaut lengannya pada leher Ou Ming. Ou Ming segera berjalan ke bilik tidur mereka dan melemparkan Yu Lili ke atas katil. Tubuh Yu Lili melantun di atas tilam lembut itu sebelum tubuh Ou Ming berada di atasnya. Ou Ming menciumnya dengan kasar seperti biasa. Dia merobek pakaian dalam sutera Yu Lili dan meramas dadanya.

Yu Lili tidak dapat menahan daripada merintih, tetapi segera berhenti. Dia tersedu dan menjerit, "Ou Ming, bukan hari ini!"

"Kenapa?"

"Aku baru datang bulan."

Ou Ming menenangkan dirinya dan bangun, lalu mengambil rokok di dalam poketnya.

Yu Lili menggosok perutnya dan mengerut dahi. "Kau buat kekejangan aku lebih teruk. Kenapa kau bernafsu sangat?"

Sebaik mendengar kata-kata itu, Ou Ming kembali melemparkan dirinya di atas Yu Lili sambil memegang rokok di antara jari-jarinya, lalu menghembus asap di wajah Yu Lili. "Aku selalu bernafsu dengan kau, dan kau seorang sahaja."

Masih dapat menghidu bau minyak wangi yang kuat, Yu Lili tersenyum sinis.

"Kau tidak percayakan aku?"

"Percaya."

Yu Lili tahu jika dia berkata tidak, Ou Ming tidak akan menghiraukan datang bulannya dan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.

"Bagus. Kau perlu tahu selagi aku masih hidup, kau milik aku." Ou Ming bangun dan bertanya, "Kau kenal isteri Li Sicheng?"

"Apa kaitan dengan kau?"

"Apa?" Ou Ming mengangkat sebelah keningnya, mematikan rokok, dan mendekati Yu Lili sekali lagi.

"Ia memang ada kaitan dengan aku. Cuba pegang. Sakit."

Yu Lili memegang zakarnya dan berkata dengan tenang, "Ia agak tegang."

"Jadi?"

"Padan muka kau," sindir Yu Lili.

Ou Ming berasa marah tetapi tersenyum sinis. Yu Lili jenis perempuan yang disukainya. Jika perangai Yu Lili tidak seperti itu, dia tidak akan berminat dengannya.

"Tapi, adakah kau beri dia idea bodoh itu?"

"Idea apa?"

Ou Ming memandangnya dengan curiga dan berkata, "Dia mahu bercerai dengan Li Sicheng."

Yu Lili agak terkejut, kemudian merasakan ia dapat difahami. Dia menggelengkan kepalanya dan berkata, "Bukan aku."

"Bagus. Baik kau jauhkan diri daripadanya. Kalau tidak, Li Sicheng akan kata isteri aku yang bawa pengaruh buruk kepadanya."

"Kau risau pasal itu?"

"Tak juga. Satu-satunya perkara yang aku risaukan ialah kau lari dengan lelaki lain."

Mendengar kata-kata itu, Yu Lili merasakan hatinya sedikit tersentuh. Entah kenapa dia berasa berdebar. Tubuhnya sangat dekat dengan tubuh Ou Ming, jadi lelaki itu menyedari perubahan reaksinya. Ou Ming hanya bergurau, tetapi tiba-tiba berasa curiga dengan reaksi Yu Lili.

"Kau betul-betul ada lelaki lain?" Nada suaranya kedengaran berbahaya.

Yu Lili cuba mengelak pandangan mata Ou Ming dan berkata, "Tidak mungkin aku ada lelaki selain kau."

Ou Ming tersenyum kecil dan pergi ke bilik mandi. Apa yang tidak disedari Yu Lili adalah wajah Ou Ming berubah menjadi sangat tegang.

Related Books

Popular novel hashtag