Li Jianqian tidak berkata apa-apa dan terus turun untuk membantu.
Li Jianyue mengikut mereka dan melutut untuk mengutip blok-blok itu. Dia berkata kepada Li Mosen, "Abang Mosen, Ersu minta maaf, salah Ersu menara itu runtuh…"
Riak wajah Li Mosen kelihatan lebih baik berbanding tadi. Dia tersenyum dan menggosok kepala Li Jianyue. "Tak apa. Esok kita main sama-sama." Kemudian dia menoleh ke arah Li Jianqian. "Macam mana, Dasu?"
Li Jianqian mengutip blok-blok itu tanpa mengangkat kepalanya dan menjawab dengan nada dingin, "Sebelum bermain dengan kita dia kena berjanji untuk tak rosakkan apa-apa atau menangis."
Li Jianyue sangat gembira mendengar kata-kata itu. Dia mengangguk beberapa kali. "Saya tak akan menangis. Saya akan ikut semua arahan. Abang saya memang terbaik!"
Li Jianqian mendengus perlahan, tetapi bibirnya terukir senyuman yang hampir tidak kelihatan. Bagaimanapun ia tidak terlepas dari mata tajam Li Sicheng. Li Sicheng tidak mampu menahan dirinya daripada tersenyum sambil berasa geli hati dengan anak lelakinya itu. Adakah dia seangkuh itu ketika kecil? Hmm… Li Jianqian pasti mendapat sikap itu daripada Su Qianci! Li Sicheng memerhatikan anak-anaknya menyimpan kembali semua blok itu, kemudian dia meletakkan kotak besar itu di sudut bilik sebelum menutup lampu dan keluar.
Akhirnya… dia boleh kembali ke bilik. Hei, tak mudah rupanya nak jaga anak-anak! Hampir mustahil untuk menjaga anak dan dalam masa yang sama mendapat masa berdua! Ketika ini moodnya sudah hilang sepenuhnya. Dia hanya berasa letih.
Li Sicheng membuka pintu bilik tidur dan mendapati bilik itu gelap. Setelah mengunci [intu dan memastikan anak-anaknya tidak boleh membuka pintu itu sendiri, dia meraba suis lampu. Ketika itu, tiba-tiba ada satu susuk tubuh mendekatinya dalam gelap.
Susuk tubuh itu kelihatan menghampirinya perlahan-lahan dengan berpakaian… sangat sedikit? Li Sicheng memandang susuk tubuh itu sambil tersenyum. Su Qianci mendekati suaminya dengan perlahan-lahan. Apabila sudah hampir, Li Sicheng tiba-tiba menerkamnya dengan pantas.
Orang yang sepatutnya menyerang pula yang diserang. Su Qianci menjerit kecil, kemudian mendengar bisikan Li Sicheng. "Kamu main apa ni? Hm?" Tangan lelaki itu meraba tubuhnya yang hanya dibaluti sehelai baju yang teramat nipis.
Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada menggeletar tidak kira di mana Li Sicheng menyentuhnya. Dia berbisik, "Kamu nampakkah dalam gelap begini?"
"Tak jelas, tapi saya dapat lihat dan rasa kamu." Li Sicheng menahan isterinya pada dinding dan meletakkan betisnya di antara kaki Su Qianci. Tangannya bergerak ke bawah dan dia mendapati hanya ada satu lapisan kain nipis. Dalam kegelapan itu, matanya bersinar seakan mempunyai cahaya. Dia ketawa kecil dengan suara yang lembut dan berkata perlahan, "Saya sangat sukakannya."
Su Qianci merasakan wajahnya amat panas, tetapi dia pasti Li Sicheng tidak dapat melihat wajahnya yang kemerahan kerana bilik itu sangat gelap.
Su Qianci menarik tangan Li Sicheng lalu meletakkannya di atas dadanya dan berbisik, "Saya dengar lelaki suka keterangsangan…"
Li Sicheng ketawa kecil lalu meletakkan wajahnya pada leher Su Qianci dan membelai lembut. Dia dapat merasakan isterinya menggeletar dan berasa amat puas hati lalu mengusik, "Kamu panggil ini keterangsangan? Apa kata kita buat sesuatu yang menyegarkan?"
Wajah Su Qianci bertambah merah. Matanya merenung Li Sicheng dalam kegelapan itu dan dia bertanya perlahan, "Apa yang menyegarkan?"
"Contohnya… kolam renang? Atau atap? Hutan? Tasik? Atau… ruang tamu? Dapur? Beranda? Patio?"