Melihat reaksi wajah Ou Ming yang berubah, Li Sicheng tersenyum.
"Kenapa kau senyum? Bukan kau baru saja kena tinggal?" Ou Ming mengetap giginya sebelum melambai tangan kepada perempuan-perempuan itu. "Pergi layan Encik Li!"
Kedua-dua perempuan seksi itu segera pergi ke Li Sicheng. Tuhan sahaja tahu berapa lama mereka menunggu peluang itu! Walau bagaimanapun, sebelum Ou Ming memberi arahan, mereka tidak berani untuk melakukan apa-apa. Mereka sangat gembira mendapat kelulusan Ou Ming.
"Encik Li..." Suara manis mereka kedengaran dibuat-buat, membuat Li Sicheng berasa mual.
Raut wajahnya yang dingin menjadi lebih bengis ketika dia menempelak, "Berambus!"
Kedua-dua gadis itu tidak berani untuk mendekatinya lagi. Ou Ming hanya ketawa melihat dan berkata, "Kenapa serius sangat? Kau berdua boleh pergi sekarang, Li Sicheng tidak pernah perlukan perempuan."
Kedua-dua perempuan itu terkejut.
Apa maksudnya? Dia tidak memerlukan perempuan? Adakah dia homoseksual?
Kedua-dua perempuan itu berpandangan antara satu sama lain dan segera beredar.
Ou Ming mengambil gelasnya dan duduk bersebelahan Li Sicheng. "Perempuan itu ceraikan kau kerana kau mati pucuk?"
Li Sicheng melontarkan pandangan yang dingin kepada Ou Ming.
Ou Ming yang telah menjadi kawannya selama bertahun-tahun sudah terbiasa dengan pandangan itu dan ketawa kecil. "Semua orang tahu kau tidak pernah bersama mana-mana perempuan. Kau tak perlu berlagak kuat depan aku. Aku kenal seorang pakar yang lakukan kajian yang menyeluruh berkaitan perkara itu..."
"Kau ada terima nasihat daripadanya?"
"Tidak mungkin aku perlukannya!"
"Jadi diam."
"Tetapi betul kau...?" Ou Ming mendesak.
Li Sicheng berfikir seketika sebelum berkata, "Aku rasa aku mungkin telah takutkan dia pada malam pernikahan kami."
"Maksud kau?"
"Aku mungkin telah beraksi terlalu hebat."
Ou Ming hampir tercekik air arak yang baru sahaja diminumnya. Sambil memukul sofa, dia ketawa dan berkata, "Haha, aku tidak per..."
Li Sicheng merenungnya tajam dan menunjuk penumbuk.
Ou Ming segera berhenti dan berkata, "Kau memang perlu jumpa pakar..."
"Aku memang sudah lakukannya," Li Sicheng menyampuk.
"Tak mungkin!" Ou Ming ketawa tanpa henti. "Dia tidak berminat dengan kau. Semua wanita kagum dengan lelaki yang pandai dalam seks."
Li Sicheng melontar pandangan yang paling menggerunkan.
Ou Ming menutup mulutnya, berdehem seketika, dan tiba-tiba menyedari sesuatu. "Tunggu kejap, kau sudah jatuh cinta dengannya?"
"Tidak!"
"Kalau begitu kenapa kau mahu menyentuhnya? Bukankah kau selalu benci jika ada wanita yang menyentuh kau?"
"Ada yang mengkhayalkan kami dengan dadah pada malam perkahwinan."
Sudah pasti bukan Su Qianci. Dia seorang yang penakut dan tidak akan berani melakukannya.
"Tang Mengying pernah lakukan perkara seperti itu dan kau hanya menghantarnya ke hospital. Mengapa dengan perempuan ini lain pula ceritanya?"
Li Sicheng berkata, "Keluarga Tang terlalu bercita-cita tinggi. Aku akan terpaksa menikahi Mengying jika aku tidur dengannya. Aku tidak sebodoh itu."
"Tak mungkin. Dulu aku ingat dadah itu ada sesuatu yang kurang, tapi sekarang aku tahu nampaknya ia bergantung kepada kau."