Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 704 - Tamparan pada Wajah

Chapter 704 - Tamparan pada Wajah

"Kenapa tak boleh? Syarikat ini milik saya, saya boleh pecat sesiapa saja yang saya mahu!" Tuan Li berkata dengan marah. "Satu lagi, bukankah saya dah beritahu kamu jangan panggil saya abang ipar sewaktu di pejabat? Ia tidak sesuai!"

Kata-kata yang kasar daripada ahli keluarganya itu membuatkan Xu Jing tertekan. Malah Yu Lili turut terkejut. Apa yang sedang berlaku? Tuan Li mahu dia terus menjadi pekerja tetapi memecat Xu Jing, penyelia yang telah bertahun-tahun bekerja di syarikat ini? Selepas dia memprovokasi bosnya itu dan membuat segala perkara tadi, dia dinaikkan pangkat? Apa ini?

Yu Lili merasakan dirinya seakan bermimpi, tetapi rakan-rakannya bersorak gembira. "Wah, Yu Lili penyelia baru kita?"

"Fuh! Dengan kebolehannya memang layak dia jadi penyelia. Jangan lupa siapa yang bantu kau uruskan kes di Kampung Empat Musim!"

"Ya, juga kes saya dengan teknologi Wanli. Jika bukan disebabkan Yu Lili, saya pasti dah dibunuh oleh Xu Jing!"

"Ah, jadi kamu semua pernah dibantu Yu Lili. Saya ingatkan hanya saya seorang. Saya sangka dia ada perasaan kepada saya dalam diam-diam…"

"Hei! Jangan perasanlah. Lili seorang bidadari. Kamu tahu itu apa? Itu sesuatu sebagai penghargaan bukannya hubungan!"

Dalam keriuhan itu, Yu Lili masih berasa seakan tidak percaya. Xu Jing tidak dapat menerima semua itu lalu menjerit, "Kenapa kamu lakukan ini? Ada apa dengan Yu Lili? Mampukah dia ketuai jabatan ini dengan baik? Abang ipar, janganlah kamu lihat wajah cantiknya saja, kalau…"

"Kamu nak cakap saya pandang rupa berbanding kebolehan?" Tuan Li kelihatan semakin berang. "Kalau itu benar kamu pasti dah dipecat lama dahulu. Kamu ingat saya tak tahu apa yang kamu buat di belakang saya? Xu Jing, jangan paksa saya dedahkan kesemuanya di sini."

Xu Jing terkejut mendengar kata-kata itu. Tuan Li berpaling ke arah Yu Lili dan berkata, "Yu, kamu patut balik dahulu dan kembali ke pejabat bila kamu dah sembuh. Dengan luka sebegitu, teruklah kalau ia tinggalkan parut."

Yu Lili seakan baru tersedar apa yang sedang berlaku dan berkata dengan tergagap-gagap, "Tuan Li… Tuan seriuskah?"

"Dah tentu." Wajah Tuan Li kembali tenang. "Saya sangat tahu kebolehan kamu, malah laporan yang kamu sediakan beberapa hari lalu sangat bagus. Saya percaya kamu yang paling layak untuk jawatan itu. Kamu juga nampaknya agak popular. Teruskan."

Sungguh tak disangka-sangka.

Yu Lili mengangguk gembira dan berkata dengan suara yang kuat, "Baik Tuan!"

Tuan Li mengangguk dengan puas hati. "Baliklah dulu, saya akan minta pemandu hantarkan kamu."

"Tak apa, Tuan. Saya boleh balik sendiri."

"Tak perlu. Pergi turun ke bawah dan saya akan suruh pemandu tunggu kamu di pintu hadapan."

Disebabkan bosnya mendesak, Yu Lili membatalkan niat untuk mengambil teksi lalu mengangguk. "Terima kasih, Tuan Li." Namun pandangan mata Tuan Li kelihatan bersinar dan menyembunyikan sesuatu, tetapi tidak disedari oleh sesiapa. Kemudian dia menaiki lif dan kembali ke pejabatnya di tingkat atas.

Semua orang memerhatikan Tuan Li pergi sebelum bersorak, "Bagusnya, kegembiraan dah tiba untuk kita!"

Related Books

Popular novel hashtag