Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 705 - Apa Kata Kamu Simpan Duit untuk Pembedahan Plastik?

Chapter 705 - Apa Kata Kamu Simpan Duit untuk Pembedahan Plastik?

Orang yang paling tidak selesa di situ ialah Xu Jing. Dia berasa seakan tidak percaya apabila mendengar semua orang bersorak. Dia bertambah berang melihat mereka amat gembira dan teruja lalu dengan pantas berjalan ke arah Yu Lili sambil menjerit, "Perempuan jalang, kau mesti dah guna salah satu helah kau dan tidur dengan Bos! Kalau tak macam mana kau boleh dinaikkan pangkat? Masih ramai lagi orang yang lebih berpengalaman. Sesiapa saja layak asalkan bukan kau!" Suaranya amat kuat dan riak wajahnya amat menakutkan. 

Pekerja-pekerja yang mempunyai hubungan baik dengan Yu Lili segera menghalang Xu Jing dan melindungi Yu Lili.

Xu Jing bertambah berang apabila ditahan dua pekerja lelaki lalu menjerit, "Aku dengar dulu kau perempuan simpanan orang kaya, kemudian kau dibuang kerana tak mampu lahirkan anak. Mesti seronok bukan jadi perempuan simpanan selama beberapa tahun. Sekarang kau cuba perangkap abang ipar aku pula. Kau memang jijik, Yu Lili!" Kata-kata Xu Jing tidak kedengaran seperti tidak berasas.

Wajah Yu Lili terus berubah. Bagaimana Xu Jing boleh tahu semua itu? Yu Lili yakin dia tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa!

Walau bagaimanapun, perkara-perkara yang telah dilakukan Xu Jing membuatkan kata-katanya sudah sukar untuk dipercayai. Tiada sesiapa di situ yang mempercayainya. Mendengar dakwaan Xu Jing, beberapa orang mendengus sinis. "Kenapa, kamu ingat semua wanita cantik perlu sokongan lelaki kayakah?"

"Hm, seseorang seperti kamu hanya mampu simpan seorang lelaki tua yang tak berguna."

"Hahaha… Betul, kamu yang hodoh tapi kamu salahkan orang lain kerana cantik. Mengarut!"

Xu Jing baru sahaja dipecat dan ia ibarat mencucuk semangat baru dalam kalangan pekerja-pekerja itu. Inilah peluang mereka untuk membalas kembali semua perbuatan Xu Jing dan mereka tidak mahu melepaskannya.

"Aku cakap perkara benar!" Xu Jing menjerit marah. "Kau ingat Yu Lili ini suci sangat? Dia hanya pelacur yang sanggup terima sesiapa saja demi wang! Aku tak tahu kenapa kau semua suka sangat dengan perempuan jalang ini!"

"Ha…" Yu Lili ketawa kecil dan sengaja membuat riak wajah menggoda. Tetapi ia kelihatan agak janggal kerana kecederaannya. Dia mengenyitkan mata kepada Xu Jing dan berkata, "Kalau kamu cantik, dah tentu ada manfaatnya. Tapi untuk seseorang macam kamu, saya tak rasa ada sesiapa mahu belanjakan wang. Juga, tak ada kaitan dengan kamu apa yang saya mahu lakukan dengan tubuh saya. Kalau kamu ada masa untuk mengata orang, apa kata kamu simpan duit untuk lakukan pembedahan plastik?" Yu Lili membuat riak wajah simpati ketika mengatakannya. "Apa kata saya beri sedikit duit kepada kamu? Ada 1100 dolar di sini. Nah, ini 100 untuk kamu."

Yu Lili meronyokkan sekeping wang kertas lalu melemparkannya kepada Xu Jing. Penghinaan itu membuatkan Xu Jing menggeletar kemarahan. "Kau… kau…"

"Tak cukup? Itu saja yang saya boleh beri. Selebihnya saya perlu simpan untuk kos perubatan. Oh ya, apa kata kamu minta sedekah dengan orang lain?"

Sedekah… Perempuan ini fikir aku siapa untuk minta sedekah? Kata-kata Yu Lili ibarat pisau kepada Xu Jing yang sentiasa menganggap dirinya seorang wanita kaya! Xu Jing yang amat berang sehingga hampir muntah darah ditarik oleh dua pekerja lelaki dari menerkam Yu Lili.

Yu Lili tidak mahu bercakap dengan wanita itu lagi lalu berpaling dan keluar dari bilik pejabat itu.

Related Books

Popular novel hashtag