Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 700 - Aku yang Hubungi Polis

Chapter 700 - Aku yang Hubungi Polis

Sebaik melihat situasi itu, lelaki yang membawa laptop tersebut mengeluarkan satu sampul tebal berwarna kuning dan berkata, "Ini wang pampasan yang diberikan oleh tuan itu kepada kamu, jumlahnya 50,000. Cik boleh kira dulu."

Dia menghulurkan sampul tebal itu kepada Yu Lili. Yu Lili menerimanya dan melihat lima longgok wang di dalam sampul itu.

Dia mengeluarkan 1,100 dan melemparkan selebihnya kepada Xu Jing lalu berkata, "Nah, ini kamu punya. Tapi urusan kita belum selesai. Sekarang kita ada bukti dan saksi. Semua orang tahu kamu cuba tipu wang saya sebanyak lebih 100,000. Puan Xu, kamu tahu apa hukuman untuk itu?"

Wajah Xu Jing kini menjadi pucat seakan langsung tidak berdarah.

Yu Lili tersenyum megah melihat wajah wanita itu. "Bukankah tadi kamu sangat bangga diri? Apa yang berlaku sekarang? Tadi kamu mahu saman saya, bukan? Marilah saman saya, Xu Jing. Kamu boleh jadi orang jahat, tadi janganlah terlalu terang-terangan menipu." Yu Lili jelas kelihatan lebih angkuh berbanding tadi.

Semuanya menjadi terbalik secara tiba-tiba dan membuatkan Xu Jing tidak mampu mempertahankan diri. Pada asalnya dia mahu menggunakan laptop terpakai itu untuk memerangkap Yu Lili. Dia merancang untuk menuduh Yu Lili mencuri beberapa bahagian laptop itu. Apabila mengetahui Yu Lili telah merosakkan laptop itu, dia secara diam-diam berasa amat gembira. Bukankah perempuan jalang ini sangat angkuh? Dia akan menghantar Yu Lili ke penjara dan lihat setakat mana keangkuhannya!

Tetapi dia langsung tidak menyangka Yu Lili akan menerima bantuan! Malah bantuan itu mampu menjemput tuan kedai untuk datang sendiri dan mendedahkan rancangannya lalu memberikan tamparan hebat kepadanya! Kejayaan yang dirancang di dalam kepalanya terus bertukar 360 darjah dalam sekelip mata. Xu Jing yang sentiasa berasa bangga dengan jawatannya sebagai bos semua di situ berasa sukar untuk menerima kenyataan itu. Riak wajahnya berubah dan dia berkata, "Bagaimana kamu nak buktikan yang laptop ini milik saya?!"

Mendengar kata-kata Xu Jing, lelaki itu terus menjawab, "Kami ada rekod cakera keras dan CPU di dalam laptop ini dengan nombor siri yang sama. Kalau Puan rasa ini bukan milik Puan, kami boleh semak dalam sistem dan terus dapat pengesahan. Perkara ini sangat mustahil untuk dipalsukan." 

Xu Jing terkedu dan wajahnya semakin sugul. Ketika itu, dia mendengar suara Yu Lili. Semua orang menoleh dan mendapati Yu Lili sedang berbual di telefon. Selepas memberi alamat pejabat mereka kepada pihak yang dihubunginya, dia berkata, "Jabatan komputer ini ada seorang penyelia bernama Xu Jing, dia…"

Kemudian semua orang tersedar Yu Lili sedang bercakap dengan polis! Tiada sesiapa menyangka Yu Lili akan menjadi seberani itu, termasuk Xu Jing.

Sebaik menyedari perkara itu, Xu Jing terus menerkam Yu Lili sambil menjerit, "Perempuan jalang, apa yang kau lakukan?!"

Yu Lili tidak sempat untuk mengelak serangan yang tiba-tiba itu. Dia berundur lalu hampir rebah ketika Xu Jing menerkam ke arahnya.

Telefon bimbit yang dipegang Yu Lili jatuh ke atas karpet bilik itu. Pada skrin telefon tersebut, kelihatan tiga digit nombor yang mengejutkan semua orang.

Xu Jing mengambil telefon itu lalu bercakap, "Semua dah selesai, maaf."

"Aku yang hubungi polis dan aku sedang laporkan tentang kau. Puan Xu, itu bukan perkara bijak untuk dilakukan!"

Related Books

Popular novel hashtag