Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 685 - Li Sicheng, Licik dan Berbahaya!

Chapter 685 - Li Sicheng, Licik dan Berbahaya!

Kehidupan begitu sudah pastu menjadi idaman semua wanita lain, tetapi bagi Cheng You ia amat membosankan! Dia mula faham apa yang dimaksudkan oleh kata-kata "semua orang mempunyai impian tersendiri".

"Tidak." Rong Rui segera membantah sambil memandang Cheng You. "Saya boleh beri kamu wang yang cukup. Jangan pergi."

"Ia bukan tentang wang. Saya perlu lakukan sesuatu. Duduk di rumah saja terlalu membosankan untuk saya!" Cheng You memujuk Rong Rui dan cuba membuat muka comel.

Rong Rui tidak mampu menghadapinya. Dia segera berpaling ke arah lain lalu berkata dengan tegas, "Saya kata tak boleh."

Cheng You tahu Rong Rui tidak akan membiarkannya pergi dengan mudah. Dia memutuskan untuk membiarkannya sahaja dulu dan akan mencuba lagi pada malam ini! Dia menjeling Rong Rui lalu berpaling ke arah Su Qianci dan mengambil anaknya. 

Rong Rui membancuh kopi untuk Li Sicheng. Aroma kopi yang baru dibru itu berbau harum semerbak. Kopi yang ringkas dan istimewa itu merupakan manifestasi citarasa pemiliknya. Li Sicheng merenung cawan kopi yang cantik di tangannya itu dan berkata dengan perlahan, "Kau tahu mereka di mana?"

Rong Rui sedang menambah gula ke dalam kopinya. Pergerakan tangannya terhenti seketika apabila mendengar pertanyaan Li Sicheng. Kemudian dia mengacau kopinya perlahan-lahan lalu mengangkat keningnya. "Siapa?"

"Kau tahu siapa yang aku maksudkan."

Kedua-dua mereka bercakap dengan suara yang amat perlahan. Su Qianci dan Cheng You sedang bermain bersama bayi perempuan Rong Rui. Walaupun tahu kedua-dua lelaki itu sedang berbual, mereka tidak dapat mendengar apa-apa. 

Rong Rui menghirup kopinya lalu ketawa kecil. "Kopi ini aku baru beli dari Itali. Rasanya agak kuat. Cubalah."

Li Sicheng tiba-tiba tersenyum dan menghirup sedikit kopi itu sebelum mengangguk. "Ya, memang sedap."

"Tak mahu tambah gula?"

"Aku suka rasa kopi sebenar." Li Sicheng meletakkan cawan kopinya ke atas meja lalu memandang Rong Rui dengan senyuman kecil. "Tang Mengying juga berjaya larikan diri."

"Aku tahu," Rong Rui merasakan gula itu tidak cukup untuk menyedapkan kopinya lalu menambah sedikit susu. "Tapi aku tak ada apa-apa kaitan dengan dia. Aku tak tahu apa-apa, kalau itu yang kau mahu tanya."

"Aku cuma tanya mengenai mereka."

Sudah tentulah Rong Rui tahu siapa 'mereka' yang dimaksudkan oleh Li Sicheng. Walau bagaimanapun, Rong Rui masih kelihatan tenang dengan wajah yang tidak bersalah. "Aku betul-betul tak tahu."

Senyuman Li Sicheng bertambah lebar. "Cheng You belum tahu mereka berdua saudara kau, bukan?"

Mata Rong Rui terus berubah dan dia ketawa kecil. "Kau ugut aku?"

"Aku cuma tanya. Kenapa kau gementar?" Ketika riak wajah Rong Rui mula berubah, Li Sicheng masih kelihatan tenang dan bersahaja. Li Sicheng menghirup kopinya dengan penuh elegan. Entah kenapa ia menjengkelkan Rong Rui.

Riak wajah Rong Rui kelihatan tidak gembira. "Aku tak akan benarkan dia kembali bekerja dengan kau."

"Dia akan kembali."

"Tidak!"

Li Sicheng memandang Rong Rui sekilas dan berkata, "Aku lebih kenal dia daripada kau."

"Li Sicheng, kau dah semakin menjengkelkan sekarang."

Lelaki itu juga sudah semakin menggerunkan! Rong Rui teringat kejatuhan TL dan keluarga Bo dan tidak dapat mengelak daripada berasa hormat dan dalam masa yang sama berasa terancam dengan Li Sicheng. Namun ia tidak mengubah apa-apa tentang persahabatan mereka.

Li Sicheng menaikkan keningnya. "Kau pun apa kurangnya."

"Hei…"

Rong Rui mahu berkata sesuatu, tetapi Li Sicheng sudahpun berpaling ke arah Cheng You. Dia mencadangkan, "Mari pergi makan bersama-sama? Supaya kita boleh…" Li Sicheng berpaling kembali ke arah Rong Rui lalu menyambung dengan wajah provokasi, "bercakap."

Rong Rui mengetap giginya dalam diam. Lelaki ini sungguh berbahaya!

Related Books

Popular novel hashtag