Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 681 - Jangan Pergi...

Chapter 681 - Jangan Pergi...

Luo Zhan menarik seluarnya ke atas kembali lalu menolak Lu Yihan dengan kuat. Wajahnya sedikit kemerahan dan dia membentak, "Pergilah kau, orang mabuk kena jaga perangai!" Selepas itu dia segera bangun lalu mencari tempat tersorok untuk memeriksa alat sulitnya dan mendapati tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Ia juga tidak terlalu sakit. Luo Zhan berpaling ke belakang dan melihat Lu Yihan telah terbaring di atas lantai dengan darah yang masih tidak henti-henti keluar dari hidungnya.

Sangat-sangat teruk. Luo Zhan tiba-tiba merasakan dirinya sangat baik, seakan seorang malaikat! Hatinya sungguh baik!

"Oh, aku pasti ada hutang kau sesuatu pada kehidupan lalu!"

Luo Zhan mendudukkan Lu Yihan dan menyandarkan lelaki itu pada pintu sebelum pergi mencari tisu. Dia menemui satu beg Lu Yihan yag berisi tisu basah lalu mengelap wajah lelaki itu dan menyumbat sehelai tisu ke dalam hidung Lu Yihan yang berdarah. Akhirnya darah itu berhenti. Luo Zhan membuang tisu itu lalu menepuk wajah Lu Yihan. "Bangun, pergi tidur di atas katil!"

Lu Yihan separuh mabuk dan separuh sedar. Mendengar jeritan itu, dia mahu bangun tetapi tubuhnya tidak memberi kerjasama. Belum sempat dia duduk, tubuhnya kembali jatuh. Luo Zhan cepat-cepat menangkapnya sebelum menariknya ke katil. Tetapi Lu Yihan masih basah kuyup. Luo Zhan melepaskan keluhan berat lalu membuka butang jaket dan baju yang dipakai Lu Yihan. Kemudian dia menyentuh seluar lelaki itu.

Baguslah, ini pun basah! Luo Zhan menanggalkan tali pinggang Lu Yihan lalu membuka butang seluar itu, Selesai menanggalkan seluar Lu Yihan, dia berasa lega. "Hmpph! Kau mesti masakkan aku makanan yang sedap-sedap esok. Ya Tuhan, penatnya!" Kemudian dia terus menarik Lu Yihan dan melempar lelaki itu ke atas katil.

Luo Zhan duduk di sebelah Lu Yihan yang terbaring dan berkata dengan dingin, "Bagus, esok masak untuk aku! Kau dengar tak?"

Selepas itu dia melemparkan tangan Lu Yihan ke tepi. Tetapi Lu Yihan tidak melepaskannya sebaliknya menarik Luo Zhan sehingga terjatuh ke atasnya. Tubuh Luo Zhan kini berada di atas tubuh Lu Yihan.

"Tolong… jangan pergi…" Lu Yihan menggumam dalam separuh sedar. Kemudian dia memeluk Luo Zhan dan bergolek di atas katil itu.

Mata Luo Zhan terbeliak dan entah kenapa, pipinya menjadi sedikit kemerahan. Tetapi sesaat selepas itu dia mula bergelut dengan marah dan menjerit, "Hei! Hello, jangan main-main anak muda! Berapa kali aku cakap aku tak sukakan lelaki!"

Setelah menolak Lu Yihan daripadanya, Luo Zhan bangun dan merasakan wajahnya menjadi panas. "Apa…?! Ya Tuhan, dunia ini memang gila!" Luo Zhan berasa amat marah lalu menyepak punggung Lu Yihan yang hanya memakai seluar pendek itu. "Si pemabuk miang! Tak guna!"

Selepas menendang Lu Yihan sebanyak empat hingga lima kali, Luo Zhan berhenti.

Lu Yihan terjaga disebabkan tendangan itu lalu berpaling dan memandang Luo Zhan dengan mata dan pipi yang kemerahan. Dia kelihatan tidak menyedari apa-apa yang telah berlaku. Luo Zhan tiba-tiba berasa bersalah. Dia berpaling dan pergi lalu menutup pintu dengan kuat.

Lu Yihan sedikit terkejut, tetapi kemudian berasa tidak berdaya lalu kembali tertidur.

Related Books

Popular novel hashtag