Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 682 - Wanita yang Merayau-Rayau

Chapter 682 - Wanita yang Merayau-Rayau

Luo Zhan kembali ke biliknya dan terus merebahkan diri ke atas katil lalu merenung siling. Langit telahpun cerah tetapi dia tidak dapat tidur. Dia memikirkan perasaan yang sukar dijelaskan dalam dirinya dan mendapati dirinya sedang berhadapan dengan masalah yang amat serius.

Adakah ini bermakna dia sudah menjadi…?

——————————

Malam itu gelap pekat dan hujan sedang turun renyai-renyai. Tempat ini ialah sebuah pekan kecil yang jauh dari pusat bandar dengan rumah yang kecil dan lama di merata-rata tempat. Di sebelah timur kampung itu, terdapat sebuah restoran kecil. Satu lorong kecil yang gelap serta busuk dengan sampah sarap terletak hanya beberapa meter dari restoran kecil itu. Kucing dan anjing terbiar serta tikus yang sebesar saiz kucing berlari-lari di sepanjang lorong itu.

Satu susuk tubuh yang kurus dan tinggi memakai baju compang-camping berwarna hitam yang tidak sepenuhnya melindungi tubuhnya. Lurah dadanya yang dalam dan kakinya yang panjang dan seksi terdedah manakala rambutnya kusut masai. Kulitnya yang kebiasaannya putih dan mulus kelihatan sedikit kotor. Dia sedang duduk di sebelah satu plastik sampah dan menggeledah lebihan makanan yang baru sahaja dibuang oleh pekerja restoran kecil itu.

Hari sudah lewat malam dan keadaan di situ amat gelap. Di kampung itu tidak banyak kamera trafik dan tidak ramai yang memilih untuk keluar pada waktu sebegini. Selepas pemilik restoran itu menutup pintu restorannya, dia memandang sekeliling dan memastikan tiada sesiapa di situ. Kemudian dia menggosok kedua-dua belah tangannya bersama dan berjalan ke arah lorong gelap itu.

Dia telah lama memerhatikan wnaita itu. Tubuhnya kelihatan menarik dan kulitnya juga amat cantik. Cuma wanita itu kelihatan agak tidak siuman. Pemilik restoran itu meneka wanita itu ialah anak orang kaya yang sakit mental dan melarikan diri dari rumah. Ia penemuan yang amat hebat dan dia berasa bertuah kerana menjumpai wanita itu.

Sebaik sahaja tiba di lorong itu, pemilik restoran tersebut menemui wanita yang sudah diperhatikannya selama berhari-hari itu. Dia menghampirinya dan berbisik, "Cik?"

Wanita itu berpaling dan matanya kelihatan amat menarik di bawah sinaran cahaya lampu jalan.

Pemilik restorang itu berasa tertarik dan matanya jelas penuh bernafsu. "Kamu perlukan apa-apa bantuan? Dah beberapa hari saya nampak kamu di sini. Apa kata saya bawa kamu cari tempat untuk bersihkan diri?"

Wanita itu tidak menjawab. Pemilik tersebut cuba meletakkan tangannya di atas tangan wanita itu dan menariknya. Apabila wanita itu membiarkannya, pemilik itu semakin gembira. "Di mana kamu tinggal? Nak saya hubungi keluarga kamu?"

Wanita itu menggeleng kepalanya dan kelihatan amat takut. Pemilik restoran itu semakin yakin yang wanita itu seorang yang tidak waras! Dia menarik tangan wanita itu sebelum menyeka rambut yang melindungi wajahnya. Lampu jalan menyinari tubuh wanita itu dan pemilik tersebut dapat melihat dengan jelas pahanya, buah dadanya yang besar serta tubuhnya yang seksi lalu meneguk air liurnya.

Pandangan mata pemilik itu akhirnya naik ke wajah wanita tersebut. Dia menyeka rambut wanita itu sebelum tiba-tiba menjerit dan berundur. Ketika itu, dia tersadung satu plastik sampah dan rebah ke tanah. Pemilik itu kelihatan terkejut dan ketakutan melihat wajah wanita di hadapannya.

Di bawah rambut yang kusut-masai itu, wajah wanita itu mempunyai parut besar yang amat menggerunkan dan hodoh. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti melarikan diri.

Lebih mengejutkan pemilik itu lagi, di sebelah lagi wajah wanita itu terdapat dua garisan membentuk pangkah yang menonjolkan isi kulit serta darah dan kelihatan amat menggerunkan.