Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 678 - Masuk ke Bilik Tidur

Chapter 678 - Masuk ke Bilik Tidur

Mengarut…

Lu Yihan melempar botol wain itu yang membuatkan bunyi yang sangat kuat ketika ia jatuh berkecai di atas lantai. Luo Zhan yang sedang mengeluarkan kunci untuk membuka pintu dari luar berasa gerun mendengar bunyi bising itu.

"Oh kawanku…" Luo Zhan meneguk air liurnya. Sebaik sahaja membuka pintu, dia melihat botol kaca, gelas dan telefon bimbit yang berkecai di atas lantai. Luo Zhan menggeleng lalu berjalan masuk dengan berhati-hati kerana bimbang ada sesuatu akan dilempar lagi dan terkena kepalanya.

Li Sicheng sudah kembali. Ada orang gembira dan ada juga yang tidak. Jelas Lu Yihan ialah salah seorang yang tidak gembira. Luo Zhan melepaskan keluhan berat. Dia sudah menjangkakan reaksi Lu Yihan ini. Namun dia tidak menyangka Lu Yihan akan menjadi terlalu marah sehingga memecahkan barang-barang… Adakah Sicheng telah melakukan sesuatu kepadanya? Luo Zhan yang telah mengenali Li Sicheng selama bertahun-tahun tahu berkemungkinan besar itulah penyebabnya.

Luo Zhan berasa semakin bersimpati kepada Lu Yihan. Selepas mengelak kaca-kaca di atas lantai, dia masuk ke dalam dan melihat Lu Yihan masih memakai pakaian kerjanya dengan wajah yang dibenamkan di atas meja. Beberapa botol wain pelbagai jenis berada di sebelahnya dan kesemuanya ialah koleksi Lu Yihan yang diletakkan di dalam bilik kerja.

"Aduh, kamu minum semuanya begitu saja selepas mengumpulnya selama bertahun-tahun?" Luo Zhan mula menyedari betapa dalamnya luka di hati Lu Yihan.

Luo Zhan berasa tidak senang melihat wain-wain yang tidak boleh dibeli dengan wang itu dibazirkan begitu sahaja. Dia mengutip beberapa botol secara diam-diam lalu meletakkannya kembali ke dalam bilik kerja. Selepas berulang-alik sebanyak tiga kali, akhirnya tiada lagi botol wain yang tinggal di sisi Lu Yihan.

Lu Yihan langsung tidak bergerak ketika Luo Zhan cuba menyentuhnya. Kemudian Luo Zhan mengalihkan rambut Lu Yihan dari wajahnya dan mendapati wajah lelaki itu sangat kemerahan. Lu Yihan yang menyedari seseorang menyentuhnya membuka matanya sedikit. Matanya amat merah dan kelihatan agak menggerunkan. Luo Zhan terkejut kemudian berasa simpati kepada lelaki itu.

"Hey! Cinta sejati akan dapat pengakhiran bahagia!" kata Luo Zhan lalu cuba menark Lu Yihan bangun. "Hei, bangun, tidur di dalam bilik."

Mata Lu Yihan basah dan dia tiba-tiba menangkap tangan Luo Zhan dan memegangnya dengan erat. Luo Zhan terkejut dan mahu berkata sesuatu ketika tiba-tiba Lu Yihan memanggil, "Qianqian…"

Luo Zhan bingung seketika sebelum berasa jengkel dan menjerit, "Qianqian kepala hotak kau! Aku Pak Cik Luo kau!"

"Qianqian, kenapa…" Lu Yihan bukan sahaja tidak melepaskan Luo Zhan, malah terus memeluknya dan membenamkan wajahnya pada dada Luo Zhan sambil menangis.

Luo Zhan mahu menolaknya, tetapi melihat keadaan Lu Yihan, dia tidak sampai hati untuk melakukannya.

"Kenapa… apa yang tidak kena dengan saya… kenapa kamu tak nampak saya… dia dah mati… kenapa kamu masih tak mahu terima saya… kalau… kalau kita berkahwin lebih awal, dia pasti tak ada peluang, Qianqian…"

Sungguh teruk dan sungguh kasihan! Lu Yihan, seorang lelaki yang berkebolehan dalam industri IT. Dia berdiri di atas kaki sendiri dengan IQ dan EQ yang tinggi, juga mempunyai kesabaran dan ketahanan diri yang tinggi. Dia memulakan perniagaannya ketika masih muda dengan tiada apa-apa dan sekarang telah menikmati reputasi yang amat baik di negara ini. Tetapi kenapa dia mencintai… isteri orang! Walaupun ketika mula mencintai Su Qianci, wanita itu belum berkahwin, tetapi kini Su Qianci sudah bertahun-tahun menjadi isteri orang dan dia sepatutnya sudah berputus asa.

Luo Zhan benar-benar tidak faham dengan Lu Yihan. Dia menepuk-nepuk wajah lelaki itu. "Bukan kamu yang tak cukup baik. Cuma masa kamu yang tidak betul. Dia tidak akan jadi milik kamu sekalipun kamu memilih untuk menunggu."

Related Books

Popular novel hashtag