Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 679 - Urusan di Bilik Air

Chapter 679 - Urusan di Bilik Air

Ya. Cinta selalu sukar untuk dijelaskan. Walaupun sudah lama mengenali Su Qianci, harga diri Lu Yihan terlalu tinggi. Disebabkan keadaan ekonomi keluarga tidak begitu baik, dia mahu memulakan karier sebelum berkahwin. Disebabkan itulah dia tidak meluahkan perasaan cintanya kepada Su Qianci. Tetapi… apabila dia sudah menempa kejayaan dalam kariernya, Su Qianci sudah menjadi milik orang lain. Dia pula hanya ditakdirkan menjadi sahabat baik Su Qianci. 

"Hei! Aku simpati dengan kau," kata Luo Zhan sambil menepuk bahu Lu Yihan. "Pergilah tidur. Jangan jadi gila."

Lu Yihan tidak melepaskan pelukannya. Nafasnya kedengaran tercungap-cungap. Luo Zhan merasakan dirinya sungguh malang. Dia cuba menarik Lu Yihan ke bilik tidur dengan sebelah tangan berada di bawah lengan lelaki itu manakala sebelah lagi di pinggangnya.

Walau bagaimanapun, sangat sukar untuk Luo Zhan seorang diri menarik Lu Yihan yang berat dan mabuk itu. Belum separuh jalan, Luo Zhan sudahpun rebah. Dia tidak mampu lagi menarik Lu Yihan lalu menolek lelaki itu ke lantai. Luo Zhan bernafas tercungap-cungap dan duduk di sebelahnya. "Tak guna, kenapa kau berat sangat? Nampak kurus saja!" Dia berhenti mengambil nafas seketika sebelum kembali menarik Lu Yihan. Selepas beberapa minit, akhirnya mereka berjaya tiba di bilik tidur.

Luo Zhan melempar Lu Yihan ke atas katil lalu duduk di sisinya sambil bernafas seakan baru selesai berlari. Selepas berehat seketika, dia membantu menanggalkan kasut dan stoking Lu Yihan sebelum menyedari seluruh tubuh lelaki itu bermandi peluh. Luo Zhan terkedu. Dia membuka penghawa dingin lalu menetapkan suhu yang sejuk sebelum keluar.

Luo Zhan berasa amat letih. Dia telah seharian sibuk di tempat kerja hari ini, kemudian perlu menguruskan semua ini selepas balik ke rumah. Dia mengutip kaca-kaca yang bertaburan dan mengambil telefon bimbit yang berkecai itu. Apabila cuba menghidupkan telefon itu, dia mendapati ia telah rosak. Luo Zhan mengeluarkan kad sim lalu menyimpannya. Selepas selesai mengemaskan semuanya, dia terus mandi lalu tidur.

Pada tengah malam, Luo Zhan terjaga disebabkan bunyi bising. Dia segera turun dari katilnya dengan sedikit gerun lalu berlari keluar. Rumah itu mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air. Bunyi bising itu kedengaran dari bilik air.

Luo Zhan masuk ke dalam bilik air dan melihat Lu Yihan sedang terbaring di dalam kotak pancuran air yang lutsinar itu. Pancuran air masih terbuka dan Lu Yihan yang masih berpakaian sudah basah kuyup.

Luo Zhan memegang kepalanya dan berasa tidak berdaya. "Hei kawan, kau mandi air sejuk di tengah malam untuk tenangkan hati? Boleh tak kau bagi aku berehat sekejap?" Kemudian dia menutup pancuran air itu.

Ketika dia cuba menarik Lu Yihan, lelaki itu menepis tangannya. Wajah Lu Yihan masih kemerahan dan matanya kabur. Kemudian Lu Yihan berkata dengan tidak begitu jelas, "Aku nak guna tandas… Silap tempat…"

"Ya Tuhan! Dah tu kenapa kau buka pancuran?"

"Aku nak pam…"

Luo Zhan terkedu.

Okey, jadi Lu Yihan sudah menyelesaikan 'urusan'nya di tempat pancuran itu.

Luo Zhan menarik Lu Yihan bangun dengan perasaan tidak berdaya. "Berat betullah kau ni! Oh Tuhan, berapa berat kau sebenarnya?"

Lu Yihan sudah berasa lebih baik berbanding tadi. Dia membiarkan tubuhnya diangkat oleh Luo Zhan dan berkata, "Aku lebih berat daripada kau… lebih tinggi, lebih kuat… kau ayam lemah…"

Luo Zhan mengerutkan keningnya lalu meletakkan Lu Yihan ke bawah kembali. "Pergilah kau! Kau rendah-rendahkan aku yang sedang cuba tolong kau! Kenapa kau tak pergi hidup di bulan saja?"

Related Books

Popular novel hashtag