Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 644 - Jangan Buat Perkara Bukan-Bukan

Chapter 644 - Jangan Buat Perkara Bukan-Bukan

Su Qianci menyentuh suaminya dan Li Sicheng menyedari isterinya tersenyum nakal. Li Sicheng berpura-pura kecewa dan mengambil tangan Su Qianci. "Cuba rasa di dalam, sebenarnya masih sedap dipegang. Cubalah."

Su Qianci memasukkan tangan ke dalam baju Li Sicheng dan dapat merasakan otot yang berketul. Masih boleh tahan. Tetapi kenapa suaminya ini kelihatan sangat kurus? Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada memicit tubuh suaminya itu. Tetapi dia kemudian tersedar mata Li Sicheng berubah dan seakan menandakan nafsu yang sedang mencanak.

Su Qianci segera menyedari perkara yang dimahukan suaminya lalu cuba menarik tangannya kembali. Tetapi Li Sicheng pantas memegang tangannya lalu bergerak semakin rapat dan berbisik, "Sedap?"

Tok tok!

Mendengar pintu diketuk, Su Qianci segera menarik tangannya dan menolak Li Sicheng dengan wajah yang kemerahan. Li Sicheng tersenyum kecil menandakan anginnya bertambah baik. Pelayan datang membawa makanan lagi dan menyedari riak wajah Su Qianci. Dia tidak mengendahkannya dan terus berjalan keluar selepas meletakkan makanan itu di atas meja.

"Makan!" Su Qianci menyepak kaki suaminya di bawah meja dengan wajah yang masih kemerahan. "Jangan lakukan perkara yang bukan-bukan!"

Li Sicheng tidak menghiraukan amaran itu. Riak wajahnya tidak berubah ketika dia berkata dengan suara yang dalam. "Dah begitu lama saya tak jumpa kamu. Tak normallah kalau saya tak berkelakuan bukan-bukan."

Su Qianci melihat riak wajah nakal suaminya dan memutuskan untuk tidak menghiraukannya sebaliknya fokus kepada makan. Namun Li Sicheng terus merenungnya dengan pandangan yang membara. Su Qianci merasakan pipinya semakin panas dan kepalanya semakin menunduk.

"Kamu makan nasi atau mangkuk?" Li Sicheng tergelak kecil dan mengangkat kepala isterinya. "Makan betul-betul."

"Janganlah tenung saya!" Su Qianci menjeling sekilas dan menolak Li Sicheng. "Kalau kamu terus tenung, saya akan hilang selera!" Dia sudah tidak tahan lagi diusik dengan renungan itu sehingga merasakan wajahnya panas.

Li Sicheng mengeluh dengan agak kecewa. "Tak boleh sentuh, tak boleh cium, tak boleh tenung. Berat betul hukuman ni!"

Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum kecil lalu menyepak kaki suaminya. "Cepat makan!"

"Okey…" Akhirnya Li Sicheng mengambil penyepit dan mula makan dengan elegan seperti biasa. Namun dia makan lebih pantas dan lebih banyak dari bertahun lalu. Pelayan turut menghidangkan enam biji bun sebagai pencuci mulut dan lima daripadanya dihabiskan oleh Li Sicheng. Semua makanan di hadapan mereka licin dengan sangat pantas. 

Nasib baiklah Su Qianci tidak makan sebanyak biasa dan sudah berasa kenyang setelah beberapa suap. Tetapi walaupun sudah berkali-kali makan di restoran itu, ini adalah kali pertama di melihat pinggan setiap hidangan selicin itu. Su Qianci berasa terkejut dan sedih pada masa yang sama. Dia memandang wajah Li Sicheng yang berambut hitam pendek itu dan melihat telinganya. Telinga Li Sicheng tidak ditindik. Dia teringat pernah melihat suaminya memakai subang berlain berbentuk pangkah. Adakah ia cuma ilusinya? Selepas menghirup sedikit teh, Su Qianci terus memandang suaminya tanpa berkata apa-apa.

Li Sicheng menoleh dan tersenyum. "Kamu nak cakap apa?"

"Waktu di taman tema, lelaki itu memang kamu kan?"

Lelaki yang telah menyelamatkannya dan anaknya itu pasti ialah suaminya! Walau bagaimanapun, melihat perbezaan yang ketara, Su Qianci menjadi tidak pasti.

Related Books

Popular novel hashtag