Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 643 - Tidak Selesa

Chapter 643 - Tidak Selesa

Li Sicheng mengangkat isterinya dan meletakkannya di atas sinki. Kemudian dia membuka zip baju isterinya dan menanggalkan tali pinggang pada skirt itu.

Su Qianci terkejut dan menangkap tangan suaminya yang semakin mengganas sambil berbisik, "Jangan, jangan…"

Li Sicheng melepaskan tangannya daripada genggaman Su Qianci. Dia mendengus seperti raksasa yang membuatkan Su Qianci sedikit gerun. "Saya tak boleh tunggu. Saya amat rindukan kamu…"

Saya juga sangat, sangat rindukan kamu…

Namun belum sempat mengatakannya, Su Qianci dapat merasakan tangan Li Sicheng yang bergerak pada tubuhnya. Tangan itu sedikit kasar dan menaikkan nafsunya. Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada mengerang kecil. Walau bagaimanapun, Su Qianci masih boleh berfikir. Dia menyepak Li Sicheng dan berkata, "Jangan… ada perkara yang lebih penting untuk kita lakukan."

Li Sicheng yang kecewa memegang tangan Su Qianci dan menariknya ke bonjolan pada seluarnya, kemudian memandang isterinya itu dengan wajah terseksa. "Sayang, ia sakit."

Su Qianci tergelak kecil melihat wajah suaminya. "Kamu nampak sangat mirip dengan anak lelaki kamu sekarang."

Li Sicheng memandang isterinya dengan tajam sambil mengetap giginya. "Sepatutnya dia yang mirip dengan saya!"

"Okey, okey." Su Qianci menolaknya perlahan dan mengingatkan, "Lepas makan kita balik ke rumah. Anak-anak belum jumpa kamu lagi."

"Sampai hati kamu?" Li Sicheng memandang Su Qianci dengan kekecewaan yang terpancar pada matanya. Dia memeluk isterinya itu dan merapatkan tubuh mereka sebelum bertanya lagi, "Sampai hati kamu?"

Mereka sudah lama tidak bersama, jadi perlakuan Li Sicheng terasa agak janggal bagi Su Qianci dan membuatkannya takut bercampur gembira. Tetapi perasaan malunya lebih menebal. Su Qianci berpaling dengan wajah kemerahan dan menampar lembut tangan suaminya sambil berkata, "Kamu sendiri yang cakap, kalau saya tak dapat jumpa kamu, saya boleh hukum kamu sesuka hati apabila kamu kembali!" 

Li Sicheng teringat kata-kata yang diucapkannya dahulu itu. Dia berasa tertekan dan terus memeluk isterinya tanpa niat untuk melepaskan sambil berbisik, "Boleh tak kamu tangguh hukuman itu ke masa lain?"

"Jangan harap!" Su Qianci menjeling suaminya dan menolaknya. "Saya lapar!" Itu ialah cara terbaik untuk berhadapan dengan Li Sicheng.

Akhirnya Li Sicheng melepaskannya dan membetulkan baju isterinya sebelum mengeluh kecewa. "Okey, jom makan!"

Selepas membetulkan skirtnya, Su Qianci keluar dahulu. Pada masa yang sama, pelayan baru sahaja selesai menghidangkan makanan. Pelayan itu melihat bibir Su Qianci yang lebih merah dan sedikit bengkak tetapi berpura-pura seperti tidak menyedari apa-apa dan bergegas keluar. Selepas beberapa minit, Li Sicheng keluar dari bilik air itu dengan wajah tenang dan terus duduk di sebelah isterinya.

Makanan yang ditempah oleh Su Qianci sangat sederhana. Daging barbeku, terung berperisa ikan, kobis goreng dan dua mangkuk sup.

Li Sicheng tidak begitu gembira melihat semua makanan itu. Nasib baiklah kesemuanya ialah makanan kegemaran isterinya. Apabila terfikir Su Qianci sepatutnya makan bersama Lu Yihan, Li Sicheng berasa sakit hati.

Su Qianci tidak menyedari riak wajah tidak gembira suaminya. Dia meletakkan semangkuk nasi di hadapan Li Sicheng dan mengambil sepotong daging untuk suaminya. "Makanlah banyak-banyak. Kamu sangat kurus, badan kamu dah tak sesedap dulu."

Li Sicheng merasakan jantungnya bagai ditikam…

Related Books

Popular novel hashtag