Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 630 - Setelah Begitu Lama Tanpa Seks, Kamu Tak Teringinkah?

Chapter 630 - Setelah Begitu Lama Tanpa Seks, Kamu Tak Teringinkah?

Li Sicheng amat terkejut. Dia tidak menjangkakan perkara itu dan terus terjatuh ke karpet di bawah. Tangannya terlipat dan agak sakit, tetapi lebih menjijikkan lagi Tang Mengying sedang memeluknya. Baju tidur nipis yang dipakai perempuan itu menempel pada tubuh Li Sicheng. Tang Mengying memegang wajahnya dengan kedua-dua tangan dan cuba menciumnya.

Li Sicheng berasa jijik dan melawan. Kemudian dia memusingkan tubuhnya dan menolak Tang Mengying.

Tang Mengying jatuh ke lantai namun tetap tersenyum licik. Dia menyilangkan kakinya yang putih melepak dan kelihatan amat menggoda. "Kenapa? Kenapa kau masih berpura-pura? Setelah begitu lama tanpa seks, kau tak teringinkah?"

Jika bersama Su Qianci, sudah pastilah dia mahu. Tetapi Tang Mengying… Li Sicheng segera bangun dari karpet itu dan duduk bersandar di atas sofa tanpa menghiraukan perempuan itu. 

Bilik mereka berada ialah sebuah suite. Ruang tamu dan bilik tidurnya terpisah. Reka bentuk dalamannya yang mewah menyerlahkan gaya unik pemiliknya.

Tang Mengying mengambil dua gelas berisi wain dan berjalan ke arah Li Sicheng. Dia berbisik perlahan di hadapan wajah lelaki itu, "Minum ini dan aku akan bawa kau jumpa dia. Setuju?"

Li Sicheng memandang perempuan itu dengan curiga.

"Kau tak percayakan aku?" Tangan Tang Mengying bergerak ke belakang lelaki itu. 

Riak wajah Li Sicheng menjadi tegang dan penuh amaran. "Berambus."

Tang Mengying berkata acuh tidak acuh, "Aku sedang tolong longgarkan ikatan kau. Berambus? Aku boleh buat kau terseksa bila-bila masa saja. Kau nak cuba?" Tang Mengying menarik tali yang mengikat Li Sicheng dengan kuat dan melonggarkan ikatan itu.

Li Sicheng berasa agak curiga. Apa yang perempuan ini cuba lakukan?

Tang Mengying mendekati wajah Li Sicheng dan berbisik, "Sejak beberapa tahun lalu, kau dah kumpul banyak bukti jenayah Syarikat Bo, bukan?"

Li Sicheng terkejut mendengar kata-kata itu dan jantungnya terus berdegup kencang.

Riak wajahnya sedikit berubah, tetapi dia berpura-pura tenang dan menjeling Tang Mengying lalu berkata, "Apa?"

"Sejak bertahun-tahun yang lalu lagi, kau ingat aku tak tahu?" Tang Mengying memegang gelas wainnya sambil tersenyum. Dia duduk di sofa berhadapan Li Sicheng sambil memandang lelaki itu. "Kau perisik polis, bukan? Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, maklumat kewangan Syarikat Bo telah bocor. Polis dah kumpul banyak bukti tetapi kau rahsiakannya daripada aku!"

"Apa maksud kau?"

"Kau menyelinap ke dalam Syarikat Bo melalui TL, kau kumpul semua rekod transaksi dan bil mereka kemudian hantarnya secara diam-diam kepada polis. Tapi aku tak tahu bagaimana kau lakukannya. Kau dah dikurung selama empat tahun, lumpuh selama setahun lebih dan dah dua tahun kau ambil dadah. Macam mana kau lakukannya?" Tang Mengying meletakkan gelas wain itu di hadapan Li Sicheng dan ketawa kecil. "Sebelum ni aku tak faham. Tapi sekarang aku dah sedar. Kau ada rakan subahat, bukan?"

Li Sicheng merenung Tang Mengying dengan dingin tanpa menunjukkan sebarang emosi.

"Siapa rakan subahat kau?" tanya Tang Mengying dengan lembut.

Mata Li Sicheng jelas menunjukkan sindiran. "Kenapa kau yakin aku yang lakukannya?"

"Tak ada sesiapa yang ada motif atau sebijak itu selain kau." Tang Mengying tersenyum dan menggoyang wain di dalam gelas itu dengan lembut. "Walaupun aku bencikan kau sekarang, tapi aku pernah cintakan kau. Li Sicheng, aku sangat kenal diri kau. Kau memang hebat, tapi kalau kau tak ada rakan subahat, kau tak akan dapat lakukannya. Kalau kau beritahu aku siapa rakan subahat kau, aku akan biarkan kau pulang kepada keluarga kau. Setuju?"