Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 624 - L Membuat Pengakuan

Chapter 624 - L Membuat Pengakuan

Satu hantaran Weibo mengejutkan ramai orang termasuk mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan. Dalam masa kurang satu jam, hantaran itu telah menjadi tular. Pelbagai jenis komen berbentuk kejian, pujian, cemburu, kritikan dan juga pertanyaan mencecah sehingga 80,000 komen.

Ia hanya satu hantaran ringkas dengan dua patah perkataan, satu emoji dan sekeping gambar. Gambar itu menunjukkan satu laluan yang bercahaya bersama barisan gambar di kiri dan kanannya. Laluan itu dilitupi dengan kelopak bunga ros yang cantik. Di tengah-tengah gambar itu, kelihatan sejambak bunga ros bersama sebentuk cincin. Kemudian di tepinya kelihatan wajah lembut dan cantik Su Qianci yang tersenyum nipis. Di sebelah Su Qianci pula, kelihatan seorang lelaki. Walaupun wajah lelaki itu hanya separuh kelihatan, tetapi itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan dia amat kacak dan membuatkan ramai wanita menjerit teruja. Orang-orang yang mengenali lelaki itu terus dapat mengecamnya.

[Su Qianci]: Doakan saya (emoji senyum)

Bahagian komen hantaran itu menjadi huru-hara. Netizen men'tag' rakan-rakan mereka dan Su Qianci menerima beribu-ribu mesej yang dihantar secara peribadi.

[Mak kamu masak bibibi]: Tak mungkin! Baru haritu dia meraung kesedihan di taman tema. Sekarang dia dah ada teman lelaki? 

[Lelaki Kacak]: Saya gembira untuk kamu si cantik. Dah empat tahun. Anak-anak kamu perlukan seorang ayah (emoji hati) (emoji hati)

[YaoComel]: Kamu patut lakukan ini awal-awal lagi! Saya gembira kamu dah dapat lepaskannya. Encik Li juga pasti gembira lihat kamu dari sana (emoji bunga)

[Bahagia888880: Bidadariku, kamu sangat cantik! Siapa lelaki itu? Separuh muka saja dah cukup buat saya terpukau! (emoji nakal) 

[Wanita_cantik_dan_seksi]: Tak cukup tangan, bukan? Menguruskan syarikat sebesar itu pasti menyeronokkan. Sekarang kamu ada lelaki comel pula di sisi. Tabik! (emoji ibu jari diangkat)

*****

Pelbagai jenis komen diterimanya. Su Qianci hanya membacanya sekali imbas, kemudian barbaring di atas katilnya sambil merenung siling. Tiba-tiba telefonnya berdering. Panggilan daripada Li Jinnan.

"Lu Yihan?

"Ya."

Li Jinnan terdiam seketika sebelum bertanya, "Kamu suka dia?"

Su Qianci terkaku dengan telefon di telinganya dan tidak menjawab.

"Kakak ipar, kamu tak boleh berkahwin dengan dia," nada Li Jinnan kedengaran tegas.

"Kenapa?"

"Sebab abang saya masih hidup. Dia belum mati."

Su Qianci merasakan jantungnya seakan direntap. Hatinya terasa pedih secara tiba-tiba. "Saya tahu."

"Tapi kamu masih terima lamarannya?"

"Saya mahu cuba," Su Qianci menjawab. "Jika dia dapat tahu berita ini, adakah dia akan kembali untuk hentikannya? Kalau dia kisah, pasti dia akan kembali, bukan?"

Li Jinnan diam seketika, kemudian bertanya, "Kamu dah baca mesej WeChat yang saya hantar?"

"Belum… Saya akan bacanya sekarang." Su Qianci meletakkan telefonnya dalam mod pembesar suara dan membuka WeChat. Dia melihat beberapa mesej yang telah dihantar oleh Li Jinnan. Mesej-mesej daripada orang lain juga masih banyak yang belum dibukanya. 

Mesej pertama daripada Li Jinnan mengandungi tangkap layar satu perbualan mesej.

[Li3]: Kalau kamu boleh hantar mesej, kenapa tak pulang?

[L]: Saya selamat. Tak perlu risau.

Mata Su Qianci terbeliak dengan perasaan tidak percaya. Apa maksudnya? L mengaku? Adakah L benar-benar Li Sicheng? Jantungnya berdegup kencang. Su Qianci melihat waktu mesej itu dan ia ialah dari sebulan lepas.

Gambar kedua ialah satu gambar pintu pagar sebuah vila. Satu kereta BMW berwarna merah diparkir di hadapan pagar itu. Tang Qing tersenyum sambil membuka pintu kereta itu sambil membawa telefon di tangannya. Tidak syak lagi, vila itu kepunyaan Tang Mengying.

Dalam gambar ketiga, kelihatan dua barisan pengawal peribadi yang memakai serba hitam sedang mengawal satu pagar besi. Di sebelah pagar besi itu, kelihatan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30 atau 40-an sedang bermain dengan telefon bimbitnya.