Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 610 - Saya Dah Tak Mampu. Boleh Kamu Kembali?

Chapter 610 - Saya Dah Tak Mampu. Boleh Kamu Kembali?

Su Qianci berjalan mengikuti mereka dan sekejap-sekejap menoleh ke belakang. Namun lelaki itu tetap tidak muncul. Selepas membawa anak-anaknya makan, Su Qianci balik ke rumah. Dia mandi dan menyalin pakaian sebelum merebahkan dirinya ke atas katil. Notifikasi daripada Weibo tidak henti-henti masuk ke telefon bimbitnya. Su Qianci membukanya dan melihat ribuan komen netizen yang cuba memberikannya semangat. Setiap komen itu adalah tentang insiden di taman tema tadi.

Gambar yang tersebar amat jelas, setiap satunya menunjukkan riak wajah dan susuk tubuh Li Sicheng. Tetapi dalam semua gambar itu, Li Sicheng sudah tidak kelihatan seperti dirinya yang dahulu. Lelaki itu membuat penyamaran yang sangat hebat. Malah Su Qianci sendiri tidak mengenalinya ketika dua pertemuan mereka sebelum ini.

Seorang penulis blog turut membuat tajuk yang menarik minat orang ramai: "Isteri Bekas Presiden Syarikat Li - Presiden LS Sekarang Iaitu Su Qianci Memanggil Nama Arwah Suaminya Di Taman Tema Sambil Menangis."

Dalam masa tiga jam sahaja, hantaran itu telah mendapat 30 000 komen dan 100 000 tanda suka.

Su Qianci melihat gambar di mana dia sedang terduduk di atas tanah sambil menangis. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum, tetapi air matanya kembali berlinangan. Nampaknya dia benar-benar kelihatan teruk tadi. Tetapi dalam keadaannya begitu juga, Li Sicheng masih tidak muncul. Adakah lelaki itu benar-benar tidak mahu menghiraukan mereka? Kenapa sejak empat tahun lalu langsung tiada berita tentangnya dan mengapa dia menghilangkan diri sebegitu pantas setelah muncul seketika? Adakah ia kerana… dia kini menghisap dadah? Adakah itu sebabnya dia tidak berani berhadapan dengan mereka? Ya, dia kini ketahigan dadah. Tang Mengying telah menyeksanya selama bertahun-tahun. Bagaimana dia boleh melarikan diri? 

Su Qianci tiba-tiba merasakan satu idea menjengah fikirannya. Ya, mana mungkin seorang lelaki yang bermaruah tinggi seperti Li Sicheng mahu kembali dalam imej penagih dadah? Apa yang lelaki itu mahu lakukan? Dia sedang bersembunyi, jadi pasti ada sebabnya, bukan?

Su Qianci bangun dari katilnya dan merenung ke luar tingkap. Sinaran mentari petang masuk menembusi tingkap yang putih bersih itu dan membiaskan cahaya keorengan di atas lantai. Hati Su Qianci berdegup kencang dan pada masa yang sama terasa pedih. Li Sicheng sedang bersembunyi. Dia sedang cuba memulihkan dirinya sendiri? Ya, ada kemungkinan. Sangat tidak mustahil!

Tidak… tidak. Macam mana penagih dadah masih boleh sekuat dan selincah itu?

Su Qianci telah belajar teknik berlawan daripada Li Jinnan selama lebih tiga tahun dan telah berjaya menguasai 10 hingga 20 peratus daripadanya. Itu sudah cukup untuknya menewaskan penjahat biasa. Tetapi ketika berlawan dengan suaminya, dia gagal untuk menewaskannya. Mereka sudah berlawan sebanyak dua kali dan Su Qianci pasti teknik berlawan Li Sicheng sehandal Li Jinnan. Dengan kekuatan, kemahiran dan perwatakan itu, benarkah Li Sicheng sedang ketagihan dadah? Tetapi dia mendengar perkara itu dengan jelas melalui alat pendengar yang dipasangnya pada Tang Mengying. Jeritan, kesakitan dan rintihan Li Sicheng… tumbukan yang diterimanya… dan ketawa kejam dan menggila Tang Mengying. Semua itu sangat jelas. Tapi apa sebenarnya yang sedang berlaku…

Fikirannya terasa berserabut dan telinganya berdengung. Air matanya masih mengalir ketika dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mencari gambarnya bersama anak-anaknya. Setelah meletakkan emoji pada wajah anak-anaknya, dia meletakkan gambar itu di akaun Weibonya.

Su Qianci menulis: Saya dah tak mampu. Boleh kamu kembali?

Related Books

Popular novel hashtag