Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 584 - Penagih di Tingkat Bawah Tanah

Chapter 584 - Penagih di Tingkat Bawah Tanah

Tang Mengying masuk ke dalam jeriji besi itu lalu mencampakkan beg tangannya ke lantai. Sebaik sahaja masuk, hatinya berasa sudah tidak sabar untuk menyerahkan dirinya kepada Li Sicheng. Dia bertanya, "Kamu mahukannya? Apa yang kamu mahu? Beritahu saya, merayu kepada saya."

"Pergi!" Li Sicheng menjerit lalu menolak Tang Mengying dengan kasar malah menendang dada perempuan itu sehingga Tang Mengying tercampak ke sudut jeriji besi itu.

Tang Mengying menjerit ketika tercampak ke lantai. Pengawal peribadi yang telah masuk bersamanya terkejut dan segera membantu Tang Mengying bangun. Walau bagaimanapun, dia juga berasa marah pada masa yang sama. Dia terus mengangkat Li Sicheng lalu mencampakkan lelaki itu ke lantai dan memijak perutnya. Li Sicheng terus menggeletar dan memegang kaki pengawal peribadi itu.

Pengawal peribadi itu membongkok dan terus menumbuk wajah Li Sicheng dengan kuat sambil menjerit, "Sial, kau cuma penagih dadah. Berhenti berlagak seolah-olah kau lebih baik daripada kami!"

Li Sicheng menjerit kesakitan. Darah terus mengalir dari sudut bibirnya. Dia hanya mampu memegang tangan pengawal peribadi itu tanpa dapat mempertahankan dirinya.

"Berhenti!" jerit Tang Mengying. "Kalau kau bunuh dia, siapa akan uruskan perniagaan kita?"

Pengawal peribadi itu terus berhenti memukul. Dia mengangkat Li Sicheng dan melempar lelaki itu ke satu sudut. Li Sicheng tercampak ke lantai dengan kuat lalu mengerang kesakitan.

*****

Su Qianci sedang mendengar semua itu dan air matanya terus mengalir tanpa henti. Segala yang didengarinya seakan berjuta panah yang menusuk hatinya berkali-kali.

"Cukup! Jangan pukul dia…" Su Qianci mengerekot di hujung katilnya sambil menggenggam selimutnya dengan kuat. "Mana mungkin… Jangan lakukannya…"

Telefon polis… Betul, polis!"

Dia telah tahu lokasi Tang Mengying, jadi dia boleh menghubungi polis untuk menangkap perempuan itu!

Su Qianci terus mencari telefon bimbitnya. Sebaik memegang telefon itu, dia menyedari tangannya menggeletar dengan amat kuat dan tidak dapat dikawal. Takut, terdesak, marah. Segala jenis perasaan bercampur-baur dalam dirinya. Su Qianci berasa sangat buntu.

Tetapi jika dia menghubungi polis, Li Sicheng akan ditahan sebagai penagih dadah. Adakah suaminya itu akan turut disumbat ke dalam penjara? Mana mungkin seseorang seperti Li Sicheng boleh menerima perkara itu? Mana mungkin Li Sicheng sanggup dipenjarakan? Tetapi jika dia tidak menghubungi polis, bermakna dia akan terus membiarkan mereka menyeksa suaminya?

Apa yang patut dilakukan… Fikiran Su Qianci terasa amat bercelaru. Dia merenung tiga nombor yang telah ditekannya dan akhirnya tidak membuat panggilan itu.

*****

Tubuh dan wajah Li Sicheng berlumuran darah dan kelihatan teruk.

Tang Mengying memandangnya sambil mendengus sinis lalu menoleh ke arah Jing Sao. "Dadah."

Jing Sao mengeluarkan satu plastik lutsinar dengan serbuk putih di dalamnya dari poketnya. Tang Mengying melihat sekilas benda itu lalu berkata kepada pengawal peribadinya, "Letak dia ke bawah. Aku akan suapkan dia dadah ini dengan baik."

Pengawal peribadi itu tersenyum kejam. Dia mengangkat Li Sicheng lalu membaringkannya ke lantai dan membuka mulut lelaki itu dengan paksa.

Tang Mengying membuka plastik itu lalu mencurahkan serbuk putih di dalamnya ke mulut Li Sicheng.

Li Sicheng bergelut sambil menendang-nendang kakinya, tetapi dia terus menelan serbuk putih itu. Kemudian dia merampas plastik itu dari tangan Tang Mengying lalu mencurahkan kesemua serbuk putih tersebut ke dalam mulutnya. Sebaik sahaja ia habis, Li Sicheng masih mahukannya dan menjadi sangat agresif. Dia kini kelihatan seperti seseorang yang lain daripada lelaki yang dipukul tadi.

Related Books

Popular novel hashtag