Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 585 - Gula dan Tepung

Chapter 585 - Gula dan Tepung

Tang mengying ketawa dengan bangga. Suaranya kedengaran menggila dan kejam. "Li Sicheng, kau tahu macam mana rupa kau sekarang?"

Li Sicheng tidak mengendahkan kata-kata perempuan itu. Dia terus mencurahkan saki baki serbuk putih itu dan menelannya dengan rakus. Dia mahukannya lagi, lagi! Setelah tiada apa lagi yang tinggal dari plastik lutsinar itu, Li Sicheng bersandar pada dinding dengan mata yang separuh tertutup dan tubuhnya menggeletar dalam keasyikan.

Tang Mengying ketawa semakin kuat melihat keadaan Li Sicheng ketika itu. Dia berdiri di sebelah Li Sicheng dan tunduk memandang lelaki itu. "Kau macam anjing, anjing mati yang boleh dipijak oleh sesiapa sahaja! Kau tahu siapa yang aku jumpa hari ini? Presiden Su kau. Wanita hebat. Membesarkan dua orang anak dan menguruskan syarikat besar dengan sangat baik dan selama bertahun-tahun langsung tidak tertarik kepada lelaki lain."

Li Sicheng mendengar kata-kata itu tanpa membuka matanya dan tersenyum dingin.

Tang Mengying tersenyum lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan satu gambar kepada Li Sicheng. Dalam gambar itu, Su Qianci memakai baju berwarna hijau tua yang menampakkan dirinya segar. Su Qianci berdiri bersama Shuang Yu di sebelahnya dan kelihatan elegan dan cantik.

Li Sicheng langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila melihat gambar itu.

"Hei, kenapa dengan kau? Tak nak tengok isteri kau? Okey tak apa, macam mana dengan ini?"

Tang Mengying menunjukkan satu gambar lain. Gambar itu menunjukkan dua kanak-kanak yang kelihatan bijak dan comel, terutama kanak-kanak perempuan itu yang memakai baju puteri berwarna merah jambu. Wajahnya amat mirip dengan Su Qianci. Kanak-kanak perempuan itu sedang memandang kanak-kanak lelaki di sebelahnya dengan agak marah tetapi amat comel. Itu anak perempuannya. Anak perempuannya dan Su Qianci yang sangat cantik.

Riak wajah Li Sicheng bertukar sedikit lembut, tetapi dia segera memalingkan wajahnya. "Apa gunanya? Kau dah kurung aku di sini. Apa bezanya keadaan aku sekarang dengan kematian?"

"Tak, masih ada perbezaan. Syarikat kita masih bergantung kepada kau, Li Sicheng." Tang Mengying tersenyum dan mengeluarkan dokumen-dokumen yang dibawanya. "TL, Tang dan Li, nama keluarga kita. Kamu dah lupa? Uruskan semua dokumen ini supaya kau boleh dapat dadah kau esok."

Tang Mengying mencampakkan kesemua dokumen itu ke arah Li Sicheng. Ketika menuju ke pintu keluar, dia tiba-tiba teringat sesuatu lalu berkata, "Oh, ya. Hari ini aku tandatangan kontrak denga Su Qianci. Syarikat TL kau secara rasminya bekerjasama dengan Syarikat LS kau. Gembira tak? Hahaha… Jing Sao, bawa laptop itu ke sini!"

Jing Sao tida berkata apa-apa dan mengambil laptop lalu meletakkannya ke atas lantai jeriji besi itu.

"Aku akan biarkan lampu terbuka. Bila dia selesai, bawa dokumen-dokumen itu kepada aku. Jangan lupa ambil laptop itu kembali."

"Baik Cik Tang."

Tang Mengying menjeling Li Sicheng dengan dingin, kemudian mengambil beg tangannya lalu berjalan keluar bersama pengawal peribadinya. Jing Sao kekal di dalam sambil memerhatikan mereka pergi, kemudian mengunci pintu dari dalam.

"Encik Li, sila jadi budak baik. Jangan menyusahkan saya." Jing Sao meninggikan suaranya supaya Tang Mengying dapat mendengar dengan jelas dari luar.

Tang mengying ketawa sinis lalu berkata kepada pengawal peribadinya, "Arahkan bahagian kewangan untuk naikkan gaji Jing Sao sebanyak tiga kali ganda."

"Baik."

...

Sebaik mendengar tapak kasut tumit tinggi Tang mengying sudah jauh, Li Sicheng mengorek mulutnya dan kelihatan seperti hampir muntah. "Apa pula kali ini? Rasanya sangat teruk!" Li Sicheng berkata dengan jengkel tetapi masih memperlahankan suaranya.

Jing Sao melihat keadaan di luar sebelum kembali dan berbisik, "Gula dan tepung!"

Related Books

Popular novel hashtag