Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 563 - Pasti Ada Kaitan dengan Kejadian Lebih Tiga Tahun Lalu

Chapter 563 - Pasti Ada Kaitan dengan Kejadian Lebih Tiga Tahun Lalu

Sebaik menyedari arah mata Su Qianci, Tang Qiang segera menarik tangannya kembali. "Saya harap kita berpeluang bekerjasama di masa hadapan. Minta diri."

Su Qianci mengangguk dan melihat Tang Qing pergi sebelum duduk. Dia berbisik kepada Li Jinnan, "Wanita itu ada parut di lengannya dan ia kelihatan seperti parut dari tiga atau empat tahun lalu."

Li Jinnan mengangkat keningnya dan mengangguk dengan ekspresi yang tidak berubah. Tanpa memandang Su Qianci, dia bertanya, "Apa yang kamu syak?"

"Ingat apa yang kita bincang semalam?"

Li Jinnan tidak menjawab soalan itu sebaliknya mula memikirkan tentangnya. Su Qianci yang amat mengenali perangai Li Jinnan berpaling ke hadapan dan mendengar pengacara memulakan majlis. Kemudian dia menoleh ke arah lelaki yang memperkenalkan Tang Qing tadi dan bertanya, "Bila syarikat TL bermula?"

Lelaki itu tidak menyangka Su Qianci akan sangat berminat dengan syarikat itu. Dia sangat teruja untuk menceritakan segala yang diketahuinya. "Kira-kira tiga tahun lepas. Pengasas syarikat itu ialah adik lelaki Tang Qing yang mempunyai jawatan lebih tinggi daripadanya. Tapi adik lelakinya itu tak pernah muncul dan tak menonjolkan diri di mana-mana. TL berkembang dengan cepat sejak tiga tahun lalu. Saya tak sangka mereka akan muncul di sini, tapi saya pasti mereka hanya datang untuk membuat tinjauan. Setakat yang saya tahu, syarikat mereka belum mampu untuk membida daerah ini, tak seperti LS. Saya tak rasa bidaan ini sesuai untuk mereka."

Tiga tahun. Hanya dalam masa tiga tahun, syarikat itu berjaya berkembang sebegitu pantas? Di Kingstown mahupun seluruh negara, selain Li Sicheng, Su Qianci tidak pernah melihat sesiapa yang mampu mengembangkan syarikat kecil menjadi sebesar itu dalam hanya tiga tahun. Mustahil ada begitu ramai genius di Kingstown?

Parut pada lengan Tang Qing, orang yang berada di belakangnya…

Jantung Su Qianci tiba-tiba berdegup kencang. Benarkah tekaannya?

Kelihatan Tang Qing berkata sesuatu kepada orang di sebelahnya, kemudian bangun dan berjalan ke pintu dewan itu.

Su Qianci terus mendengar penceritaan lelaki itu, tetapi sebaik melihat Tang Qing keluar, dia tidak dapat menahan dirinya. Dia tersenyum kepada lelaki di sebelahnya itu dan berkata, "Saya nak ke bilik air sekejap."

Lelaki itu kelihatan sedikit kebingungan. Pipinya bertukar kemerahan dan dia menjawab, "Baik."

Su Qianci mengambil telefon bimbitnya lalu mengekori Tang Qing keluar dari dewan itu. Tang Qing sedang berbual di telefon dan membelok ke satu sudut yang sunyi di hotel itu. Dari belakang, bentuk tubuhnya kelihatan sangat menawan. Su Qianci mengekorinya perlahan-lahan tanpa disedari Tang Qing lalu mencuri dengar perbualan telefonnya.

Langkahan kaki Tang Qing amat perlahan. Suaranya kedengaran gementar. "Apa dah berlaku? Bukan aku dah suruh kau jangan biarkan dia lari? Cepat tangkap dia kembali dan berikan dia dadah itu!"

Itu bukan suara Tang Mengying. Nadanya lebih lembut daripada Tang Mengying dan membuatkan bulu roma Su Qianci meremang.

Walau bagaimanapun, gerak hati Su Qianci merasakan sesuatu yang sukar dijelaskan. Wanita ini pasti ada kaitan dengan kejadian lebih tiga tahun lalu! 

Penubuhan TL juga berbetulan dengan kejadian itu. Adakah ia hanya kebetulan?

TL, T, L ...

Tang?

Li?

Adik lelaki yang dikatakan… mungkinkah dia ialah Li Sicheng? Mungkinkah dia… ialah suami yang telah dirinduinya selama bertahun-tahun? Jantung Su Qianci terus berdegup kencang dan telinganya terus dipasang. Namun suara Tang Qing semakin perlahan dan wanita itu tiba-tiba berhenti berjalan. Su Qianci terkejut dan segera mahu menyembunyikan diri, tetapi tiba-tiba satu tangan yang kasar menutup mulutnya dan menariknya ke belakang…

Related Books

Popular novel hashtag