Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 564 - Jangan Biarkan Saya Tangkap Kamu Lain Kali, Kalau Tidak…

Chapter 564 - Jangan Biarkan Saya Tangkap Kamu Lain Kali, Kalau Tidak…

Tang Qing berpaling ke belakang, tetapi tidak melihat sesiapa di situ. Dahinya berkerut. "Bayangan sajakah?" Dia baru sahaja merasakan seperti seseorang sedang mengekorinya!

Kedengaran suara yang menggesa melalui telefonnya, "Apa? Cik Tang, apa patut kita buat sekarang? Kesan dadah itu hampir hilang. Bagaimana kalau dia lari dan ditangkap?"

Tang Qing kelihatan gelisah dan berkata, "Jangan risau, cari di tempat-tempat yang berkemungkinan dia akan pergi, terutama jalan keluar. Dah bertahun-tahun dia gagal melarikan diri, jadi dia tidak mungkin sudah pergi jauh. Kamu harus tangkap dia."

"Baiklah…"

Sebaik panggilan ditamatkan, Tang Qing terus berpaling ke belakang. Namun dia masih merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perasaannya semakin kuat ketika melintasi sebuah bilik. Dia cuba mengetuk pintu bilik itu. Tiada jawapan. Seorang pelayan yang membawa wain datang dan melihat Tang Qing berlegar-legar di hadapan pintu itu lalu bertanya, "Hai, boleh saya bantu Cik?"

Tang Qing hanya memberi senyuman nipis dan menggeleng sebelum beredar dari situ.

Su Qianci menarik nafas lega sebaik suara di luar bilik itu sudah tiada. Tubuhnya terasa hampir terkulai. Tetapi tiba-tiba dia menyedari situasi bahaya yang sedang dihadapinya lalu melayangkan penumbuk ke arah lelaki yang menariknya. Namun tumbukannya dapat ditangkap oleh tangan besar lelaki itu.

Lampu tidak terbuka di bilik itu dan keadaan sangat gelap. Su Qianci bergelut tetapi lelaki itu tidak melepaskan tangannya. Sebaliknya dia menarik Su Qianci dan terus memeluk pinggangnya. Su Qianci serta-merta panik lalu bergelut lebih kuat. Kemudian dia membuka mulutnya dan menggigit lengan lelaki itu. Sebaik lelaki itu melepaskannya, Su Qianci terus menjerit dengan kuat, "Tolong, tolong… Ahh!"

Tubuhnya dihempas ke atas katil ketika dia sedang menjerit. Dalam kegelapan itu, hanya bunyi nafasnya dan nafas lelaki itu yang menderu kencang kedengaran. Su Qianci terkejut dan menjerit lagi, Tolong!!"

Tetapi lelaki yang kini menindihnya jelas tidak mahu memberinya peluang untuk menjerit lagi. Lelaki itu memegang dagunya dan terus mencium bibirnya. Air mata Su Qianci tumpah ketika dia berasa semakin panik. Adakah dia terlepas dari mulut buaya tetapi termasuk ke mulut harimau? Dia terus bergelut dengan kuat sebelum menggigit bibir lelaki itu. Kedua-dua mereka dapat merasai darah yang keluar dari bibir lelaki itu.

Lelaki yang menindihnya ketawa kecil. Dia mengunci pergerakan Su Qianci dengan lututnya dan berbisik dengan nada kejam, "Kan saya dah cakap, kelakuan kamu ini hanya akan menyebabkan lelaki semakin mahu memiliki kamu, Presiden Su."

Ini penyangak tempoh hari! Su Qianci semakin panik kerana tahu kehebatan berlawan lelaki ini tidak kurang hebatnya daripada Li Jinnan. Dia telah belajar berlawan daripada Li Jinnan selama beberapa tahun, tetapi tidak pernah berjaya menewaskan adik iparnya itu. Maka sudah pastilah lelaki ini juga sukar untuk ditewaskan. 

Dia tahu dia bukan saingan lelaki ini sejak di tempat letak kereta tempoh hari. Adakah ini bermakna hari ini dia akan…

Memikirkan kemungkinan yang buruk, Su Qianci bergelut sambil menangis, "Kamu tak boleh buat saya begini. Kamu mahu wang? Berapa kamu mahu? Cuma jangan…"

"Tidak. 10 juta itu saya belum gunakan lagi," kata lelaki itu dengan suara rendah, jelas cuba menyembunyikan suara sebenarnya. "Saya masih ada sesuatu untuk dilakukan hari ini. Jangan biarkan saya tangkap kamu lagi lain kali, kalau tidak…"

Related Books

Popular novel hashtag