Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 547 - Saya akan Cari Perempuan Seperti Mama

Chapter 547 - Saya akan Cari Perempuan Seperti Mama

Cheng You meletakkan pam susu itu pada payudaranya. Dia berasa lega apabila melihat susu keluar. Selepas seketika, dia berjaya mengumpul separuh botol lalu Su Qianci menyuapkannya kepada bayi itu. Anak Cheng You akhirnya berhenti menangis. Dengan wajah yang kemerahan dan tangan yang menggenggam penumbuk kecil, bayi itu menghisap susu dari botol itu dengan laju.

"Mak Ayah kamu cakap mereka akan datang, bukan? Mana Rong Rui? Ke mana dia pergi, tinggalkan kamu seorang diri di sini."

"Mereka belum sampai. Malam semalam selepas air ketuban saya pecah, Rong Rui terus telefon mereka. Dia pergi belikan saya makanan dan belum kembali."

Su Qianci tersenyum melihat bayi kecil itu. "Nampaknya dia sihat. Pamlah lagi."

Selepas botol itu ditarik dari mulutnya, bayi itu mendengus tetapi tidak menangis. Matanya separuh terbuka dan tangan kecilnya bergerak-gerak sedikit. Sangat comel.

Su Qianci mengusik bayi itu dan berkata, "Cantiknya awak. Kahwin dengan Dasu saya ya nanti."

"Dasu kamu sangat memilih. Saya pernah tanya, dia suka perempuan macam mana dan ada tak budak perempuan yang dia suka di tadika. Kamu boleh teka apa yang dia jawab?"

"Apa?" Su Qianci tidak berhenti tersenyum apabila teringatkan anaknya.

"Dia cakap, "Budak perempuan? Ersu seorang sudah cukup menjengkelkan. Saya akan cari perempuan seperti Mama."

Shuang Yu turut ketawa mendengar cerita itu.

Su Qianci baru sahaja hendak berkata sesuatu ketika pintu wad itu dibuka.

Rong Rui berjalan masuk sambil membawa satu kotak makanan dan terkejut melihat Su Qianci. "Macam mana kamu boleh ada di sini? Di syarikat tak sibukkah hari ini?"

"Sibuk, tapi saya serahkan semuanya kepada Li Jinnan. Sekarang saya nak pergi jemput anak-anak saya dari tadika." Su Qianci melihat jam tangannya. "Okey, mereka dah nak balik. Saya perlu pergi sekarang. Nah anak kamu."

Rong Rui mengambil bayi itu dengan berhati-hati. Dia memegang anaknya dengan perasaan takut akan menjatuhkan bayi itu. Tetapi senyuman pada wajahnya tidak dapat disembunyikan. Malah ia kelihatan sedikit lucu.

Sebaik melihat perlakuan Rong Rui, Su Qianci tidak dapat mengelak daripada teringat perlakuan Li Sicheng sewaktu lelaki itu baru mengetahui dia sedang mengandung anak kembar. Su Qianci masih mengingati riak wajah Li Sicheng waktu itu. Matanya berubah suram. Perasaan cemburu dapat dilihat dalam matanya dan dia melambai kepada Cheng You. "Saya pergi dulu."

"Hati-hati."

*****

Tadika Little Sun.

Kelihatan beberapa orang kanak-kanak berlari-lari di dalam taman kecil berwarna-warni itu. Beberapa orang kanak-kanak tiga hingga empat tahun bermain di dalam kolam pasir. Salah seorang daripada mereka yang memakai skirt ala puteri berwarna merah jambu sedang duduk di dalam kolam pasir itu dengan kaki kecilnya yang tidak berkasut. Matanya besar dan berbentuk badam, bulu matanya lebat dan bibir merah jambunya sangat cantik. Wajahnya bertompokan dengan pasir dan rambutnya diikat tocang. Beberapa urat rambut coklat cerahnya itu terlalu pendek untuk diikat dan berterbangan ditiup angin. Dia sedang menyuakan sudu ke mulut anak patungnya sambil berkata dengan nada keibuan yang lembut, "Mari Mama suapkan kamu, ah~~."

Seorang guru muda datang dan memanggil, "Li Jianqian, Li Jianyue, seseorang datang jemput kamu berdua!"

"Ah, Mama dah sampai!" Suara gadis kecil itu kedengaran lembut dan lunak.

Related Books

Popular novel hashtag