Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 539 - Mengambil Alih Syarikat Li

Chapter 539 - Mengambil Alih Syarikat Li

Pelan bidaan itu dibuat oleh Liu Changqing. Su Qianci masih mengingati nama pekerja itu. Pada kehidupan lalu, Li Sicheng jelas amat menghargai lelaki ini. Su Qianci pernah mendengar Liu Changqing adalah seorang lelaki baik yang sangat menyayangi isteri dan anaknya.

Walau bagaimanapun, oleh kerana terlalu jujur dan tidak terlibat dengan sebarang perkara tidak senonoh, Liu Changqing tidak begitu popular di syarikat itu. Walaupun sudah agak lama bekerja di situ, dia masih tidak dinaikkan pangkat selama empat ke lima tahun. Pada kehidupan lalu Su Qianci, Liu Changing telah dikritik oleh para pemegang saham disebabkan satu projek pembangunan tanah. Namun pelannya kemudian diterima oleh Li Sicheng dan dia dijadikan pengarah projek. 

Di bawah kawalan ketatnya, keseluruhan projek itu mencapai kejayaan yang cemerlang dan menjadi faktor penting yang menaikkan kembali nama Syarikat Li ke puncak. Lelaki itu, sekarang… Su Qianci menggunakan telefon di atas meja itu dan memanggil seorang setiausaha masuk. Sebaik melihat Su Qianci meneliti dokumen-dokumen itu dengan serius, setiausaha itu memandangnya dengan pandangan menghina. Walaupun ia cuba disembunyikan, ia masih jelas kelihatan.

Su Qianci tahu apa yang difikirkan setiausaha itu tetapi tidak mengambil kisah tentangnya. Dia terus bertanya tentang Liu Changqing. Seperti dijangka, ia masih lebih kurang sama seperti maklumat yang diingatinya. Jawatan Liu Changing sekarang ialan pengarah jabatan pembangunan.

"Tolong panggil dia ke sini."

"Okey."

Setiausaha itu keluar dan menutup pintu. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki yang sedikit gemuk masuh ke bilik pejabat itu. Lelaki itu kelihatan berumur awal 30-an dan tampak jujur. Sebaik melihat Su Qianci, dia jelas agak terpegun dengan kecantikan Su Qianci dan berasa agak janggal. "Ada apa Puan panggil saya?" Wajah Liu Chengqing sedikit kemerahan. Dia menundukkan kepala dan tidak berani memandang Su Qianci,

"Pelan ini kamu yang buat?" Su Qianci meletakkannya di atas meja.

Liu Chengqing membelek beberapa halaman dokumen itu sebelum mengangguk dengan wajah kemerahan.

"Bandar Baru Xiang Xie ada banyak tanah dan kamu pilih tanah ini. Ia bukan sahaja mempunyai ramai penduduk yang tak mahu berpindah, malah harganya juga agak tidak masuk akal untuk bangunan gaya Eropah. Kenapa kamu mahu bida tanah ini?"

Liu Chengqing berasa gementar sebaik mendengar soalan itu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan berkata dengan tergagap-gagap, "Saya…"

"Tak apa. Saya sangat berminat dengan projek kamu. Beritahu saja apa yang ada dalam fikiran kamu."

Liu Changqing kelihatan malu dan menggumam, "Saya rasa… ini mungkin satu peluang, gaya Eropah… kelab hiburan ada di sini, tapi… disebabkan beberapa larangan di tanah ini, banyak perkara yang tak sempurna. Saya rasa… kita boleh…"

Mungkin disebabkan Su Qianci sedang merenungnya, Liu Changing tidak mampu bercakap dengan lancar.

Su Qianci menundukkan kepalanya sedikit dan melihat beberapa fail di hadapannya sambil mendengar.

Seperti dijangka, setelah Liu Changqing menyedari Su Qianci tidak lagi merenungnya, percakapannya menjadi lebih lancar dan pantas.

Kemudian Liu Changqing menjadi agak teruja sehingga suaranya bertambah kuat. Dia berkata, "Saya rasa pelan saya sangat tidak mustahil untuk dilaksanakan. Berdasarkan kajian dan pengiraan…" Suaranya kedengaran kuat dan yakin, bukan lagi Liu Changqing yang malu-malu sebentar tadi. Selepas 10 minit, Liu Changqing meletakkan tangannya di hujung meja itu dan bertanya, "Apa pendapat Puan?"

Su Qianci mendengar segala penjelasan Liu Changqing dengan teliti. Dia melihat jam dan menyedari sudah pukul 1.50 tengah hari, iaitu 10 minit sebelum bermulanya mesyuarat pemegang saham. Su Qianci menutup pennya perlahan-lahan dan memandang Liu Changqing. "Ia belum sempurna."

Related Books

Popular novel hashtag