Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 527 - Sayang, Baliklah

Chapter 527 - Sayang, Baliklah

Benarkah? Jika bukan disebabkan kandungan ini… Mata Su Qiani mula basah dan dia memegang perutnya tanpa berkata apa-apa.

"Atuk dah tua dan tak mampu kehilangan sesiapa lagi. Tolong jaga diri kamu baik-baik, atau biarkan Atuk mati sewaktu tidur…"

"Atuk," Su Qianci menyampuk dengan suara sebak. "Jangan cakap begitu."

Dia baru sahaja kehilangan Li Sicheng. Dia tidak boleh kehilangan Atuk pula. Jika Atuk tiada, dia akan benar-benar keseorangan dalam dunia ini. Atuk yang amat disayanginya dan Li Sicheng…

Kapten Li terdiam kemudian berkata lembut, "Marilah makan malam. Kawan baik kamu datang untuk jumpa kamu."

"Kawan baik saya?"

"Lelaki muda yang nama keluarganya Lu. Dia nampak baik dan sopan. Atuk ajak dia makan malam. Bila kamu keluar bilik nanti, kita akan makan bersama-sama." Kapten Li memandang Su Qianci dengan senyuman yang penuh kasih sayang. Kemudian dia bangun dan berkata, "Pergilah mandi, jangan sampai dia gelakkan kamu."

Su Qianci sedikit terkedu, kemudian mengangguk. Atuk keluar dari bilik itu dan menutup pintu. Su Qianci bangun dan menyedari dia sedang memakai baju tidur berlengan panjang. Baju itu dipilih oleh Li Sicheng untuknya. Sebaik sahaja menurunkan kakinya ke lantai, Su Qianci merasakan kesejukan pada kakinya.

Biasanya pada saat itu, akan ada sepasang tangan yang menghulurkannya selipar dan membantunya berpakaian. Lelaki itu akan mengingatkannya supaya tidak menendang selipar ke bawah katil. Mata Su Qianci kembali merah. Dia mengambil sepasang selipar di bawah katil, menyarungnya lalu berjalan ke bilik air.

Tuala, berus gigi, cawan, pencukur… Semua barang Li Sicheng masih tersusun rapi dan kemas di bilik air itu.

Su Qianci memandang barang-barang itu, kemudian terus mandi. Disebabkan sudah beberapa hari tidak cukup makan, dia berasa amat lemah. Selesai mandi, Su Qianci pergi ke bilik pakaian dan membuka almari yang dipenuhi pakaian itu. Satu pertiga adalah pakaiannya manakala hanya beberapa helai adalah pakaian Li Sicheng.

Entah sejak bila dia ada sebegitu banyak pakaian. Sewaktu awal-awal datang ke rumah lama itu, Su Qianci hanya mempunyai beberapa helai pakaian. Pakaian-pakaiannya yang berada di almari itu sekarang kesemuanya adalah untuk musim baru. Terdapat beberapa helai yang pernah dipakainya, tetapi sebahagian besarnya adalah pakaian baru. Selepas pakaian itu dibasuh, kesemuanya digantun di situ dan Su Qianci tidak pernah melihatnya.

Dia mengeluarkan sepasang baju dan skirt bercorak bunga yang dipilih Li Sicheng. Ketika memakainya, dia tidak dapat menarik zip di bahagain belakang. Su Qianci tersedar tubuhnya sudah agak gempal. Dia cuba sedaya upaya untuk menarik zip itu tetapi gagal.

Suara lelaki itu yang perlahan seakan berdengung di telinganya dengan lembut. Su Qianci memandang almari itu dan berbisik, "Sayang, tolong zipkan. Tangan saya tak sampai."

Namun tiada sebarang jawapan kedengaran. Hati Su Qianci bergetar dan kepedihan yang tiba-tiba dirasakan itu hampir membuatkannya tidak mampu bernafas. Selepas ini tiada sesiapa lagi akan membantunya menyalin pakaian. Tiada sesiapa akan membantu menarik zipnya. Tiada sesiapa akan tibat-tiba muncul apabila dia memerlukan bantuan. Tiada sesiapa akan merenungnya dengan lembut dan berbisik, "Sayang, jom balik ke rumah."

"Sayang, baliklah. Saya sangat rindukan kamu."

Related Books

Popular novel hashtag