Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 526 - Sehingga Maut Memisahkan Mereka

Chapter 526 - Sehingga Maut Memisahkan Mereka

Swan mempunyai cinta yang paling setia. Swan akan setia dengan pasangannya sehingga maut memisahkan mereka. Mata Su Qianci mula kabur. Dia tidak mahu menangis. Tiada sesiapa akan mempedulikannya. Tiada sesiapa akan menyapu air matanya. Dia tunduk dan membiarkan air matanya gugur di atas kakinya. Dia baru menyedari dia terlupa untuk memakai selipar. Lantai itu sangat sejuk…

Li Sicheng, tolong bawakan saya selipar dan urut kaki saya, macam pagi semalam, boleh?

Tiada sesiapa menjawab. Su Qianci tersenyum mengejek dirinya sendiri dan kepalanya mula terasa amat berat. Orang-orang di sekelilingnya sedang berkata-kata, tetapi dia langsung tidak mendengar apa-apa. Dia berpaling ke belakang dan berjalan menuju ke wadnya tanpa berkata apa-apa. Dia berasa amat letih.

Sayang, pegang saya, saya akan rebah…

Pandangannya semakin gelap dan tubuhnya terasa makin lemah. Langkahannya terhuyung-hayang sebelum akhirnya dia rebah ke sisi.

Sepanjang beberapa hari kemudiannya, Su Qianci sentiasa berada dalam keadaan separuh sedar. Seleranya hampir tiada. Dia perlu bergantung kepada infusi untuk mengekalkan fungsi fizikalnya. Akhirnya pada hari keempat, ia meminta untuk pulang ke rumah. Dia dibawa ke rumah lama dan terus tidur. Menjelang petang, barulah Su Qianci terjaga. Bilik itu tiada cahaya dan amat gelap.

Sebaik membuka mata, Su Qianci melihat satu susuk tubuh yang tinggi sedang berdiri di tepi katil itu. Lelaki yang memakai sut itu kelihatan menyedari dia sudah terjaga lalu memandangnya. Wajahnya kelihatan kacak dan tenang. Matanya dikecilkan sambil memandang isterinya. Su Qianci terkaku seketika dengan wajah tidak percaya.

Pandangan Li Sicheng kelihatan penuh kasih sayang. Dia mendekati Su Qianci lalu mengusap rambut isterinya itu sambil tersenyum. "Dah makin pemalas sekarang ya."

Mata Su Qianci dipenuhi air mata. Dia menghulurkan tangan untuk menyentuh lelaki itu, tetapi sebaik sahaja tangannya dihulur, susuk tubuh kacak itu terus hilang tanpa sebarang kesan. Tiada apa-apa lagi kelihatan di bawah cahaya yang samar-samar itu.

Tiada sesiapa. Tiada Li Sicheng. Tiada apa-apa.

"Sayang!" Su Qianci bangun dan menggapai tangannya pada tempat Li Sicheng kelihatan tadi, tetapi tiada apa-apa di situ.

Tiada… tiada apa-apa…

Air matanya mengalir deras bagaikan hujan. Dia memeluk selimut dan mengerekot di sudut katil itu sambil menangis. Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk, tetapi dia tidak menghiraukannya. Kepalanya diselubung ke dalam selimut dan Su Qianci kekal tidak bergerak.

Pintu itu dibuka. Kapten Li berjalan masuk dengan tongkatnya dan membuka lampu. Lampu chandelier Kristal yang mewah itu menyinari semuanya dengan cahaya kuning. Kapten Li berjalan perlahan, mengambil kerusi lalu duduk di sisi katil itu.

Menyedari itu ialah Atuk, Su Qianci akhirnya seakan bangun dari mimpi. Dia mengambil tisu lalu menyapu air matanya dan memanggil, "Atuk."

Hati Kapten Li terasa pedih melihat keadaan Su Qianci dan matanya kelihatan sedikit bergenang. Dia mengangguk dan bertanya dengan lemah lembut, "Jom makan? Atuk belum makan lagi. Orang tua tak boleh berlapar."

"Saya tak lapar," kata Su Qianci.

"Mana mungkin kamu tak lapar? Kamu tak makan sejak semalam dan tidur saja sepanjang hari ini. Kamu perlu makan sedikit. Anak kamu mesti lapar."

Su Qianci memandang perutnya yang terlindung di bawah selimut. "Sicheng dah tiada. Anak kembar kamu itu satu-satunya bukti yang dia pernah ada. Takkan kamu tak boleh pastikan mereka sihat untuk dia?"