Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 523 - Dia di Sini. Dia Masih Hidup!

Chapter 523 - Dia di Sini. Dia Masih Hidup!

Adakah kerana dia telah menipu Rong Haiyue lebih 20 tahun lalu, sekarang Rong Haiyue perlu menipunya kembali? Tidak! Rong Xuan terus berlari dengan fikiran yang bingung. Baju qipaonya diangkat ke atas. Dia telah menanggalkan kotnya supaya dapat berlari lebih pantas. Tetapi di mana Rong Haiyue? Di mana lelaki itu? Kilang terbiar itu amat besar. Kaca pecah dan paku berkarat bertaburan di atas lantai itu dan mengakibatkan kaki Rong Xuan berdarah.

Akhirnya, di belakang sana… di sebelah dalam kilang terbiar itu, dia dapat melihat dua orang sedang terbaring. Salah seorang daripada mereka yang memakai uniform polis sedang dijilat api. Rambutnya telah terbakar manakala tubuhnya sedang bergerak-gerak. Namun polis itu belum mati! Agak jauh daripada polis itu, kelihatan seorang lelaki yang tidak bergerak. Asap sedang keluar dari tubuhnya.

Air mata Rong Xuan terus gugur. Dia berlari dan memusingkan tubuh lelaki itu ke atas. Panas, sangat panas! Rong Haiyue telah hampir separuh terbakar, tetapi dia masih belum mati! Dah jumpa… akhirnya dia menjumpai lelaki itu. "Ah!" Rong Xuan mengangkat tubuh Rong Haiyue dan tidak dapat menahan tangisannya. "Rong Haiyue!"

Rong Haiyue mendengar seseorang memanggilnya dan suara itu amat dikenalinya. Bukankah itu suara wanita yang telah cuba dipikatnya selama lebih 20 tahun? Wanita itu sedang menangis sambil memanggil namanya? Rong Haiyue membuka matanya perlahan-lahan, tetapi hanya nampak bayang-bayang di dalam cahaya api yang marak itu. "Rong Xuan…"

Rong Xuan menyapu air matanya dan berkata, "Tunggu, saya akan bawa orang lain!" Dia meletakkan Rong Haiyue dengan berhati-hati, kemudian terfikir sesuatu. Dia menggunakan seluruh kekuatannya dan menarik Rong Haiyue lebih jauh dari api.

Apabila dia pergi ke sisi polis wanita itu pula, tubuh itu masih terbakar. Tetapi polis itu sudah berhenti bergerak. Darah mengalir keluar dari kepalanya dan kelihatan menggerunkan. Mati, polis itu sudah terbakar sehingga mati… 

 "Maafkan saya…" kata Rong Xuan lalu berlari ke pintu keluar.

Pada masa yang sama, ambulans dan bomba baru sahaja tiba. Rong Xuan gembira melihat mereka dan segera menjerit, "Sini! Ada orang masih hidup! Masih ada seseorang yang hidup! Tolong!"

*****

"Berita Pagi Kingstown: Satu letupan besar berlaku di kilang terbiar di subbandar timur Kingstown malam semalam. Menurut siasatan, kilang itu asalnya ialah kilang elektrik. Selepas kilang itu tidak lagi digunakan, bekas pengilangnya tidak mengitar semula sisa peralatan elektrik dengan betul dan mengakibatkan tragedi ini. Pihak bomba bertungkus-lumus memadamkan api sepanjang malam sehingga api akhirnya berjaya dipadamkan pada jam 5.37 pagi tadi. Seorang pegawai polis wanita terbunuh dalam letupan di kilang itu. Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan serius. Tiada mayat ditemui di kawasan letupan. Kemungkinan besar kesemua mayat sudah reput dimamah api. DNA yang dijumpai setakat ini adalah milik bekas presiden Syarikat Tang yang sekarang merupakan penjenayah yang dikehendaki. Kapten kumpulan ketiga pasukan polis Kingstown, Officer Xie dan Encik Li, presiden Syarikat Li yang juga merupakan selebriti paling terkenal sekarang…"

Sebaik menonton berita itu, Kapten Li yang telah risau sepanjang malam akhirnya mengesahkan kerisauannya.

Nafasnya terus menderu kencang. Liu Sao yang menyedarinya bergegas datang ke arah Kapten Li. "Kapten, kamu…"

Sebaik melihat mata Liu Sao yang merah dan membengkak, Kapten Li terus melemparkan alat kawalan jauh TV dan berteriak marah, "Kau dah tahu?"

Related Books

Popular novel hashtag