Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 54 - Jelas Ambil Kesempatan

Chapter 54 - Jelas Ambil Kesempatan

288,888? Ya Tuhan!

Lin Wanting tidak pernah melihat wang sebanyak itu sepanjang hidupnya. Baju itu mungkin lebih mahal daripada segala yang dia miliki. Apakah yang perlu dia dilakukan? Dia sangat menyukainya! Dia menoleh ke arah Su Qianci yang hanya diam dan tersenyum, lalu bertanya, "Su Qianci, apa pendapat kamu?"

"Boleh tahan."

"Jadi, patutkah saya membelinya?"

"Belilah kalau kamu suka. Ia tidak terlalu mahal, cuma dua ratus ribu lebih," kata Su Qianci sambil tersenyum, seolah-olah ia jumlah yang kecil. Memang benar bagi Su Quanci, ia tidak terlalu mahal. Demi memuaskan hati keluarga Li, keluarga Su telah membayar lebih daripada sepuluh juta sebagai mas kahwinnya yang termasuk barang kemas, pakaian, dan hartanah. Dia juga telah menerima banyak bungkusan angpau daripada saudara mara keluarga Li semasa hari perkahwinannya. Kesemua itu miliknya.

Walaupun tanpa semua itu, dia masih memiliki kad kredit Li Sicheng. Pada kehidupan lepas, Tang Mengying telah memperdayanya untuk membuat pelaburan yang merugikan dan telah menyebabkan kesemua duitnya lesap sekelip mata. Apabila teringatkan hal itu, mata Su Quanci bertukar menjadi dingin.

Lin Wanting mula berasa janggal, dan berkata, "Saya tidak bawa wang sebanyak itu sekarang."

"Kami terima kad kredit," pembantu kedai itu memberitahu, tetapi nadanya kedengaran aneh.

"Betul itu," Su Qianci berpura-pura tidak faham.

Lin Wanting semakin gementar lalu menggosok-gosok baju tersebut. Pembantu kedai itu menepis tangannya dan berkata, "Jangan buat begitu. Baju ini agak sensitif dan kamu akan rosakkannya."

Lin Wanting berasa wajahnya seperti terbakar sebaik mendengar kata-kata pembantu kedai itu. Walaupun dia memahaminya, dia tidak bermuka tebal seperti Liu Anan.

"Su Qianci. Apa kata kamu berikan baju ini kepada saya sebagai hadiah? Ia cuma dua ratus ribu lebih. Suami kamu Li Sicheng, jadi ia jumlah yang kecil bagi kamu, bukan?

"Puan Li?" Mendengar kata-kata Lin Wanting, mata pembantu kedai itu bersinar. "Patutlah saya macam pernah melihat Puan. Jadi Puan adalah Puan Li?

"Ya, saya juga rasa pernah lihat Puan. Puan sangat cantik."

Itulah yang dimahukan oleh Lin Wanting. Disebabkan Li Sicheng seorang yang terkenal, Su Qianci tidak akan mampu berkata tidak kerana risau memburukkan nama suaminya. Jika tidak, dia akan dikritik kerana bersikap kedekut dan merosakkan lebih daripada imejnya sendiri.

Lin Wanting telah merancangnya dengan rapi. Dia memandang Su Qianci dan senyum, "Qianci, bolehlah!"

Su Qianci mengerutkan wajahnya dan berkata, "Jadi kamu mengajak saya keluar hanya untuk…"

Dia tidak perlu menyambungnya. Sesiapa sahaja yang mempunyai akal mampu memikirkan situasi yang sedang berlaku.

Salah seorang pembantu kedai itu menyindir dengan sinis, "Jadi dia cuba mengambil kesempatan ke atas Puan Li."

Kata-kata itu mencetuskan kemarahan Lin Wanting. Dia berkata, "Apa kamu kata tadi?"

"Tidak mengapa. Ia cuma sehelai baju," Su Qianci melambaikan tangannya. Walaupun dia berkata demikian, wajahnya jelas menunjukkan perasaan kecewa dan sedih.

Terdapat juga wanita-wanita kaya yang lain sedang membeli-belah di sekeliling mereka. Sebaik mendengar nama Puan Li, mereka datang dan melihat kekecohan itu. Salah seorang antara mereka berkata, "Kamu tidak boleh biarkan sahaja. Walaupun harga baju itu tidak bermakna apa-apa untuk kamu, Puan Li, tetapi bagi sesetengah orang ia jumlah gaji mereka untuk beberapa tahun. Memang jelas perempuan itu cuba ambil kesempatan."