Su Qianci yang dapat merasakan renungan Lin Wanting menoleh ke belakang. Sebaik sahaja melihat pakaian Lin Wanting, dia mengerutkan bibirnya sedikit. Su Qianci jelas menunjukkan perasaan kurang senang terhadap penampilan Lin Wanting tanpa perlu berkata apa-apa.
Wajah Lin Wanting mulai bertukar merah padam. Dia berasa seperti anak itik yang hodoh dan tiada tempat untuk menyembunyikan diri daripada seekor angsa cantik.
"Lin Wanting?" Su Qianci melemparkan senyuman manis, seolah-olah bukan dia yang memandang Lin Wanting dengan hina tadi.
Lin Wanting senyum dengan perasaan berat hati dan berkata, "Ya, ini saya."
"Kamu mahu cuba krim mata ini dan beritahu saya sama ada ia bagus? Saya rasa saya tidak pernah guna.
Sebaik mendengar kata-kata itu, Lin Wanting tiba-tiba berasa gembira. Walaupun Su Qianci telah berkahwin dengan orang kaya, dia masih belum menempa nama. "Biar betul. Kamu tidak pernah guna krim ini?" suara Lin Wanting kedengaran mengejek.
Su Qianci telah menjangka kata-kata. Li Wanting kelihatan lemah lembut tetapi dia sebenarnya lebih menjengkelkan berbanding Liu Anan. Dia tidak pernah melepaskan peluang untuk membuli Su Qianci.
Dia mengambil krim mata yang berada di tangan Su Qianci dan terkejut. Krim itu produk jenama yang sangat mahal, dan krim mata yang sedang dicuba oleh Su Qianci ialah produk mereka yang terbaru.
Lin Wanting menyapu krim itu berkali-kali di belakang tangannya untuk mencuba. Dia tidak dapat menahan diri daripada menggunakannya sebanyak mungkin.
Pembantu kedai yang berada di situ mengerutkan dahinya dan mengambil krim itu kembali lalu berkata, "Cik, produk ini sangat mahal."
Lin Wanting merenung wajah pembantu kedai tersebut dan berkata, "Mahal? Bukankah itu hanya sampel untuk dicuba?"
Su Qianci cepat-cepat menghentikannya dan berkata, "Tidak mengapa." Kemudian dia berpaling ke arah pembantu kedai itu. "Saya mahu beli satu."
Pembantu kedai itu ternyata lebih mesra terhadap Su Qianci. "Sudah tentu. Sekejap ya."
"Saya pun mahu beli satu. Kamu jangan pandang rendah terhadap saya!" Lin Wanting mula marah.
Walaupun berasa curiga, pembantu kedai itu tetap membungkus dua krim mata tersebut. Lin Wanting bertindak mengikut perasaannya dan terkejut sebaik melihat harga krim itu. Dia mengira jumlah digit pada harga krim mata itu dan mendapati harganya lebih daripada sepuluh ribu.
Lin Wanting berasa gementar. Tetapi dia tiba-tiba terfikir tentang Su Qianci dan kembali tenang. "Qianci, boleh kamu bayar untuk saya juga? Saya tidak bawa wang tunai."
"Tidak mengapa, mereka terima kad kredit. Saya juga guna kad." Su Qianci tersenyum dan mengeluarkan kad hitam yang diberikan oleh Li Sicheng.
Lin Wanting semakin kecewa setelah melihat kad itu. Pada waktu sekolah menengah, Su Qianci tidak mempunyai apa-apa. Kini hanya dalam tempoh beberapa tahun, Su Qianci telah jauh lebih maju berbanding dirinya.
Pembantu kedai itu mengambil kad Su Qianci lalu memproses bayaran. Kemudian dia bertanya kepada Lin Wanting, "Cik, Cik ada kad sekarang, bukan?"
Lin Wanting menggertakkan giginya apabila mendengar pertanyaan itu. Dia tersenyum sinis, "Sudah tentulah," lalu mengambil kad kreditnya dari dompet. Ketika melihat kad itu diproses untuk pembayaran, Lin Wanting berasa hatinya sedang berdarah.
Lin Wanting tiba-tiba berasa lega. Lebih baik kehilangan muka daripada kehilangan wang. Itu duit perbelanjaan hidupnya selama empat bulan yang akan datang! Ketika dia baru sahaja ingin membatalkan pembeliannya, Su Qianci bersuara.